Entri kali ialah mengenai butang baju anggota PDRM yang pernah digunakan pada tahun 1950-an. Butang baju yang berusia lebih 50 tahun ini masih lagi disimpan untuk tatapan generasi kini yang mungkin tidak pernah dipedulikan, namun ia masih mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri...
Bersaiz sebesar kira-kira syiling 10 sen, tertulis perkataan "Polis Diraja Persekutuan" beserta imej dipercayai seekor harimau berdasarkan kepada lakaran belang pada badannya.
Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu.
Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai PDRM ini, silalah ke: PDRM/Wikipedia
barang dulu dulu kebanyakkannya diimport dari england.
ReplyDeleteharimau tu macam kucing je rampingnya hehehehe
itulah pasal bro alan, mulanya ingatkan kucing sebab slim semacam jer.. hehe..
ReplyDeletehaha , walaupung saya anak polis saya tak pernha perasan butang polis abah saya rupanya macam mana :)
ReplyDeleteBR to cik lyna kaman:
ReplyDeletebutang ni untuk polis tahun 1950-an punya. sekarang dah lain..
dari london tu :')
ReplyDeleteagak2 ada lagi ke orang yang simpan butang ni??
Sarjan Iaryylr datang melapor diri!
ReplyDeleteskrg nie tggal muka rimau jer kan? :) klasik sgguh!
ReplyDeleteBR to amna:
ReplyDeletekalau tanya polis pencen era 1980-an rasanya masih ada lagi kot..
BR to bro iaryylr:
tabik diterima inspektor sahab..
BR to Mr Rileks:
betul, sekarang tinggal muka harimau sahaja, badannya dah hilang..
dah jadi vintage collection ni
ReplyDeletedah jadi vintage collection ni
ReplyDeletewahh abg blues very nostalgis hu hu
ReplyDeleteklasik!
ReplyDelete