Mungkin tidak ramai yang berpeluang untuk melihat Sijil Daftar Kelahiran (Certificate Of Registration Of Birth) yang telah dikeluarkan pada 29.07.1950 ini. Ini juga bererti pemilik sijil lahir ini telahpun berusia genap 60 tahun pada hari ini...
Kadang-kadang terfikir juga mengapakah dokumen yang sepenting ini kerap sangat bertukar wajah dan tidak diseragamkan. Sebagai contoh, anak-anak BR yang empat orang itu memiliki sijil lahir yang berbeza bagi setiap seorang. Ada yang siap di'laminated', ada yang kecil dan bertaip, ada yang tiada pekerjaan bapa, ada yang lengkap nombor mykid, ada yang bertanda tangan pemaklum, ada yang bersaiz A4, ada yang ditulis 'Borang A', ada yang bertulis 'Borang A1' dan bla.. bla.. bla.. He.. he..
Anda bagaimana?
5 Any comments?:
Salam BR,
Happy Birthday buat Mrs Wong.
Dulu surat beranak memang tulis tangan dan saiznya dokumen kecil sikit, kemudian ada kemajuan dan print melalui compt.
Sekarang ni dah bersaiz A4 dan berserta my kid (macam I/C. Bertambah canggih
wah.. menarik sgt.. gayah suke...
Surat beranak bapa saya yg lahir di Kedah, bertulisan jawi...
Surat beranak saya ada tulisan kaler hijau..kalo x silap..dan tulisan mesin taip
Surat beranak anak-anak saya ...bertaip kemas (tentulah cetak pakai komputer)....siap laminate lagi..beserta MyKid
Surat beranak budak-budak alaf baru, besar ya amat. Amat menyampah jika kita terpaksa mengusung ke sana ke mari...
Tgk surat beranak mak dan ayah saya pun lain2.. tp takpelah, sebab maklumat penting semua ada.. :)
Post a Comment