Boleh dikatakan rata-rata rumah suatu ketika dahulu pernah memiliki jam dinding seperti ini. Tempat utama ia diletakkan ialah disangkut pada tiang seri rumah dan kedudukannya pula perlu disengetkan sedikit untuk memastikan momentum bandulnya berayun dengan betul. Sekarang ini penggunaan jam sebegini telah semakin berkurangan lantaran kehadiran jam-jam dinding kuarza yang menggunakan kuasa bateri ataupun kuasa elektrik.
Walaupun pintunya telah tertanggal, ia masih boleh berfungsi dengan baik. Usianya kini telah hampir mencecah satu abad. Untuk makluman, selain daripada sebagai penunjuk waktu, jam dinding ini juga boleh dijadikan tempat untuk menyembunyikan sesuatu barang yang kecil di dalamnya seperti yang selalu arwah datuk BR lakukan. He.. he..
Semasa kanak-kanak dahulu, bunyi jam ini dirasakan sungguh menyeramkan terutamanya ketika ianya berbunyi di waktu tengah malam yang sunyi. Apabila terdengar sahaja detik yang berbunyi serta dentingan jam yang menandakan pukul berapa mulalah terbayangkan hantu seperti yang selalu ditunjukkan di dalam filem-filem seram.
Jenama Gold Cup Brand (macam nama sejenis serbuk agar-agar) dan tidak pasti pula buatan daripada mana. Selalunya jam lama sebegini adalah buatan daripada Swiss, Jerman ataupun Jepun. Tertulis juga di muka jam 'Super Deluxe 31 Days'. Kepada pakar-pakar jam lama bolehlah berkongsikan info.
Pengunci jam yang akan digunakan untuk mengunci jam ini setiap hari. Jam ini perlu dikunci setiap hari bagi memastikan perjalanannya yang lancar dan berfungsi dengan baik.
Bandul atau dipanggil juga 'buah jam' yang masih berkilat dan tidak berkarat. Ayunannya sungguh mengasyikkan diiringi dengan bunyi detiknya.
12 Any comments?:
cool!dekat rumah atok pun ada jugak jam macam ni:)
i love old things :)
bajuqueen.blogspot.com
salam BR.. nice lah,jaga baik2 ya.
Sekali lagi En BR telah mengembalikan kenangan saya bersama arwah tok baba (bapa ibu). Memang kat rumah dia di kampun ada satu jam sebijik macam ni. Tak berapa pasti berapa kali, tapi ada juga la terlihat tok baba akan pusing kunci jam tu. Masa kecik, ketika berusia 6 tahun, saya tinggal bersama arwah dan mak tok (mak ibu). Itulah rutin saya sampai ada juga terfikir, kenapa tiada burung atau ayam kecil yang keluar setiap kali loceng jam itu berdeting.Hahaha...itu jam jenis lain.
my abah likes to collect antiques too.. so we have quite a few things around the house.. I love the chiming clocks :)
MY LATEST ENTRY: The Other Queen
masa kecik2 dulu bila balik kampung rumah arwah atuk/nenek memang ada jam macam ni...bila terjaga malam2 sunyi sepi,bunyi jam mulalah berpeluh takut..haha..
kelakar pulak fikir2kan..hehehe..
:-)
ingat jam jenis ni dulu kat umah atuk. kalau bebrunyi tgh malam tu rasa semacam je.
ada sapa2 nk jual x?.. sy tgh cari jam ni
Ngn saya ada jam mcm tu...rm350 je...0148451443 dy rare
Sya ada 1 nak jual rm300
0123444071
Harga nya berapa?
Mau di jual jam nya?
Post a Comment