Kali ini BR hendak tunjukkan barangan yang mesti ada di setiap rumah suatu ketika dahulu iaitu pemarut atau penyagat yang digunakan untuk menghasilkan bahan parutan yang penggunaannya telahpun hampir pupus ditelan oleh penggunaan mesin-mesin moden masa kini.
Alat ini adalah alternatif kepada penggunaan kukur kelapa yang mana fungsinya adalah hampir sama. Kelebihan alat ini pula mungkin kepada faktor mobiliti dan ianya mudah disimpan. Selain daripada itu, ianya juga digunakan untuk memarut ubi kayu atau memarut apa sahaja bahan-bahan yang perlu diparut pada ketika itu.
Matanya yang tajam diperlukan untuk memarut bahan parutan. Memang merbahaya kepada mereka tidak pernah menggunakannya kerana risiko untuk menyagat jari itu adalah amat tinggi.
Caranya ialah dengan memegang pemarut ini secara berdiri manakala di bahagian bawah pemarut dimasukkan ke dalam bekas untuk menadah hasil yang diparut nanti. Orang yang memarut biasanya akan duduk bersila sambil memegang kemas pemarut ini. Bahan parutan akan dilalukan dengan sedikit tekanan dari atas ke bawah secara berulang-ulang.
Bahagian atas pemarut yang dijadikan tempat pemegang. Lubang di atas pemarut pula digunakan sebagai penyangkut pemarut di dinding ketika ianya tidak digunakan, tempat yang menjadi pilihan utama ialah di dinding-dinding dapur bagi membangkitkan lagi gaya klasik...
Bahagian bawah pemarut, tempat yang berbentuk seperti 'M' itu biasanya dijadikan tempat penyendal supaya kedudukan pemarut akan lebih kemas dan 'tidak lari' ketika tugas-tugas memarut dilakukan.
Pemandangan di bahagian belakang pemarut. Hasil parutan yang diparut tidak keluar melalui belakang penyagat tetapi di bahagian hadapan penyagat. Ianya akan ditadah ke dalam bekas atau besen di telah disediakan dibawahnya. Jika kelapa, hasilnya adalah sama dengan kukur kelapa tidak kira manual atau mesin.
Kelemahan alat ini pula ialah boleh berlaku sedikit pembaziran kerana bahan parutan yang telah menjadi kecil tidak boleh diparut lagi kerana tiada tempat untuk memegangnya lagi. Pada masa inilah tahap bahaya penggunaan alat ini menjadi lebih tinggi di mana kemungkinan jari pulalah yang akan menjadi mangsanya nanti.
Saya tak berapa berkenan dengan bendalah ini. Kalau terbabas, tension woo...
ReplyDeleteSilap-silap dapat resepi 'raja bersiong'!
Kui kui kui...
Salam,
ReplyDeleteSweetie paling tak suka bab parut memarut ni, mesti terluka ma, ataupun kelapa yang dipegang terlepas dari tangan, licin.
unik dan menarik, mengingatkan pada masa silam, masa kanak dulu, sering disuruh marut kelapa oleh ummi. ^_^
ReplyDeletewahh, blognya unik nih sobb...kembali ke massa lampau....^_^
ReplyDeletepernah guna dulu...parut ubi kayu nak wat bingka hehe...terkonang semasa dulu
ReplyDeleteasal dah berkarat?
ReplyDeletelama x guna ye..
teringat mase dolu2 wehh...
ReplyDeletekat umah mak di kampung ada la benda ni..dan dulu masa kecik2 memang selalu kena memarut kelapa..memang bahaya kalau terbabas tp setakat luka kecil je..hehe..
ReplyDeletejari saya dulu pon selalu kena dek sagat nih....sangat rajin kan? :)
ReplyDeletedulu aku selalu tolong mak aku parut kelapa guna benda ni,sampai jari aku pun penah jugak teparut sekali, kui kui kui...meraung beb. tp sekarang ni beli je kat pasar, tak pun beli kat supermaket belambak. rasanya anak2 sekarang ni da di manjakn sangat la kan....
ReplyDeleteteringat masa tlg mak sagat kelapa dulu.. :)
ReplyDeletepemarut ni masih ada lagi kat rumah mak tp dah lama pencen.Kat setengah2 kedai masih ada jual lagi saiz kecik.Yang jenis baru rasanya bentuk kotak 4 segi.
ReplyDelete