Setelah kita dihidangkan dengan kisah tragis F&N Cinta Pantai Merdeka suatu ketika dahulu, kali ini kita ikuti lagi kisah botol F&N ini yang bolehlah diistilahkan sebagai serupa tetapi tak sama. Sekali pandang sememangnya tiada apa-apa perbezaan di antara botol-botol F&N yang dipaparkan ini, cuma yang jelas hanyalah saiznya sahaja yang berbeza tetapi masih lagi merupakan botol-botol lama keluaran Fraser & Neave.
Sebenarnya terdapat perbezaan yang ketara iaitu salah satu daripada botol-botol ini adalah repro keluaran khas di tahun 2003 (Commemorative Pack) sempena memperingati 120 tahun Fraser & Neave.
Pandangan dari hadapan botol memang serupa, sama tinggi, sama rendah dan mempunyai saiz botol yang sama dengan asal sehingga sukar untuk dibezakan.
"120 YEARS FRASER & NEAVE .... trusted for generations COMMEMORATIVE PACK" dengan gambaran splash merah dan biru terdapat di belakang botol.
Jika bukan kerana lambang 120 tahun F&N ini, tentunya kita tidak dapat membezakan antara botol yang baharu dengan botol yang lama.
Perbezaan di bahagian bontot botol di mana boleh dilihat botol F&N keluaran khas ini (kiri) adalah kosong tanpa tulisan berbanding dengan keluaran yang asal (kanan) yang bertulisan.
Sedikit kisah mengenai Fraser & Neave:
Fraser & Neave Holdings rekod untung tertinggi.
(Sila klik untuk besarkan imej)
Fraser & Neave Holdings Bhd, merekodkan keuntungan keseluruhan kumpulan tertinggi sebanyak RM694 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 September lalu dengan peningkatan hampir tiga kali ganda berbanding RM242.9 juta dicatatkan tahun lalu.
Mengulas lanjut berhubung perancangan syarikat pada masa depan, Ng berkata, syarikat bercadang mengukuhkan teras ketiga perniagaannya iaitu segmen perniagaan makanan yang baru diperoleh menerusi pelaburan dalam syarikat berasaskan makanan ringan.
Katanya, strategi pengukuhan itu adalah sebahagian daripada langkah syarikat bersiap sedia untuk menghadapi tempoh peralihan Coca-Cola yang tamat menjelang September tahun depan.
"Kenaikan keuntungan operasi disebabkan peningkatan jualan minuman ringan dan kejatuhan kos bahan mentah tenusu" - Ng Jui Sia Ketua Eksekutif Fraser & Neave Holdings Bhd.
Salam BR..thanks for info yg amat berharga..(shariff pun ada collection botol2 F & N serta gelas2nya..) terasa sayang dgn item2 nie..
ReplyDeleteBotol 120 Years F&N ni agak limited, sebab itulah jarang kita nampak. Seorang abang bekas pekerja F&N menceritakan kpd saya botol ini diberikan percuma kepada staff F&N semasa annual dinner tahun tu.
ReplyDeleteAda lagi perbezaan pada bahagian hadapan botol ni bro :)
Koi ada 2 bijik botol gini kat rumah..nak jual tak ada sapa yang nak beli..
ReplyDeletef&n : fraser & neave. baru tahu.. =.="
ReplyDeletesbnrnye ni semua thn biler?
ReplyDeletekenapa lady x pernah jumpe, nampak, sentuh.. huhuhuhu..
salamss BR, 1st time tgk.....:)
ReplyDeletenostalgia betul botol f&n ini,
ReplyDeletesaya pun ada sikit kat rumah.
BR botol 120 thn ni memang kosong atau ada air?
ReplyDelete