Pekan Sungkai adalah sebuah pekan kecil yang terletak di dalam Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan. Terletak di jalan utama Ipoh - Kuala Lumpur dan terdapat susur keluar melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari selatan selepas Slim River manakala daripada utara pula selepas Bidor.
Terdapat sesuatu yang istimewa di pekan kecil ini iaitu bangunan balai polis lama Sungkai iaitu ala-ala balai polis Bukit Kepong yang telah didirikan di era 40-50-an. Balai polis ini telah lama ditinggalkan semenjak balai polis Sungkai yang baharu telah didirikan lebih 20 tahun yang lalu. Ia terletak di Jalan Besar, Sungkai, berhadapan dengan RHB Bank Sungkai.
Bangunan ini atau lebih dikenali sebagai 'berek' (barrack) mempunyai 6 unit rumah yang agak sempit. Atapnya telah diperbaharui kerana pada zaman BR dahulu atapnya adalah atap genting melengkung berukuran kira-kira 7 x 4 yang disusun satu persatu. Pada waktu ini bangunan ini telah dijadikan stor untuk menyimpan perabot oleh kedai perabot berhampiran.
Bila terlihatkan bangunan ini, terkenang kembali bahawa suatu ketika dahulu BR pernah dilahir dan dibesarkan di berek seperti ini iaitu di Balai Polis Pendang, Kedah. Telah dirobohkan di sekitar tahun 1970-an bagi mendirikan balai polis baharu seperti yang ada sekarang. Bak kata pepatah, "Tempat jatuh lagikan dikenang..."
Selepas itu mengikut arwah ayah berpindah ke Flet Polis Jalan Stadium, Alor Setar, Balai Polis Langgar, Pondok Polis Hutan Kampung dan akhirnya arwah ayah telah bersara wajib pada tahun 1988 di Balai Polis Lebuh Pantai (Beach Street), Pulau Pinang.
Masih terkenang pada lantai berek ini ada dibuatkan sebuah lubang kecil untuk menyapu sampah ke bawah rumah. Selalulah BR bermain di situ dengan turun ke bawah rumah melalui lubang tersebut sehinggalah pada suatu hari kepala BR tersangkut pada lubang tersebut, mujurlah jiran sebelah datang lalu memegang kepala dan menariknya ke atas. Biasalah nakal budak-budak dan selepas itu dah serik tak buat lagi...
Bergambar bersama rakan-rakan sepermainan di atas tangga berek (BR atas, tengah) di sekitar usia 5 tahun.
Untuk pengetahuan, tangga batu itu pun seronok juga untuk dijadikan tempat gelungsur. he.. he..
Bekas tapak petrol pump lama yang masih tinggal di tengah pekan Sungkai. Menurut sumber, pada waktu dahulu terdapat dua petrol pump utama iaitu Esso dan Shell di sini.
Tin sign Ovaltine lama yang masih boleh dilihat di dinding salah sebuah kedai di pekan Sungkai. Kepada peminat-peminat tin sign lama bolehlah ke pekan Sungkai ini, mencari apa-apa yang boleh dicari...
Kepada pembaca yang berminat untuk mengetahui mengenai sejarah Sungkai ini bolehlah menaip "Sejarah Sungkai" pada enjin pencari kerana terdapat beberapa laman dan forum yang boleh menjelaskan lagi tentang sejarah Sungkai ini dengan lebih terperinci.
11 Any comments?:
pekan sungkai memang best...mendamaikan...:) p la singgah hot sprint nye skali....syok giler...kih3...
x pernah pun pergi Sungkai...huhuhu...
kalau di Sabah, sungkai tu maksud dia berbuka puasa..
Jom sungkai.. = Jom bukak puasa..
=)
saya suka ayat yg kat tepi nih... nk pinjam blh...?
sungkai pekan terdekat FELDA GUNUNG BESOUT ^^
Bro, bukan berek saja ada lobang, rumah ayah saya pun dulu ada, memang lobang papan dilantai bilik yang boleh dibuka, saya keluar masuk lalu situlah masa kecik-kecik syok ooo,
Salam BR, deme idok ker nok restore atau buat muzium berek tu? Tulah ropa orng kita tak sayang bangunan lama. Kalau kat negara Barat, deme baikpulih dah.
selalu lalu sungkai ODW nk balik KL. tp tak pernah singgah sbb naik keretapi :)
bila baca psl pengalaman dok berek ni, teringat zaman kecik2 dulu. pernah dok berek polis kat balai polis sentral, georgetown, penang.
mmg best jd ank polis ni kan.
tp berek yg awk pernah dok ni lagi best. agak klasik.
salam BR,
sesekali ada juga abah singgah kat rumah abang ipar di Besout time balik kampung.
Baru saya tahu rupanya nama Sungkai bermaksud berbuka puasa, jika di Sabah.
Bagaimana pula agaknya Sungkai ini mendapat nama Sungkai? ....ha ha
ku xtaw la plak ang orang kedah...ku orang pendang arrr
Post a Comment