Kisah 'nasi lengat' ini atau nasi kukus ini sememangnya cukup mengimbau kenangan semasa BR kanak-kanak dahulu. Setelah sekian lama diingatkan kaedah memasak nasi cara ini telahpun pupus, rupa-rupanya masih ada lagi mereka yang mengamalkannya. Masih terbayang lagi pengukusnya yang besar dan tinggi (dari perspekstif kanak-kanak) seperti roket...
(Sila klik untuk besarkan imej)
Mungkin ramai yang tidak pernah melihat nasi yang dihidangkan semasa majlis kenduri atau keramaian dimasak menggunakan kaedah kukus, apatah lagi ia dimasak dalam jumlah yang banyak. Namun bagi penduduk FELDA Chuping, Perlis, nasi kukus atau lebih dikenali sebagai 'nasi lengat' bukan saja dianggap kelebihan yang unik, malah turut menjadi satu kemestian setiap kali berlakunya kenduri.
Difahamkan, nasi lengat diperkenalkan di kawasan berkenaan sejak lebih 20 tahun yang lalu, Namun, sehingga kini ia masih tetap popular dengan menggunakan kaedah kukusan kuih pau yang diaplikasikan ke atas nasi.
Seorang penduduk, Ibrahim Mat, ketika ditemui berkata nasi yang dimasak menggunakan kaedah kukus lebih menjimatkan kerana semua beras akan dimasak secara sempurna tanpa menghasilkan kerak, malah risiko nasi mentah juga dapat dihindari.
Mengulas lanjut kaedah berkenaan, katanya, beras dan air dimasukkan di dalam dulang sebelum disusun rapi di atas rak yang direka khas di dalam set pengukus. Ia kemudian dikukus selama 45 minit sehingga beras bertukar menjadi nasi.
"Selain tidak menghasilkan kerak, nasi yang dimasak juga lebih sedap kerana ia tidak hancur, melekit dan bergumpal seperti memasak nasi menggunakan kaedah konvensional," katanya ketika ditemui di sini.
Rasanya sudah lama benar BR tidak pernah merasai lagi keenakan nasi lengat ini, kebetulan pula sekarang ini bulan 12 merupakan bulan 'kerja kahwin' banyak diadakan. Jadi, kepada pembaca yang terdiri daripada penduduk FELDA Chuping, Perlis, janganlah segan-segan untuk menjemput BR jika ada kenduri... He.. he..
IM suka makan nasi lemak kukus di Kulim sebelah restoran BIB
ReplyDeletewhoaaa..
ReplyDeletemenarik.. xpernah try lg nie.. huhu
Salam BR, haa idea yg baik tu, selain tak berkerak, dia tak mentah...masak lama mana pun tak hangit! Bijak, bijak...
ReplyDeletelom penah mkn g nasi nih..kat mane nk cari???
ReplyDeletezaman makin maju...
ReplyDeleteteknologi makin canggih..
sentiasa perbaiki kemudahan supaya semakin mudah..
tp nasi lemak kukus mmg sodap woo..hahaa
1st time dengar nama nasi lengat. unik nya. takde kerak plak tu. memang nice. mesti sedap kan?
ReplyDeletepertama kali saya terdengar nasi lengat :)
ReplyDeletesalam BR, klu ditempat saya di-bt.pahat,johor dia org panggil nasi kukus..klu ada majlis pengantin disini gunakan kaedah gini..shariff mesti suka punya..manatak Nasi Briyani gunakan beras basmathi..perghh nasi-nya kuar seketui2..enak sekali..puas makan langsung tiada kerak..Congrate for info..
ReplyDeleteSaya pernah makan nasik kukus sedap kat KL Sentral, tingkat atas sekali :) Check it out!
ReplyDelete