06 March, 2011

al-Fatihah


Kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) masih tidak memahami erti bacaan al-Fatihah dalam solat mereka, kata Prof Emeritus, Datuk Dr Isahak Haron.


Sumber: Berita Harian 28.02.2011
(Sila klik untuk besarkan imej)


Tokok akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, kajian menunjukkan 80 peratus pelajar Tingkatan Dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti, gagal menjelaskan makna bacaan al-Fatihah.

Beliau berkata, perkembangan itu jelas membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam solat, sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim yang dituntut agama.

"Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang, dan bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Forum Pendidikan Nasional bertema 'Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik' anjuran Majlis Perundingan Melayu di sini, semalam.


*********

Seterusnya Isahak berkata, pelajar Melayu dari Tahun Dua hingga Tingkatan Lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dikhuatiri terus lemah dalam subjek kritikal itu.

"Mereka akan terus menjadi lost generation seperti kumpulan pelajar yang lalu. Bagi kira-kira 30 peratus pelajar yang gagal teruk dalam Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di sekolah secara kumulatif, pendidikan di sekolah sudah tidak bermakna. Sekolah tempat mereka 'gagal'," katanya.


al-Fatihah merupakan surah pertama (Pembukaan) yang diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada di dalam Al-Quran. Ia dinamakan 'Ummul Quran' (induk Al-Quran) atau 'Ummul Kitab' (induk kitab) kerana ia merupakan induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran serta menjadi intisari daripada kandungan Al-Quran. Kerana itulah diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat sebagai salah satu rukun solat.


Makna bacaan al-Fatihah:


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam

Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Yang Berkuasa di Hari Pembalasan

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat


Moral Value: "Sembahyang Tiang Agama"


10 Any comments?:

Latifah said...

errkkk.... menakutkan...
tapi rasanya tak faham okay lagi kot sebab masih boleh diajar.
tapi kalau tak reti mengucap dan tak reti baca al-fatihah lagi parah kan?

~emmm teringat zaman sekolah menengah dulu~

Iaryylr said...

Teringat sewaktu ditingkatan 4, Ustazah menekankan betapa pentingnya memahami maksud surah Al-Fatihah dalam sembayang. 1 kelas semua pelajar tidak tahu/ hafal maksud. Kalau pernah belajarpun sebelum itu mungki tidak sampai kehati agaknya. Maka semua kena berdiri atas kerusi, meja. Selagi tidak dapat hafal maksud selagi itu tidak boleh turun dan balik. Sememangnya Kami semua dapat menghafal dalam masa 2 hari termasuk surah-surah lazim yang lain. Cara Ustazah itu amat berkesan, dan kami bukan hafal kerana hendak balik cepat atau turun dari kerusi mejapun, tetapi sebab rasanya selama ini kami tidak ditekankan dalam pembelajaran.

Bawang Goreng said...

Perkara ini tidaklah menghairankan... BG pernah menonton rangcang di TV, tak ingat rancangan apa, interview remaja, ramai yang tak tahu macamana hendak mengucap.

Latest entry : Batas bersahabat dengan wanita, bagi seorang suami.

Ieda Syakilla said...

surah yang d baca setiap kali solat..kita kena ingt maksudnya supaya lebih mhayatinya...peringatan utk diriku jua.

.::: Princess MOMOY :::. said...

ada jugak yang tahu maksud mengucap
adeh...
antara sebabnya kebanyakkan cikgu/ ustazah kat sekolah tak terangkan maksudnya
maka anak murid memang tak tahu
cuba kalau diaorang buat seperti doa makan then translate
tapi inisiatif student sendiri kalau dia nak tahu maksudnya kan'
Comelnya HEMPEDU ULAR"
Dia kata saya cantik TAPI saya..."

Norakmar binti Yusoff said...

Alhamdulillah, makna al-fatihah memang dititikberat almarhum suami saya bekas imam yang berkursus imam dengan Dato Hassan Mahmud di Bandar Baru Selayang sebelum program imam muda diadakan.

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

aduss..kurang didikan agama agaknyaa...lagipun sekarang ni kalo reality show..kalo nyanyi punya show ramai jer anto anak join tp kalo aqademi al - quran kerr..sikit jer kan..hadiah pun beza seantaro..


Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

atau berminat nak join GA saya..--> 2ND GIVEAWAY

Filwi Nur Balqis said...

alhamdulillah..saya faham..insyaallah..

fina said...

anak sekarang ya, minim perhatian ama al-qur'an. na'udzubillah

HyunB said...

syahadah/alfatihah tk faham..mcaman nk kemudi bende2 ygberkaiatn degan islam yg lain..sednagkan ianya sesuatu yg amat basic..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'