21 February, 2010

Gunung Yang Tujuh


Berkata Imam Ghazali:
“Tiada dapat seseorang itu beramal akan yang makbul sebelum ia dapat menaiki gunung yang tujuh”

1. GUNUNG ILMU:
• Usulludin
- Ilmu untuk mengenal Allah dan Rasul.

• Fikah
- Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada diri dan harta.

• Tasawuf
- Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada batinnya yakni di dalam hati.


2. GUNUNG TAUBAT:
• Dosa kepada Allah
- Meninggalkan yang wajib
- Mengerjakan yang haram

• Dosa kepada makhluk
- Menganiayai diri mereka
- Menganiayai harta mereka
- Menganiayai ahli mereka
- Menganiayai agama mereka


3. GUNUNG PENGHALANG IBADAH
• Dunia - Hendaklah zuhud.
• Manusia - Hendaklah diasingkan.
• Syaitan - Hendaklah diperangi.
• Nafsu - Hendaklah dikekang dengan taqwa kepada Allah.


4. GUNUNG PERINTANG IBADAH
• Rezeki
- Hendaklah tawakal yakni tetap di atas janji Allah.

• Khatir
- Ertinya gerak hati kepada yang ditaati atau kepada yang diharap hendaklah berserah kepada Allah.

• Qada / Takdir
- Hendaklah reda.

• Bala dan Musibah
- Hendaklah sabar.


5. GUNUNG PENINGKAT IBADAH
• Khauf
- Takut kepada Allah dengan mengingatkan siksaNya di dalam neraka.

• Raja’
- Harap kepada Allah dengan mengingatkan nikmatNya di dalam syurga.


6. GUNUNG PENCACAT IBADAH
• Riak
- Hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah.

• Ujub
- Hendaklah ingat petunjuk Allah dan pertolonganNya.


7. GUNUNG SYUKUR
Hendaklah memalingkan segala nikmatNya yang dikurniakan itu kepada mentaati Allah yang mengurniakanNya.

No comments:

Post a Comment