Inilah rupanya pokok Maman. Nama saintifiknya ialah Gynandropsis Gynandra. Rasanya sedikit pahit tetapi kalau dibuat jeruk memang sedap..
Maman ialah sejenis tumbuhan renek yang boleh dijumpai dikawasan berpasir dan bertanah liat. Kalau di kampung, biasanya terdapat di kawasan padang atau bendang.
Teringat dahulu semasa aku membeli maman dari seorang penjual di pasar. Seorang kenalan menegur "Hai bang, rumputpun beli ke?".
Bunganya yang kecil. Biasanya terdapat dua jenis maman iaitu maman berbunga ungu dan maman berbunga kuning. Nama panggilannya juga pelbagai iaitu maman pantai, maman pasir dan sebagainya.
Cara Membuat Jeruk Maman:
Langkah Pertama: Asingkan daun dari batangnya. Gunakan jaripun boleh, gunakan guntingpun boleh. Seeloknya jemur dahulu barang seketika supaya daunnya tidak busuk semasa proses menjeruk.
Langkah Kedua: Basuh dan bilas bersih-bersih. Maklumlah maman ini adalah tumbuhan yang mungkin terdedah kepada habuk atau racun semburan jika dikutip di bendang.
Langkah Ketiga: Sediakan sebuah bekas. Di sini aku gunakan sebuah balang. Segenggam nasi dan sedikit garam. Nak masukkan asam keping juga pun boleh.
Langkah Keempat: Masukkan maman tadi ke dalam balang dan isikan dengan air masak. Di sini aku isikan dengan air tapis.
Langkah Kelima: Biarkan sehingga beberapa hari atau sehingga daun maman tadi berwarna kekuningan sebelum boleh dimakan.
Orang dulu-dulu memang hebat pengetahuan saintifiknya. Formula sainsnya lebih kurang begini:
Gynandropsis Gynandra + H2o + Karbohidrat + Natrium klorida (NaCl) = Jeruk Maman. He..he..
Cara Penyediaan:
Macam biasa jumpa tumbuhan ini. Tapi tak tau nak guna apa. Terima kasih atas info yang diberi.
ReplyDeletesedapnya jeruk maman...
ReplyDeletemakan ngn nasi putih lembik, sambal belacan, ikan masin goreng, tempoyak, petai jeruk
perggghhhh
mak mentua lalu x sedar
:-)
ni hasben ku suka mkn ni..kalau blk kdh..mesti cari kat nat
ReplyDeleteAssalamu 'alaikum dan terima kasih. sekurang kurangnyer telah mengimbau kembali sepupu saya yg telah luper camner nak buat jeruk maman :D
ReplyDeletesedap...br mkn sekali :D
ReplyDeletex pernah makan jeruk mamam ni...apa rasanya
ReplyDeleteAdoiiiii...terliur sgt..dh lama x mkn,dl bli kt psar, skrg dh x pnh jmpa..nk cari kt bndang tkut tersilap petik.. Mmg sdp sgt mkn dgn ns putih pnas..x pndg lauk lain dh.
ReplyDeleteDh berbelas tahun agaknya x mkn..mmg feberet sgt ngn jeruk maman ni..adoiii...mana nk cari skrg ni..yg jmpa hnya maman yg daun kelopak 3 tu..tp x pnh buat jeruk lg..sdap ke maman jenis tu? Slalu mkn maman yg daun kelopak 5..
ReplyDeletejerok maman +ikn selayang bakar tawar tambahkan sikit ajinamito hmm cubalah....
ReplyDeleteCamne la rasenye jeruk maman ni yer, kt kg bersepah2 pokok maman mak dulu pernah jugak buat tp sy x pernah mkn pun smpai la skg umur dah nk masuk 5 siri
ReplyDelete