'Little Bob Dog', ini adalah satu lagi contoh bekas pensel yang penuh nostalgia dan sedang aku gunakan sehingga sekarang di dalam tugas-tugas seharian. Dibeli pada tahun 1990 iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu dan masih boleh memberi jasa walaupun kelihatan sudah uzur. Rakan-rakan setugas dan klien telah sedia maklum yang aku ini pengguna barang-barang lama, bukan tidak mampu untuk membeli yang baharu.
Entri pada kali ini akan menceritakan tentang alatan-alatan tambahan yang biasanya terdapat di dalam sesebuah bekas pensel selain daripada pensel dan pen. (Kisah khas mengenai pen dan pensel pula akan dimasukkan di dalam entri-entri yang akan datang).
Terdapat beberapa alatan yang wajib ada di dalam sesebuah bekas pensel di zaman dahulu mahupun sekarang. Di antaranya adalah seperti berikut:
Pisau Pengasah Pensel atau lebih dikenali sebagai 'Pisau Lima Duit'. Mungkin mendapat nama itu kerana harganya pada waktu itu hanya lima sen sahaja. Sungguh tajam terutamanya bagi yang baharu dibeli. Ketajamannya boleh dibuktikan dengan penggunaannya alternatifnya ialah untuk menyembelih ayam.
Sekarang inipun pisau ini masih tetap wujud tetapi popularitinya di kalangan murid-murid sekolah sudah menurun kerana terdapat larangan membawa pisau ke sekolah. Penggunaan nt cutter yang lebih selamat dan efisyen juga merupakan salah satu faktor kurangnya penggunaan pisau lima duit pada masa ini.
Pengasah Pensel atau lebih dikenali sebagai 'Gerumit'. Penggunaan gerumit ini adalah lebih selamat untuk mengasah pensel daripada menggunakan pisau. Tetapi penggunaannya harus berhati-hati kerana mata pensel yang sensitif akan mudah patah semasa mengasah.
Di zaman persekolahan dahulu, gerumit bercermin yang berbentuk bulat memang menjadi pilihan utama di kalangan pelajar. Cermin yang terdapat pada gerumit itu amat berguna kepada pelajar lelaki mahupun perempuan mengikut citarasa kegunaan masing-masing...
Pembaris atau lebih dikenali sebagai 'Kayu Roon'. Pembaris kayu seperti imej di atas merupakan kayu roon yang cukup popular di zaman itu memandangkan tiada lagi pengeluaran kayu roon plastik yang lebih ringan seperti sekarang.
Bahagian belakang kayu roon terdapat garisan-garisan geomatrik yang aku sendiri tidak faham dan tidak pernah menggunakannya. Kelebihan kayu roon kayu ini ialah boleh diukir nama pemilik di atasnya menggunakan pisau lima duit sebagai mengesahkan pemiliknya.
Pemadam Pensel atau lebih dikenali sebagai 'Raba Pensel'. Raba pensel jenis ini memang cukup popular pada waktu itu. Berbagai corak permainan dalaman boleh dihasilkan daripada raba pensel ini seperti main golek pemadam, gasing pemadam dan sebagainya sebagai hiburan ketika guru tidak atau lambat sedikit masuk ke kelas. Semasa guru sedang mengajarpun ada juga yang bermain dengan pemadam ini...
Terdapat berbagai corak yang tercetak pada pemadam ini. Paling popular ialah ABC dan gambar Bendera.
Pemadam Pen atau lebih dikenali sebagai 'Raba Pen'. Cukup popular dikalangan pelajar sekolah menengah sahaja kerana murid-murid di sekolah rendah pada waktu itu belum menggunakan pen di dalam penulisan mereka. Boleh memadam tulisan pen tetapi tidak 100% akan terpadam kerana sifatnya yang kasar boleh mengoyakkan kertas apabila digosok dengan cara berlebihan.
adussssss...rindu pulak zaman kanak2 dulu...indahnye zaman knk2 dl...paling suka pemadan ikan tu..dl suka beli..
ReplyDeletealahai..memang layan blues cni.byk brg2 lama masih tersimpan rapi. sentimental value
ReplyDeletehi incik BR...
ReplyDeletepisau lipat tu...sekarang kalau org guna pon kan...
buat hiris daun pandan untuk buat bunga rampaii kekekekek
wow, best nya!..sya dh tak tahu ke mana sy cmpak kotak pensil sya yg lama...yg masih ada dlm simpanan, kotak pensil yg sya guna thn 1994....kekadang syg nk buang, sbb brg lama byk kenangan...huhu
ReplyDeletediba pun suke kumpul pemadam tu...dr huruf A smpi le ke Z...ngee...smpi mak pun bising beli byk2...
ReplyDeletehehehe... pemadam tu mengingatkan aku pd kawan lama. kitorang suka tukar2 sebab suka dgn gambar binatang..
ReplyDeletesangat teringat satu masa dlu..sweet memories..:D
ReplyDeletehey..kte dl pn pkai bekas pensel little bob dog kaler itam..sb katun tu comel sgt..beli yg besar pnya pastu leh sumbat macam2 dlm tu..dh blh jadi cam bekas pensel ajaib sb sume barang ada.hehe..
ReplyDeleteSuke betul pemadam tu! Teringat pulak kat adik. masa dia darjah satu, hari2 dia beli pemadam! memang banyak betul koleksi pemadam dia macam tu.
ReplyDeletesalam, wa masih simpan lagi alat tulis zamn kecik2 dulu,,, memang bagus la, teringat plak time dulu2, suka main pemadam getah n kumpul bnyk2,,
ReplyDeletedari dulu suka raba pen...tak tau kenapa..skang pun suka beli tp xguna pun..just pgg je
ReplyDeletebahagian atas pemadam yg warna kuning tu kekadang bau wangi kan?? rindunye main golek2 pemadam waktu tunggu cikgu datang....
ReplyDeleteTengok pemadam tu,berdebar-debar.hahaha..
ReplyDeleteteringat zaman kanak-kanak dlu.