Kepada abang-abang dan kakak-kakak yang pernah menjadi perantau di sekitar tahun 1980-an, beg pakaian yang akan aku tunjukkan ini pastinya sudah tidak asing lagi di kalangan mereka kerana pengunaan beg pakaian ini begitu popular sekali di zaman tersebut.
Ini diceritakan sendiri oleh pemilik beg ini yang pernah menggunakannya sewaktu bertandang ke rumah mertuanya di hari perkahwinan beliau yang telah berlangsung pada tahun 1985. Masih disimpan dan dijaga dengan rapi kerana beg ini mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri.
Pada waktu itu penggunaan beg pakaian berbentuk 'beg peti' sebegini telah menjadi pilihan utama kerana beg-beg pakaian yang beroda atau yang bergalas sepertimana yang biasa kita lihat pada hari ini masih lagi di peringkat awal pengeluaran.
Seakan-akan atau sama seperti 'beg peti' yang pernah aku bawa ke sekolah suatu ketika dahulu cuma saiznya sahaja yang agak besar. Materialnya adalah daripada kotak yang tebal dan amat sensitif jika terhimpit dengan sesuatu yang berat kerana beg ini akan menjadi kemek.
Masih lagi di dalam keadaan yang elok dan boleh digunakan, cuma terpulanglah kepada individu itu sama ada sanggup atau tidak kerana ianya agak kurang sesuai pada ketika ini lantaran terdapatnya beg-beg pakaian yang lebih moden dan cantik di pasaran sekarang. Memang blues habislah bagi mereka yang menggunakannya lagi pada ketika ini...
Tangkai pemegang yang kemas dan sedap digenggam sama seperti beg sekolah yang pernah aku gunakan dahulu. Terdapat juga ruang untuk melekatkan nama pemilik di beg yang terletak di bawah tangkai.
Pengunci juga disediakan di kiri dan kanan beg bagi memastikan keselamatan barangan di dalamnya. Di zaman persekolahan dahulu, pengunci beg inilah yang selalu aku gunakan sebagai 'meriam' dengan meletakkan pemadam atau batu-batu kecil sebagai pelurunya. Boleh bermain perang-perang di dalam kelas. He.. he..
Memiliki kapasiti ruang yang agak luas dan cukup untuk membekalkan pakaian selama seminggu bertandang. Beg ini juga selalu digunakan oleh peniaga-peniaga terutamanya penjual-penjual ubat pada waktu itu kerana ruangnya yang luas ini amat sesuai untuk diisikan dengan barangan jualan.
Terdapat poket di bahagian dalam beg yang biasanya untuk diisikan dengan gadget seperti alat-alat solek serta alatan dandanan diri. Jika pada beg sekolah dahulu, bahagian ini akan diisikan dengan bekas pensel dan juga alat-alat tulis.
Ruang isian pakaian yang lengkap dengan tali pengemas supaya pakaian di dalamnya tidak berselerak sewaktu beg ini dibawa.
Kepada anda yang pernah menggunakan beg ini suatu masa dahulu, pastinya akan tersenyum sendirian dan akan menggamit memori yang tersendiri di dalam mengenangkan seribu kisah lalu bersamanya...
Penghargaan:
Beg pakaian ini adalah ihsan daripada Tn. Hj. Mat Tajuddin b. Jailani, iaitu rakan setugas yang turut sama berkongsi minat bersama BR di dalam mengimbau masa silam yang terlalu indah untuk dikenang...
hehe..
ReplyDeletexpenah tgok pun..kikih
Assalamualaikum BR, cuba tengok penguncinya tu, kalaulah terlupa mengelocknya, dan tetiba penekan kunci tu tersangkut pada tali ke hapa ke, habis jatuh berderai semua menda didalamnya, keh pernoh kena gitu satu masa dulu dalam bas, apa lagi keluarlah semua yang tak patut ditonton oleh orang ramai selain keh sendiri.
ReplyDeletehihihihi abah ie ada satu.. kaler merah.... waaaakakakakaakakak... hitam pun ada jugak... mengamit memori lah... dedulu mana la ada beg yang funky.. yang beroda kan kan.. bawak la dengan tangan ngankut... huhuh
ReplyDeleteCoooooolnya! suka tengok!! :D
ReplyDeleteSekarang semua jenis beg tarik..hohoho
Nadia-ism: Colitis-Inflammation of the Colon. Bahayakah?
BR, Memamg syahdu lagu dendang perantau,kalau ada beg lain lagi yang boleh mengimbau masa sila , posting ya!
ReplyDeletemmg susah nak dapat barang2 mcm ni skrang..dulu aku pun ada beg sekolah peti...lebih kurang masa tu tahun 1982...kalolah ada foto2 tu...nnti aku cuba gali. anyway best le posts kat sini....
ReplyDeletesebelum beg jenis nie diorang guna jenis besi,,,,,,,,,,,,
ReplyDelete