09 May, 2010

Bekas Mengisi Beras



Ini pula bekas mengisi beras yang pernah digunakan oleh orang-orang dahulu. Diletakkan di bahagian dapur, berhampiran dapur kayu. Kalau di rumah-rumah kampung dahulu memang menjadi kebiasaan kita melihatnya, tetapi sekarang ini mungkin sudah tidak sesuai lagi untuk diletakkan di dry kitchen mahupun di wet kitchen. Tambahan lagi di dapur-dapur yang bertemakan English Decor, lagilah tak sesuai... he.. he..



100% diperbuat daripada buluh dengan anyaman yang kemas serta lengkap bertudung. Nama panggilan atau nama saintifik bagi bekas mengisi beras ini aku tidak pasti, oleh itu sekiranya rakan-rakan yang mempunyai maklumat tentangnya bolehlah kita kongsikan bersama.



Selain daripada digunakan untuk mengisi beras, ianya juga boleh digunakan untuk mengisi lain-lain barangan yang bersesuaian.



Anyaman buluh yang kemas. Seperti nyiru juga, terdapat aliran udara yang amat baik terhasil di celah-celah anyaman.



Pandangan dari bawah, terdapat empat 'kaki' supaya kedudukannya menjadi lebih kukuh.



Mempunyai 'mulut' yang luas supaya memudahkan pengisian dan pengambilan beras. Jika diisikan dengan sekampit beras 15kg memang 'ngam-ngam cap sui'. Semasa kecil dahulupun memang aku suka sangat main sorok-sorok di dalam bekas ini, memang muat-muat untuk menyembunyikan seorang kanak-kanak.



Memang nostalgia sungguh kerana nenek aku dahulupun pernah menggunakannya, walaupun tidak sama tetapi lebih kurang beginilah bentuknya.



Inilah hasil kerjatangan orang dahulu. Menghasilkan sesuatu untuk digunakan berdasarkan sumber di sekeliling mereka. Begitu juga dengan sumber makanan seharian, sayuran dan ulaman, lauk-pauk dan sebagainya kebanyakannya daripada sumber di sekeliling dan semulajadi. Walaupun simple tetapi hati senang rasa bahagia...


Petua:

'Pot' atau bekas yang digunakan untuk menyukat beras hendaklah ditinggalkan di dalam bekas beras dan dipenuhkan dengan beras. Kononnya supaya dimurahkan rezeki... Wallahualam.



6 comments:

  1. selepas nenek, tidak ada lagi generasi yang boleh menganyam. cuma ibu yang mewarisi bakat mengait, menjahit dan beberapa lagi. tapi ibu kini terlantar sakit.. alangkah ruginya kami.

    ReplyDelete
  2. seiring bergulirnya waktu, hadir gentong beras modern kayak cosmos dkk.. mulailah alat2 tradisonal seperti ini tersingkirkan.. yah begitulah, zaman makin edan sobat..
    saya sudah follow, follow balik yah..

    ReplyDelete
  3. menarik sekali perkongsian ini. kakchik takde bekas begini untuk simpan beras tapi ada satu hasil kraftangan rotan yang digunakan untuk menyimpan payung. rupanya seakan-akan bekas di atas cuma bentuknya macam hour-glass dan tiada penutup.

    p/s: petua di bawah tu selalu diamalkan

    ReplyDelete
  4. aku ingtt ko nk jual tdi benda tu..

    ReplyDelete
  5. org sekarang buat tempat letak payung ngan tongkat..hehhehe

    ReplyDelete
  6. datang berkunjung.....numpang ngamen sob...jreng...jreng....

    ReplyDelete