13 May, 2010

Bekas Pensel Percuma Daripada Milo


Akupun tidak pasti bilakah tarikhnya bekas pensel hadiah percuma daripada pembelian Milo ini dikeluarkan, tetapi yang pastinya ianya pernah aku gunakan suatu ketika dahulu di zaman pengajian.


Dikeluarkan dengan kerjasama daripada syarikat pengeluar alat tulis yang terkenal pada waktu itu iaitu Staedtler.


Pada asalnya ia didatangkan lengkap bersama dengan alat tulis seperti pensel, pembaris, pemadam dan pengasah yang kesemuanya berlogokan Milo dan berwarna hijau seperti warna korporat syarikat.


Memang berbaloi apabila membeli Milo pada waktu itu bersama hadiah percuma yang diberikan ini. Tetapi mungkin tidak sesuai untuk sebuah keluarga yang ramai kerana mungkin akan berlaku perebutan...



Inilah satu-satunya pensel yang datang bersama bekas pensel ini yang telah berjaya aku selamatkan daripada pupus di muka bumi ini. Yang lain-lainnya memang telah hancur akibat daripada 'wear and tear'.



Jelas tertera logo Milo dan juga tag yang begitu popular iaitu "Minum Milo Anda Akan Jadi Sihat Dan Kuat". Betulkah begitu?



Set bekas pensel ini juga bertemakan kesukanan. Mungkin sebagai gimik betapa relevannya meminum Milo untuk menjadi sihat dan kuat bagaikan ahli sukan. Tertera gambar pemain hoki, pemain bolasepak dan pelari olahraga pada bekas pensel. Tidak hairanlah kerana pada waktu itu Syarikat Milo ini sememangnya menjadi penaja utama bagi acara-acara sukan di negara kita.



Juga tertera gambar produk Milo pada waktu itu di bekas pensel tersebut. Boleh juga dijadikan bahan sejarah kepada mereka yang belum pernah melihat packing Milo yang lama sebelum ini dalam bentuk tin dan juga minuman kotak.


Cerita mengenai Milo ini, di penghujung tahun 1970-an ianya pernah menjadi minuman yang berstatus tinggi kerana hanya di kalangan orang-orang tertentu sahaja yang menggemarinya mungkin kerana faktor kuasa membeli pada sesetengah golongan pada waktu itu. Dalam pada itu juga, mungkin kita hanya lebih biasa dengan minuman kopi dan teh.


Pernah seorang rakan sekolah bercerita dengan penuh bangganya, "Huh.., Aku pi ghumah orang tu, dia jamu ayaq Milo oooo... barq hang..!" dalam pelat utaranya yang pekat, menunjukkan betapa menjadi kebanggaannya kerana telah dapat meminum Milo di sebuah rumah seseorang yang telah diziarahinya...


16 comments:

  1. sy ske minum milo ais..!!! mamak..milo ais satu..!! ;p kehkeh

    ReplyDelete
  2. woo ni pon ade simpan lagik??...paling ajaib le pensel tu x guna ...kekekke

    En BR...kenapa x balas komen kitaorang?...

    ReplyDelete
  3. milo buat aku sakit peruuttt... hihihi

    ReplyDelete
  4. nostalgia betul pensil box Milo tu..memang dulu abg saya pakai..sempat saya melihatnya masa tu... mana dapat? ada extra tak...heeeheeee....

    ReplyDelete
  5. Comel la kotak pensel Milo tu......

    Hihihihi

    :)

    ReplyDelete
  6. ayoo. still simpan lagi ye. ahaa :)

    ReplyDelete
  7. alamak bro...lu ingat kan gua zaman sekolah la...

    ReplyDelete
  8. dari kecik suka milo tp byk restoren skang tipu..bila minta milo dia bg koko/vico @ campuran..mcmlah org tak kenal rasa milo..

    ReplyDelete
  9. hohoho~ best!

    rasanya masih ada lagi bekas pensil tu kat stor rumah kot. hihi :P

    ReplyDelete
  10. pergh. lama dah bekas pensel niii. kenangan...

    ReplyDelete
  11. salamm...wow BR ni pengumpul @ penyimpan setia!
    saya pun banyak mende2 yang disimpan...sampai tatau mana nak letak!

    ReplyDelete
  12. Anonymous14 May, 2010

    alolo!!!
    chumelmnyew...
    teringt dulu2!

    ReplyDelete
  13. Yes...suka jugak MILO..anda jd kuat dan sihat...heheh

    ReplyDelete
  14. Sanggup tunggu dan beratur panjang depan van untuk dpt segelas kecil milo percuma. Van Milo tu slalu dtg sekolah utk edarkan milo percuma pd budak2 sekolah.huhu..terkenang lagi...

    ReplyDelete
  15. kalo dulu, bukan semua boleh beli milo , kalo horlick lagilah... perhhh

    ReplyDelete
  16. ada lg simpan..hebat2...kat mana la di simpan tu..

    ReplyDelete