Sememangnya telah menjadi lumrah pada suatu ketika dahulu bahawa setiap rumah mesti mempunyai sebuah almari hiasan di mana di dalamnya akan dipenuhi dengan pinggan mangkuk dan gelas-gelas minuman sama ada untuk hiasan dan juga untuk kegunaan 'rasmi'.
Biasanya lokasi almari hiasan ini terletak di ruang tamu, berkaki dan mempunyai dua cermin lutsinar di hadapan sebagai pintu yang boleh di sorong-tarik pada kedua-dua belah cermin. Ia juga mempunyai beberapa tingkat rak untuk meletakkan barang hiasan.
Pada hari inipun masih terdapat lagi almari hiasan di kebanyakan rumah-rumah, cuma bentuk dan isi kandung almari tersebut sahaja yang telah banyak berubah. Diisikan dengan koleksi pinggan mangkuk berharga, cenderamata dari luar negara, kaca-kaca kristal dan sebagainya bagi menggambarkan status dan 'keprestijan' tuan rumah.
Apa yang menjadi nostalgianya di sini ialah koleksi beberapa biji gelas yang selalunya terdapat di dalam almari hiasan pada waktu itu yang telah ditunjukkan oleh seorang rakan untuk kita kongsikan bersama.
Mungkin ada gelas-gelas yang dipaparkan ini boleh mengembalikan ingatan kepada sesiapa sahaja yang pernah berada di zaman tersebut... Gelas pendek ini saiznya tidaklah besar, sekadar cukup untuk membasahkan tekak ketika meraikan tetamu.
Biasanya gelas-gelas ini diperolehi daripada hadiah atau pemberian tetamu di majlis perkahwinan kerana telah menjadi satu trend pada suatu ketika dahulu hadiah berbentuk gelas ini telah menjadi pilihan ramai sebagai hadiah di majlis kenduri kahwin.
Selain daripada sebagai perhiasan, gelas-gelas ini juga turut digunakan ketika meraikan tetamu yang bertandang ke rumah. Sering kelihatan tuan rumah akan ke ruang tamu lalu mengambil gelas-gelas ini dari dalam almari ini. Dikeluarkan dari dalam dalam cermin, disusun di dalam dulang dan dibawa ke dapur untuk diisikan minuman.
Jika kopi atau teh yang dihidangkan (minuman rasmi pada waktu itu), seringkali juga timbul soalan daripada tuan rumah kepada tetamu, "Kopi/Teh minum tak?" Masih terbayang lagi keharuman kopi atau teh berbaur arang kayu api...
Jadi, kepada tetamu yang telah mempelajari Ilmu Tata Rakyat (salah satu subjek yang aku pelajari di sekolah rendah dahulu, lebih kurang seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan pada hari ini) minum atau tidak minum kopi atau teh, terpaksa minumlah juga...
Sayugialah juga diingatkan bahawa pada waktu itu bukann semua orang memiliki peti sejuk di rumah masing-masing. Untuk itu, air kopi atau teh panas memang biasalah dihidangkan di dalam gelas di samping di dalam cawan. Kalau di dalam cawan, air tadi akan dituang ke dalam piring, dihembus untuk disejukkan lalu diminum melalui piring. Biasanya dilakukan oleh seorang ibu kepada anaknya yang kecil. Satu gambaran yang amat sukar kita lihat sekarang...
Sayugialah juga diingatkan bahawa pada waktu itu bukann semua orang memiliki peti sejuk di rumah masing-masing. Untuk itu, air kopi atau teh panas memang biasalah dihidangkan di dalam gelas di samping di dalam cawan. Kalau di dalam cawan, air tadi akan dituang ke dalam piring, dihembus untuk disejukkan lalu diminum melalui piring. Biasanya dilakukan oleh seorang ibu kepada anaknya yang kecil. Satu gambaran yang amat sukar kita lihat sekarang...
Dalam banyak-banyak gelas yang aku belek-belek, didapati gelas ini sedikit berbeza dari yang lain-lain kerana gelas ini adalah gelas berupa cenderamata sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tercatat juga di dalam tulisan jawi "Persekutuan Tanah Melayu" dan "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat".
Kalau benarlah gelas ini dikeluarkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 1957, bermakna usianya sekarang telah hampir kepada 53 tahun. Menurut maklumat, set gelas hari kemerdekaan ini juga didatangkan dengan satu set enam biji gelas.
Penghargaan: Rakan setugas En. Zainuddin b. Mat Shariff.
Wah.. itu seakan menjadi adat orang dolu-dolu..
ReplyDeleteMAsih ada sekarang?
Anak -anak muda?
Baik gunakan gelas tu..
Teringat pinggan mangkuk ayan yang berwarna putih berbunga hitam @ biru...
ReplyDeletesekarang pun ada lagi almari hiasan utk barangan kaca...almari lebih besar n gelas/pinggan mangkuk lebih mahal n selalunya imported *wink*
ReplyDeleteoh, klasiknya gelas hari merdeka tu..
ReplyDeletesaya suka mengumpul "mugs" dr tmpt yg dikunjungi,walaupun tak semua dapat beli.. tp tak adalah gelas2 mcam tu.
mak suka kumpol barang2 camni...banyak dapat dari kwan dia...
ReplyDeletesalam BR...
ReplyDeletenice blog...great idea...teringat2 dolu2...kat umah atuk, pernah guna cawan tu...sedapnya sirap dalam gelas bunga merah putih ketika itu...semua tu hanya tggl kenangan...huhuhu...
gambar gelas 1+2+3+4 tu memang ada kat umah atuk saya hehehe...exactly the same! :)
ReplyDeletekalerful gelas...ermmm mana nk carik gelas nek saya nih...umah dah roboh...haihh.....
ReplyDeletegelas merdeka tu "mahal" kan. BR ada muzium kecil ke?
ReplyDeletewoaa.warnawarni.suka.wee.
ReplyDelete