11 May, 2010

Lukisan Kenangan Dari Seorang Rakan


Potret yang menyerupai Abraham Lincoln ini adalah hadiah dari seorang rakan semasa di zaman persekolahan dahulu iaitu pada tahun 1980. 100% adalah hasil lukisan tangan beliau sendiri yang telah dihadiahkan sebagai kenang-kenangan di atas dasar persahabatan. Rakan tersebut yang memiliki bakat melukis semulajadi yang aku kagumi ialah saudara Ooi Loke Ghee, pemberian ini masih lagi aku simpan dengan baik walaupun ianya telah berusia hampir 30 tahun.


Satu sentuhan yang semulajadi kerana lukisan ini telah dilukis di hadapan aku sendiri, menggunakan pensel di dalam buku tulis sekolah. Sudah tentulah pada waktu itu cikgu tiada di dalam kelas... he.. he..



Saudara Ooi Loke Ghee berdiri di barisan belakang nombor tiga dari kiri. (BR yang mana satulah agaknya..?) Bersama guru kelas Encik Pet a/l Din Riang (Siamese).


Telah hampir 30 aku tidak pernah bertemu lagi dengan beliau kerana aku telah berpindah sekolah selepas itu. Berita terakhir yang diterima suatu masa dahulu ialah saudara Ooi Loke Ghee ini telah bekerja sebagai pelukis poster pawagam di Kuala Lumpur. Sekarang ini tidak tahulah di mana beliau berada kerana poster-poster pawagam kini semuanya menggunakan cetakan komputer, bukan lagi lukisan cat minyak seperti dahulu.


Kepada saudara Ooi Loke Ghee, semoga kita dapat bertemu lagi suatu masa nanti...



3 comments:

  1. cuba guna facebook.. mgkn boleh jumpa..kebarangkalian mesti ada..hehehe..

    ReplyDelete
  2. wah...lame nye simpan..30tahun...
    kalau dapat jumpa ngan dia mesti best kan..mesti macam2 nak cerita.

    ReplyDelete
  3. terharu kamu ada berperasaan camni.. simpan benda yg betahun2 lamanya sebagai kenangan peribadi.. shin dapat rasa kamu jenis yg tahu menghargai.. org mcm ni dah hampir pupus~

    TAHNIAH.. kamu semakin inesen.. mcm shin huhu

    ReplyDelete