Pulang bercuti di kampung baru-baru ini masih sempat lagi menggeledah barang-barang lama atau harta pusaka yang tersimpan di dalam rumah. Rupa-rupanya masih banyak lagi khazanah dan harta karun yang belum diterokai yang mana rata-ratanya cukup mengimbau kenangan di masa lalu untuk kita kongsikan bersama.
Salah satunya ialah bekas Tupperware ini. Untuk pengetahuan, bekas Tupperware ini memang mempunyai nostalgianya yang tersendiri kerana bekas inilah yang pernah aku gunakan sewaktu membawa bekal ke sekolah di tahun 70-an dahulu.
Sudah uzur tetapi masih boleh digunakan lagi. Itulah penangan Tupperware, alah membeli menang memakai... (merujuk pada waktu itu la...).
Sudah pastilah ianya Tupperware lama buatan U.S.A yang cukup tahan lasak berbanding dengan barangan Tupperware buatan sekarang.
Masih terbayang lagi ianya terisi dengan nasi putih, telur goreng dan kicap. Makanan blues kegemaran aku. Bukannya tiada makanan lain untuk dibawa, tetapi memang itulah makanan yang paling digemari, mudah dan ringkas untuk disediakan.
Wang saku bawa juga 15 duit (15 sen) pada waktu itu untuk membeli air, kuih atau ais krim. Nilai 5 sen masih lagi digunakan dengan harga makanan di kantin hanya disekitar 5 sen dan 10 sen seperti mee, bihun, laksa dan nasi lemak ikan bilis yang dihidangkan di dalam pinggan ayan. Tetapi jarang benar aku ke kantin kerana lebih selesa berkelah bersama rakan-rakan di bawah pokok atau di tepi kelas pada waktu rehat.
Pada waktu rehat, beberapa rakan sekelas dan rakan-rakan dari kelas sebelah akan berkumpul di bawah sepohon pokok arkasia sambil menikmati bekal masing-masing. Berbual-bual dari hal-hal semasa sehinggalah kepada rancangan TV yang telah ditonton malam tadi sambil berkongsi-kongsi bekalan yang dibawa. Bila dah selesai makan, MAIN... sehingga loceng tamatnya waktu rehat berbunyi. (Loceng tembaga ketukan manual).
Sungguh enjoy pada waktu itu, pergi ke sekolah seperti hendak pergi berkelah dan cukup santai tanpa menjinjing beg yang berat dan terbeban dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti kanak-kanak sekarang. Zaman persekolahan pada waktu itu tidak 'membunuh' zaman kanak-kanak walhal pada waktu itu Peperiksaan Penilaian Darjah Lima jika dibandingkan adalah setaraf dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekarang...
dulu2 kalau sukan kat sekolah..hadiahnya mesti tupperware..sampai dah x muat lemari nak simpan..tapi tupperware yg murah2 jer la..yg pakai buang :P
ReplyDeleteBetul tu..dulu sekolah mee dlm plastik tu cuma 10 sen. Dan saya juga menduduki Peperiksaan Darjah 3 (1976) dan peperiksaan Darjah 5 (1979)
ReplyDeleteHmm.. entri ini penuh dengan nostalgia.. tupperware memang tahan lasak!
ReplyDelete1 )singgah & followed...jom follow saya, nak kenalkan kat Hero..awak mesti suka kat dia...klik kat nuff skali tau...he he he
ReplyDelete2 )anda dijemput untuk menghadiri majlis bbq bersama blogger pd 11.07.10..sila ke blog saya untuk info lanjut...
sori, shout box lambat nak bukak...
salam. kenapa tupperware dulu2 warna putih. atau da luntur warnanya
ReplyDelete