03 June, 2010

Pinggan J & G Meakin - Rosa


Ini pula ialah pinggan J & G Meakin England dalam siri Rosa. Dibeli bersekali dengan teko dalam siri Rosa yang terdahulu yang dikeluarkan di sekitar tahun 1946 - 1970. Berwarna merah jambu dan menambahkan 'ke-elit-an' kepada penggunanya terutama bagi mereka yang meminati gaya Inggeris.


Corak yang terdapat di sekeliling pinggan sungguh menarik dan menampakkan kelainan berbanding dengan pinggan-pinggan lain. Sekali pandang macam klim karipap pun ada...



Juga terdapat kesan 'retak seribu', terima kasih di atas info oleh Kak Rafidah kita mengenai kesan retak seribu dan penjagaan pinggan tok nenek ini.



Cop di bahagian belakang pinggan sama seperti yang terdapat pada teko yang terdahulu, J & G Meakin England.

4 comments:

  1. Salam Tok Ape kabar? harap sihat selalu...

    Saya sekarang asyik berangan nk carik barang lama...sampai termimpi2 mencari barang lama...ni semua blog tok punya pasal awakakakakakk..larikksssssssssss

    ReplyDelete
  2. Simple tapi cantik designnya. Tak der jual kat kedai dah ya...kategori brg antik

    ReplyDelete
  3. rasanya kalau masih ada dijual mesti mahal nih...

    ReplyDelete