Teko J & G Meakin England dalam siri Rosa ini adalah sebuah teko lama yang dikeluarkan di sekitar tahun 1946 - 1970. Berwarna pink dan menjadi buruan peminat-peminat dan pengumpul-pengumpul koleksi pinggan mangkuk lama.
Terdapat lakaran gaya Inggeris di sekeliling teko serta bentuknya yang agak berlainan daripada teko-teko biasa. Orang kampung aku kata 'tembun'...
Bahagian belakang teko. Tangkai pemegangnya dicipta sedemikian rupa untuk genggaman yang lebih kemas ketika menuang air.
Terdapat sedikit kecacatan pada mulut teko, maklumlah teko ini adalah pusaka tok nenek yang lebih setengah abad usianya.
Cukup popular di zaman dahulu untuk dijadikan hiasan di dalam almari. Juga akan dipinjamkan kepada jiran-jiran yang memerlukannya untuk majlis-majlis tertentu.
salam BR..
ReplyDeletewowwwwwww..tok BR pun ada kolek jenis rosa cinderella..cayalahhh..hehehe..mmg bentuk dia tembun pun..gebabs & katiks..sekarang jadi buruan.. ;)
suka teko camni tapi kalau nak tuang kena pegang penutup nanti dia terjun..hehe
ReplyDeleteklasiknya...
ReplyDelete:-)
comel la teko tue...keaslian nyer pun jelas nyata
ReplyDeleteapa yang tulisan buat kaler kuning air tu langsung saya tak bolh baca
ReplyDeletebr to aim,
ReplyDeletemalam tadi blog br kena hack, habis background di tukar menjadi iklan tiles warna putih. pukul 2 pagi tadi baru dapat betulkan kembali seperti asal. maaf di atas segala kesulitan..
*please enable JavaScript.
Salam BR,
ReplyDeleteCantik design teko ni.comel jer
salam BR...cantiknyaaa teko iniiiii..jelessssss
ReplyDeleteSalam BR,
ReplyDeletelama saya tak singgah sini....BR pun dah lama tak update blog kan.... eh akak baru perasan ada teko Rosa ni di sini.... BR tak nak jual ke? jual lah pd saya..dah lama saya cari...akak ada cawan dan platter dan tureen...sedang mencari teko nya sahaja....juallah kpd saya...boleh teko ni bersatu dgn anak2 nya di rumah saya...hehehe...
Kak Azzah8
http://www.nostalgialama.blogspot.com