26 July, 2010

Nostalgia Kad Permainan...


Baru-baru ini BR ke kedai buku Popular yang terletak di Aeon Seberang Perai City Shopping Centre dan didalam kesibukan melayan anak-anak memilih buku, tiba-tiba terpandang pula beberapa kotak kad permainan yang terpamer di atas rak di bahagian kanak-kanak. Kad permainan yang dimaksudkan itu ialah 'Happy Family', 'Snap', 'Donkey' dan 'Old Maid'. Untuk pengetahuan, kad permainan ini pernah dimainkan sewaktu BR kanak-kanak dahulu di tahun 1970-an. Mungkin juga ada pembaca yang pernah bermain dengan kad-kad ini sebelumnya.


Saiznya adalah sebesar daun terup biasa tetapi ianya merupakan kad-kad gambar yang mempunyai cara-cara permainan yang tertentu. Kad-kad permainan yang baru dibeli ini telah diberikan wajah baru tetapi gambar-gambar yang terdapat pada kad dan cara bermainnya adalah sama. Harganya adalah 80 sen bagi setiap kotak.


Contoh kad-kad yang terdapat pada permainan 'Happy Family'. Pemain mesti mengumpulkan kad-kad daripada keluarga yang sama.


Cara-cara untuk bermain 'Happy Family' ini ada tertera di belakang kotak.


Contoh kad-kad yang terdapat pada permainan 'Snap'. Permainan ini bising sedikit kerana pemain terpaksa menyebut 'snap' sewaktu bermain.


Cara-cara untuk bermain 'Snap' ini ada tertera di belakang kotak.


Contoh kad-kad yang terdapat pada permainan 'Donkey'. Di akhir permainan, pemain yang kalah akan digelar 'donkey'... Satu amalan kurang sihat yang cuba diserapkan kepada kanak-kanak, tetapi pada waktu itu manalah mengerti semuanya itu.


Cara-cara untuk bermain 'Donkey' ini ada tertera di belakang kotak.


Contoh kad-kad yang terdapat pada permainan 'Old Maid'. Seperti juga permainan 'Donkey', pemain yang kalah akan digelar 'old maid'...


Cara-cara untuk bermain 'Old Maid' ini ada tertera di belakang kotak.


Selepas dibeli, BR pun turut bermain bersama-sama dengan anak-anak tetapi telah diubah-suai kaedah permainannya iaitu tanpa gelaran-gelaran tertentu bagi pemain yang kalah. Memang terasa menjadi seperti kanak-kanak semula...


Selain daripada bermain kad-kad yang telah disebutkan, terdapat juga beberapa jenis kad permainan yang turut dimainkan pada waktu itu seperti kad spesifikasi kereta, kereta kebal, kapal dan kapal terbang. Permainan ini ialah pertandingan kad siapa yang lebih 'power'. Memang seronok pada waktu itu bermain dan bergelak ketawa tanpa melibatkan unsur-unsur perjudian...

16 comments:

  1. huhu teringat mase kecik2 dulu....sweet memory!

    ReplyDelete
  2. Salam BR,

    Selalu main kad2 ni, Kalau dah hujung tahun dekat nak cuti, cikgu beri kebenaran bawa kad ni gi sekolah. so kumpul member main dalam class. seronok!

    ReplyDelete
  3. 80sen je?murah murah:)

    ReplyDelete
  4. hehe..dulu masa skolah selamba je bwk (pd hal takleh bwk)..SNAP!!! ^^

    ReplyDelete
  5. ada kad juga dulu tapi yang kecik tu, main 'tepak-tepak' kad lagi bagi terbalik. hehe

    ReplyDelete
  6. wah... dulu sy ada empat2 kad tu... tp semua dah hilang.. huhu.. main memang best ah... hahaha
    nostalgik....

    ReplyDelete
  7. wa,,, teringat dulu2

    ReplyDelete
  8. perkara wajib lepas habis exam dulu. seronok!

    ReplyDelete
  9. tak pernah lah aku maen macam gini...
    tak pernah kenal...
    maklum kurang pergaulan..
    nice share...^^

    ReplyDelete
  10. teringat mase kecik2,,

    SNAP!!! cmpo laki ppuan pegi tepuk kad2 yg blonggok 2 kuat2 serentak plak 2,,birat tgn,,hehe tq igtkn psl game ni,,

    ReplyDelete
  11. huhuhuh..teringt kengan dulu.....
    maen kad2 tu...huhuuhu

    ReplyDelete
  12. serius x jadi wat keje bile bace blog ni..
    teringat dlu2 mase muka masih comel...skrg dah jd kacak...

    ReplyDelete
  13. hehe...sukew2 main kad ni...smpai skrng still ade lg kn...ouh...kenangan2...

    ReplyDelete
  14. game wajib time habis exam sekolah rendah...one happy family at home...;)

    ReplyDelete
  15. bahagia giler lepas habis exam ujung tahun, cikgu dah tak masuk kelas, leh bawak mainan kad ni datang skolah..paling best maen SNAP!! mmg happening la kelas tu..siap g kelas org lain lg! haha

    ReplyDelete
  16. cmne nk main snap gaiss

    ReplyDelete