Sewaktu di zaman kanak-kanak sehinggalah di awal remaja terus terang dikatakan bahawa rambut aku arwah ayah yang guntingkan. Bukan kerana tiada kedai gunting rambut yang berhampiran, tetapi aku lebih selesa dengan guntingan daripada ayah. Sewaktu pulang ke kampung baru-baru ini terjumpalah pula perkakas gunting rambut yang pernah digunakan dahulu yang masih tersimpan, lantas terimbaulah kenangan lalu...
Alat 'clipper' manual yang digunakan. Masih teringat lagi bunyi 'klik, klik klik' di tepi telinga apabila ianya digunakan. Waktu itu duduk di atas bangku bulat manakala badan pula ditutupi oleh kain pelikat sambil memegang sebuah 'cermin nyonya' berbentuk bulat. Tempat menggunting pula apa lagi kalau bukan di bawah pokok.
Clipper manual ini buatan U.S.A. biasanya digunakan sebagai 'finishing' untuk mencantikkan potongan rambut. Boleh juga berfungsi sebagai pencukur. Keliling leher akan disapu bedak (bedak Amami) terlebih dahulu sebelum ianya digunakan. Kadang-kadang terluka juga kulit jika tidak berhati-hati menggunakannya.
Gunting rambut yang digunakan. Biasanya digunakan bersama sikat (warma coklat) untuk menentukan sukatan panjang-pendek rambut yang akan digunting. Apabila proses menggunting dimulakan, seakan-akan satu irama boleh dihasilkan.
Untuk makluman, pada waktu itu aku hanya tahu menadah kepala tanpa memikirkan fesyen rambut yang akan digunting. Tetapi fesyen yang paling popular diguna pakai pada waktu itu ialah fesyen rambut 'The Beetles' ataupun fesyen yang berbentuk topi keledar lengkap dengan 'side-burn' pinjam. Bergaya sakanlah aku dengan fesyen rambut itu selepas di sapu dengan minyak rambut Brylcreem dan disisir rapi.
Guntingpun made in Germany. Pasukan favourite aku yang dijangka memenangi Bolasepak Piala Dunia 2010 ini. He.. he..
Biasanya proses menggunting rambut ini akan mengambil masa kira-kira 30 minit atau lebih bergantung kepada mood penggunting ataupun mood orang yang digunting...
Gunting yang menghasilkan potongan 'zig-zag' (panjang-pendek) untuk mengelakkan rambut menjadi 'bertobek' atau 'bertakuk'. Sewaktu kecil dahulu rambut aku sememangnya lurus, tetapi apabila meningkat dewasa ianya telah menjadi kerinting (afro) pula seperti rambut Dato' David Arumugam, tidak tahu pula kenapa.
Berus yang digunakan setelah selesai menggunting untuk membuat sisa-sisa rambut yang melekat pada leher dan badan. Selepas itu pergilah mandi untuk mengelakkan badan manjadi 'miang' atau gatal-gatal.
Untuk pengetahuan, alat-alat menggunting rambut ini cukup dijaga rapi oleh arwah ayah. Jangan ada sesiapa yang boleh bermain-main dengannya pasti akan dimarah bimbang ianya akan menjadi tumpul. Peralatan yang berusia hampir 40 tahun ini akhirnya berjaya juga diselamatkan untuk tatapan anak-anak cucu sekalian...
scary nye peralatan gunting rambut ni...
ReplyDelete=)
gunting zig zag tu ade lagi kat umah tok
ReplyDeletewhoaaaa.~~ best x2...
ReplyDelete