Itulah lebih kurang bentuk ayat yang dibaca ketika seseorang itu menerima telegram suatu ketika dahulu. Sesungguhnya telegram ini adalah cukup sinonim dengan perkhabaran berita sedih yang memerlukan tindakan segera oleh pihak yang menerimanya sesuai dengan sifatnya sebagai salah satu alat perhubungan yang terpantas pada waktu itu. Lebih pantas daripada Pos Laju... He.. he..
Biasanya pesanan daripada telegram ini akan mengambil masa selama satu hari untuk sampai kepada penerimanya dan disampaikan pula oleh posmen seperti surat. Adalah sesuatu yang paling ditakuti dan di'fobia'i oleh penerimanya apabila posmen menghulurkan telegram memandangkan kebangkalian berita kesedihan adalah amat tinggi berbanding dengan berita gumbira. Satu persepsi yang telah sekian lama terpahat di pemikiran penerima telegram.
Untuk itu, di sini BR paparkan sekeping telegram yang telahpun berusia 40 tahun untuk tatapan generasi kini yang tidak pernah melihatnya dan sebagai satu nostalgia kepada pakcik-makcik dan opah-tok wan yang pernah menggunakan perkhidmatan ini suatu ketika dahulu tidak kiralah sebagai pengirim ataupun penerimanya.
Telegram ini dikirimkan oleh seseorang daripada Melbourne kepada keluarganya di Petaling Jaya pada tahun 1970 dan diuruskan oleh Jabatan Talikom Malaysia dan Pejabat Taligerap Petaling Jaya. Mesej yang disampaikan tidak perlu panjang tetapi padat memandangkan bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan telegram ini adalah berdasarkan bilangan patah perkataan yang digunakan.
Kalau hendak tulis panjang-panjang dan dengan bahasa yang berbunga-bunga adalah dinasihatkan supaya menggunakan surat sahaja. "Sebelum mata pena ini terus menari-nari di atas lembaran kertas yang usang ini, izinkanlah daku bla..bla..bla.." contoh bahasa berbunga yang pernah BR baca pada surat dulu-dulu he..he..
Contohnya di sini ialah "ARRIVED SAFELY LETTER FOLLOWS LOVE HUI". Lebih kurang membawa maksud yang pengirimnya yang bernama Hui ini telahpun selamat sampai ke destinasi dan surat-menyurat akan menyusul kemudian. (Bukan berita sedih...).
Di era 1970-an, perkhidmatan telegram ini sememangnya cukup popular sebagai salah satu alat perhubungan terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan-kawasan yang sukar untuk dihubungi.
Dengan kemudahan telefon bimbit, internet, e-mail, sidang video, SMS, MMS, Push-to-Talk, Radio Amatur, blog, shoutmix, cbox (he.. he..) dan pelbagai lagi kaedah perhubungan yang semakin canggih sekarang ini, perkhidmatan telegram ini semakin dipinggirkan meskipun pada waktu ini perkhidmatan ini masih lagi dikendalikan oleh Telekom Malaysia Berhad.
Hmm,x penah guna dan tak penah tengok, sbb masa tu kecik lagi...tp ada la blajar kat sekolah rendah tgk cth gambar dan formatnya
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletedahsyat masih sempat simpan koleksi ni.mse kecik2 pernah guna. tumpang yg stesen keretapi (KTM) punya sbb kat kg belum ada j/raya & lain2 kemudahan masa tu.
sy sniri pernah wat entry psl ni dulu2 tapi spintas lalu je lah. tak ada gambar cenggini. tahniah!
Salam BR,
ReplyDeleteMasih ada lagi yer perkhidmatan telegram ni...Sweetie ingatkan dah lama ianya dihentikan.
terima kasih di atas komen dan sokongan yg telah diberikan terhadap blog yg tidak seberapa ini. nantikan kemunculan lebih banyak lagi dokumen2 lama yg sudah pupus utk tatapan kita semua sbg kenangan dan juga sumber rujukan..
ReplyDeletex pernah tgk pon telegram secara live. benda tu macam fax ekk??
ReplyDeletesuka lawat blog blue riders, banyak benda lama - lama, barang antik...bagi snowy, lebih gemar panggil blog ni blog antik. dapat melihat benda yang jarang dapat dilihat. thanks tuan rumah sebab paparkan semua ini. teruskan nya
ReplyDeleteagaknya berapa lah sangat yang masih menggunakan telegram ni...
ReplyDeleteposto,posto...hehe
:-)
gua pun tak tau sangat pasal telegram ni.nampak sangatlah penggunaanye macam pun nak pupus je.btw thnx 4 the info. B)
ReplyDeletefirst time tgk telegram!!! thanx!!
ReplyDeletedulu waktu wife aku dapat blajar masuk universiti..dia dapat telegram jer..telegram tu dia masih lagi simpan sampai sekarang..la nie mmg jarang org guna kan..
ReplyDeletetahun 1970 sy blum lahir lagi..anyway thanks coz publish citer macm nie kat blog..at least sy sebagai generasi baru nie tahu juga ape yg dilalui masa zaman org dulu2..
ReplyDeleteps:-bersyukur dilahirkan di zaman moden yg serba canggih..nk berkomuniasi pun senang..huhuhu;-)