05 August, 2010

Dulang Bersulam Ada Lagi...


Dulang hiasan milik keluarga ini BR perolehi sewaktu pulang ke kampung baru-baru ini. Sayang sekali dulang yang secantik ini hanya ditempatkan di dalam stor sahaja. Sebenarnya dulang ini adalah sama sahaja seperti dulang hiasan yang pernah ditunjukkan terdahulu cuma perbezaannya ialah dari segi warna, saiz dan bentuknya sahaja.



Memang cantik sebagai hiasan dengan digantung di dinding ruang tamu. Memang sukar untuk dilihat lagi dulang seperti ini menghiasai rumah-rumah sekarang. Kepada pembaca yang pernah memiliki ataupun melihat dulang sulaman ini bolehlah berkongsi maklumat dengan BR.



Diperbuat daripada sejenis tali plastik halus yang disulam pada bingkai dawai membentuk satu anyaman yang sungguh rumit tetapi kreatif.



Di bahagian belakang pula terdapat 'kaki' dulang supaya kedudukan dulang akan lebih stabil.



Gambaran anyaman yang kemas. Sesuai juga untuk dijadikan bingkai gambar bagi yang kreatif.



Dulang ini hanya menggunakan gabungan dua warna sahaja iaitu hitam dan putih. Terdapat juga dulang yang menggunakan pelbagai warna untuk menghasilkan corak berwarna-warni.


10 comments:

  1. Mungkin karena kita negara serumpun dan kebudayaannya hampir sama jadi bnyak benda - benda bernilai seni juga sama bentuknya. Di indonesia mungkin namanya Nampan atau kranjang hiasan dari Sulaman bambu.

    Best Regards,
    Tito's Weblog

    ReplyDelete
  2. Salam BR,

    Cantik juga dulang ni. Kemas anyamannya.

    Sekarang ni dah keluar juga dulang yang dianyam dengan rotan. cantik..boleh tahan juga harganya ma. sesuai digunakan utk raya nanti.

    ReplyDelete
  3. kasi simpan elok2 BR

    ReplyDelete
  4. xpenah jumpe pon lg dulang cmtuh......

    ReplyDelete
  5. Frankly, dulang itu buat mata saya berpinar...munkin sbb coraknya yang unik...

    ReplyDelete
  6. Tengok... eja mungkin pun tak betui dah...

    ReplyDelete
  7. tak pena nampak .... unik amat !!

    ReplyDelete
  8. cantik dulang ni.wat dulang hantaran pun cantik....

    ReplyDelete
  9. ni bukan bersulam tapi beranyam kut..
    sulam tu ape eh?

    ReplyDelete
  10. setuju dengan noor afzan.

    kamus dewan:
    sulam-jahitan pada kain (sebagai bunga), suji, tekat.
    anyam-corak menganyam.
    menganyam-menjalin silang menyilang (utk membuat tikar, bakul dll).

    terima kasih kerana pembetulan itu.

    ReplyDelete