Jamakuddin bin Ahmad, 12 tahun dari Sarawak tidak menyangka sama sekali akan terpilih sebagai Pahlawan Kanak-kanak dan menerima Pingat Hang Tuah. Malah dia tidak tahu langsung tentang adanya pengurniaan pingat itu kepada kanak-kanak yang berjasa. Maka oleh itu ia menganggap adalah di luar dugaan apabila beliau dipilih sebagai pemenang pingat itu pada tahun 1977.
Jamakuddin diberi gelaran Pahlawan Kanak-kanak kerana berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun dari lemas di sungai di kampungnya iaitu Kampung Haji Karim, Bahagian Keenam, Sarikei, Sarawak pada 4 Disember tahun 1976. Jamakuddin ialah murid darjah enam Sekolah Rendah Kerajaan Abang Haji Matahir di Sarikei.
Ketika ditemui di Staduim Negara selepas menerima Pingat Hang Tuah dari Yang di-Pertuan Agong di hadapan beribu-ribu orang kanak-kanak di perayaan Hari kanak-kanak Sedunia 1977, Jamakuddin berkata tindakannya menyelamatkan kanak-kanak itu adalah secara jujur dan ikhlas.
"Secara kebetulan kanak-kanak yang diselamatkan itu ialah cucu kepada penghulu kampung kami," sampuk ayah Jamakuddin, Encik Ahmad bin Anis yang hadir mengiringi anaknya itu. Menurut Jamakuddin, dia ternampak kanak-kanak itu sedang dia di dalam perjalanan menuju ke kedai untuk membeli barang-barang yang disuruh oleh ibunya. "Saya terus sahaja ke tempat itu dan terjun ke dalam arus yang deras itu," ceritanya. "Bila saya lihat keadaannya terlalu pucat, sayapun menjerit memanggil ibunya yang tinggal tidak jauh dari sungai itu," kata Jamakuddin lagi.
Menurut bapanya, Jamakuddin adalah seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap. Di rumah dia cuma suka membantu ibunya seperti menolong menjaga adik-adiknya. Walaupun dia kelihatan lemah lembut tetapi bila ditanya cita-cita di masa depan, beliau berkata askar adalah pilihan utamanya. Jamakuddin mempunyai dua orang adik perempuan dan dia adalah anak sulung.
Gambar menunjukkan beberapa persembahan menarik oleh kanak-kanak di majlis sambutan itu. Selain daripada menerima Pingat Hang Tuah, Jamakuddin juga dihadiahkan wang tunai berjumlah $500 (nilai pada waktu itu) hadiah dari Colgate dan Palmolive. Segala pembiayaan pakaian, tambang serta wang perbelanjaan dihadiahkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Dimanakah Jamakuddin sekarang?
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadangan untuk juadah berbuka hari ini:
Resepi Agar-agar Celoreng
Bahan-bahannya:
1 tahil agar-agar
1 kati gula batu
1 besen air sejuk
1 camca esen ros
4 macam pencelup warna
1 kati gula batu
1 besen air sejuk
1 camca esen ros
4 macam pencelup warna
Cara Membuatnya:
Agar-agar dibasuh bersih dan dimasak dengan air hingga hancur. Masukkan gula batu sambil dikacau.
Apabila naik buih, buangkan buihnya. Setelah masak taruh esen ros dan kacau. Masaklah hingga pekat.
Kemudian tuangkan ke dalam acuan. Bubuh empat pencelup warna setempat-setempat supaya tidak tergaul rapi. Biarkan hingga beku.
Selamat mencuba!
Ada ura-ura supaya diadakan semula sumbangan pingat tersebut, tapi sepi tanpa berita..
ReplyDeletewahh memang bagus kalau ada kurniaan pingat tu lagi. benda macam ni boleh motivate kanak-kanak. :)
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteSaya yg berasal dari sarawk pon x tahu Jamakuddin ada kat mana sekarang...
huhu...
Salam BR,
ReplyDeletekenapa agaknya diberhentikan anugerah pingat tu ya?..bagus juga kalau nak di adakan semula.
try search kt facebook Jamakuddin Ahmad..memang ada..
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia.
ReplyDeleteMenjawab soalan, "Di manakah Jamakuddin sekarang?"
Syukur kepada Allah s.w.t, saya sekarang di Sarikei, Sarawak. Bertugas sebagai guru, dah 23 tahun pada tarikh 02 Januari 2012.
Anugerah yang saya terima,begitu bermakna dalam erti kata keikhlasan, semangat, ketabahan dan galakkan untuk meneruskan kehidupan dan memandang kesempurnaan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada seluruh alam ini sebagai matlamat kehidupan. Moga diperkenankan Allah s.w.t.
BR to need ahmad:
ReplyDeleteterima kasih kpd sdr jamakuddin yg sudi melawat ke blog ini. BR amat terharu dan berterima kasih.
dapatlah kiranya sdr menceritakan dengan lebih lanjut pengalaman sdr yg pernah bergelar pahlawan kanak2 1977 utk pengetahuan semua.
semoga harapan sdr diperkenankan Allah s.w.t. amin.