12 August, 2010

Pembancuh Teh Mr. Bean


Masih ingatkah lagi kisah Mr. Bean yang menyediakan makanannya ketika berada di sebuah taman? Apa yang ingin ditunjukkan di sini ialah bekas air panas berwarna biru yang digunakan oleh beliau untuk menyediakan teh itu. Jika di dalam bahasa Inggeris alat ini dikenali sebagai 'hot water bottle' tetapi di dalam bahasa Melayu tidak pastilah pula apakah istilah ataupun nama khusus baginya.


Seingat-ingat BR, alat pemanas ini telahpun lama digunakan sejak dahulu lagi. Semasa kanak-kanak dahulu ketika mengikut emak menziarahi orang sakit, memang pernah melihat alat ini berada di sisi pesakit. Kegunaannya ialah sebagai pemanas ataupun sebagai 'tunku', 'tuam' atau 'demah'. Paling efektif jika digunakan untuk menuam bahagian-bahagian tubuh yang membengkak.


Diperbuat daripada getah dan didatangkan dengan berbagai warna seperti biru, merah, hijau dan kuning. Selalunya akan disangkut di dinding dapur apabila ianya tidak digunakan.




Penutupnya yang menggunakan kaedah pusing sehingga kemas bagi memastikan air panas yang dimasukkan ke dalamnya tidak mengalir keluar. Untuk pengetahuan, penutupnya ini terpaksa diikat untuk mengelakkan kehilangannya.




Bahagian mulut untuk mengisi air panas. Kepanasan yang terhasil daripada air panas yang diisi ke dalam bekas ini mampu bertahan sehingga beberapa jam.


Jenama Bristol. Penciptaan alat-alat pemanas seperti tilam dan selimut pemanas yang lebih moden membuatkan penggunaan alat ini semakin dilupakan.


Made In England tu... Kak Long, Bang Chik. Kepada pembaca yang mempunyai maklumat lanjut mengenai nama dan kaedah penggunaannya, boleh berkongsi info di sini.



-------------------------------------------------------------------------------------------------



Kepada pembaca yang sedang berfikir-fikir untuk menyediakan juadah untuk berbuka petang nanti, jangan risau kerana mulai hari ini sehinggalah berakhirnya bulan Ramadhan ini BR akan akhiri setiap posting dengan satu cadangan resepi untuk berbuka atau bersahur sebagai pilihan.

Terpulanglah kepada pembaca untuk mencubanya.



Resepi Puding Limau


Bahan-bahannya:


6 biji limau (orange)
1 1/2 cawan gula
2 cawan susu cair
2 sudu tepung kastad
2 biji kuning telur
sedikit ceri dan vanilla
1 cawan air


Cara Membuatnya:


Limau dikeluarkan isinya. Kulitnya dibentuk seperti bakul.

Perahlah air limau tadi dan kacau bersama-sama kastad, susu, vanilla dan kuning telur di atas api. Kacau sampai pekat.

Bila sudah pekat masukkan ke dalam kulit limau yang berbentuk bakul tadi. Hias dengan ceri di atasnya.


10 comments:

  1. Salam dan selamat berpuasa..

    kat rumah memang ada spare hot water bottle ni tapi penutup taklah macam tu ada penyambungnya..hehe..

    terimaksih atas resepi..boleh bayangkan sedap puding ni :-)

    ReplyDelete
  2. Mr Bean memang melucukan...

    ReplyDelete
  3. sedapnya puding limau...

    tuam panas tu sgt berguna, atleast saya lah. guna masa pantang aritu. hehe!

    selamat berpuasa dan beramal di bulan ramadhan ye BR ^^

    ReplyDelete
  4. oh bekas tempat simpan air panas. dulu pernah ada satu, tapi dah rosak kot.

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan BR,

    Teringat lawak Mr Ben tu..heh.Guna hot water bottle.

    Sedapnya puding limau tu nampak macam mudah jer.Tima kasih BR. wah senang Sweetie dapat ilham nak masak apa sahur dan berbuka.

    ReplyDelete
  6. Wahhh, ade gak bekas ni ek? tp x penah nampak la, huhu~~

    ReplyDelete
  7. emang mr.satu ini bikin geregetan, kocak banget. salam

    ReplyDelete
  8. Alah, google2,naik 1gambar ni je? Kat KL mana nak beli benda alah ni...x jumpa2! Harganya berapa 1, yea? TK!

    ReplyDelete
  9. BR to Aifa:
    tak pasti pula di mana ada jual benda ni. kalau bertujuan sebagai tunku, elok aifa dapatkan tunku elektrik yang macam bantal di dalamnya ada air tu.

    ReplyDelete
  10. Nak beli bag panas ni...kat mana ada jual ye..xnak yang ade elktrik tu..hehe

    ReplyDelete