Masih ingat lagi tentang basikal mini Ruby? Baru-baru ini sewaktu pulang ke kampung sambil menyelongkar khazanah, terjumpalah pula dengan 'surat beranak' atau resit pembelian basikal mini Ruby ini. Walaupun setelah 37 tahun berlalu tetapi dokumen ini masih elok tersimpan sebagai bahan bukti pembeliannya.
Basikal mini Ruby yang pernah BR ceritakan suatu ketika dahulu, cukup mengimbau kenangan semasa di sekolah rendah dahulu. Salah satu unsur 'rasuah' yang cuba digunakan supaya BR pergi ke sekolah... He.. he..
Inilah resit pembelian basikal mini Ruby yang dimaksudkan itu. Jelas tertera telah di beli pada 14.02.1973 di Beng Radio, No. 63, Pendang, Kedah dengan harga pada waktu itu sebanyak RM155.00. Nombor frame juga turut tercatat iaitu PG104611. Setem bernilai 10 sen juga turut di'mati'kan sebagai tanda pengesahan pada sebarang resit pembelian atau pembayaran pada waktu itu.
Memang betul nombor frame yang tercatat pada resit pembelian adalah sama dengan yang tercatat pada frame basikal iaitu PG104611. Memang confirm basikal mini Ruby ini adalah milik sah Ramli bin Ahmad iaitu allahyarham ayahanda BR.
Gambaran dari sudut berbeza untuk kejelasan nombor frame. Untuk pengetahuan, sepertimana lain-lain kenderaan, nombor frame, nombor body atau dipanggil juga nombor chassis ini adalah penting sebagai bahan rujukan utama sekiranya berlaku sebarang kecurian ataupun kehilangan terhadap kenderaan yang dibeli. Oleh itu adalah dinasihatkan supaya simpanlah dengan cermat sebarang resit pembelian (tidak kira apa-apa barangan) di tempat yang selamat supaya senang untuk dijadikan rujukan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.
sungguh lme tk tgk basikal tu...haha
ReplyDeletetime kecik2 dlu,duk main beskal tu laa kt kg....;)
Salam BR,
ReplyDeleteleh guna lagi ker basikal ni..resitnya pun masih elok lagi.
RM155.00 untuk sebuah basikal pada tahun 1973 ialah satu nilai yg tinggi.
ReplyDeletemelihat basikal ini, teringat masa lalu
ReplyDeleteSuka basikal :) byk kenangan manis..
ReplyDeletememang kenangan betul tu.lea pun tak lahir lagi....
ReplyDeletesepada antik tuh.. psti bnyak sejarahy..
ReplyDelete