Biskut makmur atau lebih dikenali sebagai kuih Arab merupakan kuih kegemaran BR semenjak kecil lagi. Memang meleleh air liur dibuatnya jika sebut saja Biskut Makmur ini.
Tetapi keratan akhbar daripada Berita Harian bertarikh 04.09.2010 yang lalu serba sedikit telah menggoyahkan minat BR selama ini terhadap kuih tersebut memandangkan sejak zaman-berzaman lagi minyak sapi jenama QBB Pure Ghee ini adalah pilihan utama sebagai salah satu bahan untuk membuat Biskut Makmur ini. Memang tidak pernah diragui lagi kerana jelas terpampang di tinnya tanda halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
"Pengguna beragama Islam diingatkan supaya tidak membeli dan menghentikan pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee yang sudah ditarik balik status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 19 Ogos lalu kerana didapati mengandungi elemen yang meragukan."
"Kami menerima banyak aduan daripada pengguna bahawa produk itu masih di pasaran dan ramai yang keliru sama ada ia halal atau pun sebaliknya kerana masih ada logo halal JAKIM tertera pada produk berkenaan."
Apa sudah jadi? Manakan isu halal dan haram ini boleh dibuat sorong-tarik... BR percaya bahawa tunggu dan bersabarlah di dalam masa yang terdekat ini maka akan adalah satu muka surat khas di akhbar-akhbar tempatan kenyataan daripada Syarikat pengeluar produk ini iaitu QBI Packaging Sdn. Bhd. yang akan menyatakan produk jenama QBB Pure Ghee akan kembali menjadi halal... He.. he..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadangan untuk kuih raya hari ini:
Resepi Biskut Makmur @ Kuih Arab
Bahan-bahannya:
1 kati tepung gandum
1 biji telur
½ tin minyak sapi (pastikan yang halal...)
½ kati kacang tanah
½ kati gula
½ cawan gula kastard
Cara Membuatnya:
Cairkan minyak sapi. Kemudian sejukkan. Ayak tepung gandum. Masukkan minyak sapi ke dalam tepung dan gaul rata.
Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan tepung, ulilah hingga sebati. Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar campurkan dengan gula.
Adunan tepung tadi digelek dan diterap ikut suka hati bentuknya. Isikan kacang ke dalamnya, kemudian disepit atas dan tepinya lalu dibakar hingga kuning dan taburkan di atasnya dengan gula kastard.
Selamat mencuba!
Huhu~ Memang sedap. tapi yang tak sedapnya bila menggele kuih tu menjadi bulat sorang2. hehe. Saya tak guna minyak sapi. Sebab tak suka baunya. JAdik ganti ama minyak masak~ hehee.
ReplyDeletemama saya buat kuih ni gune planta..sbb die xmakan minyak sapi~ she makes it into green color..bentuk daun..sebijik macam daun la! n still sgt sedap! hehe
ReplyDeletesalam, blog yg menarik, mengembalikan nostalgia lama nih...
ReplyDeleterasanya yg tin kat atas tu bukan QBB punye, tu Cow Brand, memang halal sebab dibuat daripada minyak sawit...
bakal nyobain bikin resep biskut makmur
ReplyDelete