Gelas Pengadun Horlicks atau Horlicks Mixer inipun lama juga jika hendak difikirkan tentang usianya. Pendek kata semenjak celik-celik mata lagi benda ini telahpun berada di dalam rumah dan masih disimpan sehingga kini untuk tatapan kita sekarang. Memang banyak mixer yang biasa kita lihat, tetapi pada BR mixer ini istimewa sedikit kerana ia adalah daripada Horlicks iaitu jenama minuman malt yang terkenal di Malaysia. Ho.. ho.. ho..
Masih terkenang semasa kanak-kanak dahulu di mana setiap hari mesti menggunakan alat ini untuk membancuh air. Bukan hanya pada air Horlicks sahaja tetapi apa sahaja jenis air yang perlu dibancuh termasuklah air kopi dan teh sekalipun. Bukan apa, cuma seronok tengok buih yang terhasil dan terasa kepuasan yang tersendiri apabila meminum air hasil daripada mixer ini. Emak kata kami 'perak'... He. he..
Terbayang telatah pelawak terkenal Hamid Ghurka kerana beliau pernah muncul di dalam iklan Horlicks ini...
Tinggi gelas mixer ini ialah lebih kurang 15 cm dan disertakan dengan sebatang pembancuhnya yang bertindak seperti injap piston naik dan turun apabila membancuh minuman kegemaran. Waktu inilah keseronokan menjelma apabila melihat batang pembancuhnya itu naik dan turun ke atas dan ke bawah... He.. he..
Disertakan sekali dengan sukatan ounce dan grammes bagi menyukat bancuhan yang tepat. Biasanya main agak-agak sahaja sesedap rasa...
menarik..memang kluar buih bnyak ke?..haha
ReplyDeletedemo la sikit bancuh air pakai mixer ni
ReplyDeleteSetuju ngan Salmia, kasi shoot video membancuh dan paste kat sini kasi kami tgk.
ReplyDeleteSaya tak pernah jumpa mixer camtu.
alah... buihnya lebih kurang macam teh tarik tu.. hehe..
ReplyDeletewallaweh....
ReplyDeleteklasik tu..
hee...
nk tengok vids gak..
ReplyDelete;p
tak perasan akan kewujudannya..
ReplyDeleteouh2 tak pernah tahu kewujudannya.huhu
ReplyDeletetk sangka horlicks ni minuman berzaman jgk rupanya.. ;)
ReplyDeleteceritanya mengenang masa silam?
ReplyDeleteMacam best jer BR mixer nie.. BR memang banyak simpan barang lama ek? A collector?
ReplyDelete