28 September, 2010

Jam Loceng Berlipat


Jam loceng ini sebenarnya membawa banyak kenangan di dalam hidup BR. Telah dibeli pada tahun 1979 iaitu kira-kira 31 tahun yang lalu. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah apabila ianya berbunyi di dalam beg sekolah ketika guru sedang mengajar, maka kelam-kabutlah jadinya...


Tidak menggunakan bateri tetapi menggunakan cara tradisional iaitu 'kunci'. Untuk pengetahuan, jam ini masih berfungsi dengan baik sehingga kini tetapi ia tidak digunakan lagi memandangkan tugasnya telah digantikan oleh telefon bimbit sebagai penggera untuk bangun tidur.


Pernah digunakan sebagai 'pengejut' utama ketika bangun pagi untuk ke sekolah dan juga sewaktu bangun bersahur.


Jenama Supreme dan buatan Jepun. Menurut beberapa orang pakar jam, jam buatan Jepun ini kadangkala lebih baik daripada jam buatan Swiss!


Kemas apabila dilipat dan disimpan di dalam kocek tetapi biasanya jam ini orang tidak bawa berjalan.


Bahagian belakang jam yang menunjukkan beberapa fungsi asas mengendalikannya.


Amat sesuai diletakkan di atas meja dan apabila malam 'cahaya dingin' (luminesensi) nya akan kelihatan menunjukkan waktunya di dalam gelap.


Moral value:
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
(Surah Al-Asr)


9 comments:

  1. salam...
    wah, menarik tue.. kalau jual kat kedai antik mesti mahal.. tp sentimental value tue lagi mahal..

    ReplyDelete
  2. wahhhh.. unik.. tak penah jumpe jam cemni.. seyes..

    ReplyDelete
  3. penah ada ni dulu..hehe tp dah rosak...

    ReplyDelete
  4. Nice clock. As an antique clock, it must hold high value.

    ReplyDelete
  5. saya ada satu dulu.. tapi dah ilang masa pindah umah.... wuwu..

    ReplyDelete
  6. dulu ada juga tapi tak lah beli tahun 70an..rasanya dalam tahun 90 kot sebab masa kecik dulu selalu buat main.

    ReplyDelete
  7. jam ni ada sentimental value. kena letak kat museum ni BR.hehe

    ReplyDelete
  8. wow ... jam i mcm interesting ...
    nk tanya ... mcm mna nk buat jam ni

    ReplyDelete
  9. Saya ada sebuah jam macam tu untuk dijual

    ReplyDelete