Dalam banyak-banyak gelas yang berada di dalam simpanan BR, gelas inilah yang paling disukai sekali kerana keunikan kata-kata yang terdapat pada gelas tersebut. Usia sebenar gelas ini tidaklah pula diketahui tetapi memandangkan kepada ciri-ciri gelas, mungkin gelas ini telah berusia lebih 40 tahun berdasarkan produk HACKS ini mula bertapak di Malaysia di pertengahan tahun 1960-an.
HACKS adalah jenama gula-gula ubat batuk yang cukup terkenal dulu, kini dan selamanya. Biasanya pembungkus gula-gula HACKS ini akan dilipat kemas supaya perkataan 'HACKS' itu akan nampak tersusun. Pada zaman BR remaja dahulu perkataan HACKS ini adalah merujuk kepada Hanya Aku Cinta Kau Seorang... He.. he..
Mempunyai ketinggian lebih kurang 11 cm dan menurut sumber yang layak dipercayai, ciri-ciri sesuatu gelas lama itu biasanya mempunyai tanda crown di bawah gelas dan juga lingkaran cat berwarna emas pada bibir gelas. Wallahualam.
Sole agents Barkath Stores Ltd. Malaysia, gula-gula HACKS ini masih lagi berada di pasaran cuma imej pembungkusannya sahaja diberikan nafas baru sementara gambar orang tua botak sedang batuk sambil memegang sapu tangan itu masih lagi dikekalkan sejak zaman berzaman.
"HACKS MALAYSIA SDN BHD was set up in the mid sixties by the late Hj.M Abubacker, the founder Chairman of the Barkath group. An enterprising man great foresight, the late Hajee obtained manufacturing rights from the original makers of "HACKS" sweets in the UNITED KINGDOM in the early sixties to set up local production."
Terdapat tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina, India dan Inggeris tertulis pada gelas tetapi yang paling menarik sekali ialah tulisan dalam Bahasa Melayu iaitu "HACKS ICERANA TERAK DAN DADA" apakah maksudnya? Mungkin jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris ianya berbunyi "HACKS FOR THROAT & CHEST" iaitu membawa maksud yang sama juga bagi Bahasa Cina dan India yang terdapat pada gelas tersebut.
perkhh collectible tu bro.... tak sangka... banyak barang2 rare yang boleh dikatakan zaman sekarang nie dah "pupus"....
ReplyDeleteHanya Aku Cinta Kau Seorang. yang tu khas untuk Cik Awek aku. booking mulai hari ni. haha
ReplyDeletefuyuhhh antik tu. Ai pn tak pernah tgk
ReplyDeletevintage abess..
ReplyDelete;D
cmne nk dpt bende antik ni..
ReplyDeletesweet n klasik..
Sangat cantik dan menarik gelas-gelas ni, siap dengan imej tong/botol Hacks. Superb bro. Teringat pula iklan Hacks lakonan Allahyarham Seniman Mahmud June. Beliau berlakon menjadi Tarzan yang sakit tekak. Bila memakan Hacks saja, terus jadi ok dan kembali menjerit, "HOYYOOO...Hacks...Hacks".
ReplyDeleteIngatkan Bro nak jual, rupanya nak tambah cukup 1/2 dozen, ya ! kalau ada setengah dozen sememangnya menarik!
ReplyDeletehacks icerana terak dan dada. haha.
ReplyDeletetakleh blah
asalnya mmg nk jual 2 tinggal 1, tapi sayang la pulak.. jiwa collector ni masih menebal lagi.. hehe..
ReplyDeletesalam BR..pergh memang klasik betullah gelas tu. Gelas2 lama klu drp tanda crown memang dr gelas lama early 50 & 60an..Teruskan usaha BR>>best giler
ReplyDelete