19 October, 2010

Gelas Sunquick Emboss


Bunyinya sahaja sudah cukup menggemparkan macam botol Coca-Cola emboss yang dicari oleh ramai collector botol, gelas Sunquick emboss he.. he..


Gelas Sunquick emboss ini memang sudah lama berada dalam simpanan BR, sehinggakan sudah terlupa semenjak bila tetapi mungkin semenjak tahun 1980-an lagi.

Gelas ini memang cantik apatah lagi jika diisikan dengan air oren, memang sesuai dengan permukaan bergerutu di sekelilingnya yang menambahkan lagi selera untuk diminum apa lagi apabila melihat 'peluh-peluh' ais di sekeliling gelas.


Logo Sunquick emboss menggambarkan limau dibelah berbentuk hati yang telah menjadi trademarknya semenjak dahulu.


Dari segi pembuatan memang gelas ini mempunyai kualiti yang baik berdasarkan ketebalan gelas dan berat yang sesuai menggambarkan kualitinya. Setakat ini cuma ada dua biji gelas sahaja, mana hendak cari lagi empat biji bagi mencukupkan 1/2 dozen?


12 comments:

  1. salam sahabat
    ehm bagus unik saya suka karena transparant hihihi good luck

    ReplyDelete
  2. huhu kenangan tu..bagusla bro ni..

    ReplyDelete
  3. Salam BR, Apa khabar, moga sihat dan ceria selalu.

    Sweetie penggemar Sunquick dari dulu lagi. ermm cantik gelas tu, suka ngan ayat'peluh-peluh ais disekeliling glass. terperinci tu.

    ReplyDelete
  4. cawan ni.
    ade lagi dekat rumah. :)

    ReplyDelete
  5. boleh jual kat IM satu ke?

    ReplyDelete
  6. Gelas ni mmg dah lama... dulu mak ada banyak sb dia suka minum sunquick... good quality punya..

    ReplyDelete
  7. Salam BR...botol Sunquick pun ada emboss kat bontot dia.Amacam ada minat nak kumpul ke? he he he......

    ReplyDelete
  8. Salam... blog lu memang penuh dgn rare stuff
    really like it...
    keep on blogging

    ReplyDelete
  9. Iya...memang dulu-dulu popular gelas ni

    ReplyDelete
  10. Bro BR, dulu adalah , tetapi mana fikir nak menyelamatkan benda berharga ini, he he he!

    ReplyDelete
  11. mulai skrg, jumpa apa2 pun asalkan berkenan, simpan saja.. hehe..

    ReplyDelete