07 November, 2010

Murid Tidak Layak Turut Terima Bantuan KWAMP


Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan. Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar ASTRO, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah.


Sumber: Berita Harian 26.10.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


Selain itu, lapan kes kehilangan dan penyelewengan berjumlah RM196,550 dilaporkan dari 2004 hingga 2008 di mana dua daripadanya akibat penyalahgunaan wang oleh guru besar, kehilangan wang oleh guru besar (tiga), kegagalan guru besar menyerahkan wang (dua) dan aduan penyelewengan kewangan oleh guru besar (satu).

"Ada bantuan diluluskan walaupun pendapatan dicatat dalam borang permohonan tidak melayakkan mereka menerimanya."


Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata semakan terhadap borang permohonan KWAMP bagi 1,350 murid yang diluluskan bantuan mendapati ia turut diberi kepada penerima tidak memenuhi kriteria.

Sejak KWAMP ditubuhkan pada 2003, kerajaan memperuntukkan RM1.45 billion untuk tabung itu, bagaimanapun sejumlah RM1.62 billion sudah dibelanjakan untuk memberi bantuan kepada pelajar miskin, dengan sumbangan turut diterima daripada sektor awam dan swasta, orang ramai dan pulangan daripada simpanan tetap.

Hasil temu bual pihak audit dengan 404 penerima bantuan tahun lalu di 42 sekolah mendapati 75 orang atau 18.6 peratus keluarga ada kemudahan Astro di rumah, 72 keluarga (17.8 peratus) memiliki antara dua hingga enam kenderaan dan sembilan keluarga memiliki antara satu hingga dua unit pendingin hawa.


Salah pentadbir sekolah yang meluluskan atau salah pemohon yang menipu di dalam borang permohonan?


Moral value: Di mana-mana ada penyelewengan... He.. he..


9 comments:

  1. kekadang gitulah, yang sepatutnya layak tidak dapat.

    ReplyDelete
  2. btol 2..ada 2 anak cikgu pn dpt..

    ReplyDelete
  3. : benar2 , dimana2 tetap ada penyelewengan

    ReplyDelete
  4. itu lah pasal..
    patut buat penyilidikan
    kekadang yg layak dpt x dpt
    yg x layak pula yg dpt..

    ReplyDelete
  5. ade yg bapak dia pakai mitsubhi storm pun dpt duit KWAPM.
    Masalah mcm ni biasanya disebabkan oleh ibu bapa yang tiada penyata gaji seperti kerja kampung, berniaga sendiri dll.
    Dah bahagi dgn bil. tangunggan, kecillah nilai. Maka, 'layak' dapat wpun sbnrnya tak layak..
    Tak adil sungguh..

    ReplyDelete
  6. Susah nak cakap lah Bro, tapi peruntukkan untuk sekolah sudah ada seperti yang diberitakan, tetapi disini ada juga sekolah ( bukan semua atau sama sahaja? ) tiap-tiap tahun kebanyakkan sekolah mau 2,3 kali minta derma, ada 3 anak mau 3 borang derma, anak-anak itu akan kesana sini bawa borang derma minta derma di pasaraya dan rumah ke rumah,rasanya bahaya dan mungkin tidak ikut peraturan setempat agak sebenarnya. Pernah juga budak perempuan naik pangsapuri ketuk rumah orang minta derma sekolah, kalau yang buka pintu tu hantu camna?,ada derma untuk hari sukan dan lain-lain sedang waktu pendaftaran pun dah kutip derma bilik komputer dlln. Kalau untuk hari sukan jika 1 pelajar dapat kutip rm50 x minimum 2000 pelajar : rm 100 ribu, tetapi hadiah & makan entah apa-apa. Dari pengalaman saya kalau musin sekolah minta derma, mak bapak akan bantu anak ini bawa borang derma ke tempat kerja untuk penuhkan borang derma tu, ada juga sekolah menyuntik semangat dengan memberi hadiah kepada pengutip derma terbanyak, entahlah he he he...

    ReplyDelete
  7. susah nak komen...
    masa skola dulu~
    kawan yg bapak dia ada sebuah CC dan pasaraya..
    pun dpt biasiswa..ehehe

    ReplyDelete
  8. kat sekolah pun sama...ada tu pakai kereta wish...entahlah mcm mana bleh dpt?!!!!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.
    Masalah utama yang dihadapi,terutama permohonan KWAMP bagi pelajar Tingkatan 1 ialah masa yg diberi untuk sekolah menghantar borang Rumusan terlalu cepat.Guru-guru tak sempat nak semak dan menyiasat pendapatan ibubapa yang memohon bagi pihak anak mereka.Oleh itu,adalah lebih baik tarikh tersebut diberi masa yg mencukupi untuk guru menyiasat.Contohnya sampai awal bulan depan.InsyaAllah dengan kerjasama yg diberi oleh pihak KPM,JPN dan PPD,penyelewengan wang tersebut dapat diatasi sebaiknya.Biasalah,bila bab-bab duit ni,ramai yg gelap hati....

    ReplyDelete