Di kesempatan ini BR ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 2010M bersamaan dengan 1431H kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengimbau kenangan di tahun 1974 dengan mengingat kembali bagaimana susahnya orang dulu-dulu pergi menunaikan fardu haji di Mekah dengan menggunakan kapal laut. Perjalanan pula akan memakan masa berbulan-bulan berbeza dengan beberapa jam sekarang dengan menggunakan kapal terbang.
Kelihatan juga ambulan disediakan di pelabuhan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Gambar menunjukkan saudara mara yang berhimpun di Pelabuhan Klang pada 29 Oktober 1974 untuk menghantar jemaah haji sebelum berlepas ke Tanah Suci kira-kira jam tiga petang hari tersebut.
Adalah dianggarkan seramai 3,000 orang telah hadir di dermaga bagi mengucapkan selamat tinggal kepada bakal-bakal jemaah haji yang akan berlepas. Selain daripada itu dapatlah juga kita melihat fesyen pakaian yang diguna pada zaman tersebut... He.. he..
"Tradisi menghantar bakal-bakal haji ini sebenarnya merupakan satu kecenderungan kepada kebanyakan orang. Selain daripada beberapa buah bas rombongan dari kebanyakan negeri-negeri di Malaysia Barat ini, kakitangan pejabat dan murid-murid sekolah juga cenderung meminta cuti semata-mata untuk menghantar saudara mereka belayar ke Mekah."
"Mereka juga berbekal dan berkhemah di kawasan pelabuhan. Kesesakan di dermaga bertambah sibuk dan kalut dengan ramainya anggota-anggota keselamatan yang berjaga-jaga di setiap ela dan di merata-rata di celah-celah manusia yang berasak-asak itu."
"Kita tidak boleh menyekat kecenderungan orang ramai untuk menghantar saudara-mara mereka di saat-saat akhir berpisah yang belum tentu akan bertemu kembali itu."
Pada tahun tersebut diberitakan seramai 808 orang jemaah haji telah berlepas dengan menggunakan kapal "Malaysia Raya". Kapal yang membawa 1688 orang jemaah haji itu ialah dalam rangka pelayaran yang keempat sempena musim haji pada tahun 1974.
BR sendiripun pernah mengikuti rombongan menghantar nenek ke Tanah Suci pada tahun 1973 dahulu tetapi di Pelabuhan Pulau Pinang walaupun terpaksa berpanas dan berasak-asak. Masih diingat kapal haji tersebut bertolak pada waktu malam tetapi di pagi-pagi hari lagi kami sudahpun berada di dermaga pelabuhan.
Tidak ramai di antara kita yang dapat merasai pengalaman itu, masih terbayang lagi laungan azan yang berkumandang sebaik sahaja kapal mula bergerak... sungguh sayu walaupun pada waktu itu BR masih lagi kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa...
salam sahabat
ReplyDeleteselamat idul adha juga ya.semoga hikmah dan berlah kita dapatkan
wah ini cerita aidiladha yang paling best hehe
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSelamat idul adha kawan...
Salam kawan
insaf sebentar :)
ReplyDeletetertarik dgn tulisan kuning tu...tersirat dan tersurat...tokan terpaksa ubah plan majlis korban keluarga dikampung sbb permohonan cuti x d luluskan hu hu....nk cuti sorang2 ksian kawan2 kat tmpt kerja...nasib baik sabtu ni sempat lagi buat korban
ReplyDeletesalam Yob Rider, wahh citer lama, nostalgia betoi! Dalam blog Yong ada gambor jemaah haji tahun 1953 dari National Georgaphy! Sudi lawat blog akak tapi mostly tentng kembara!
ReplyDeleteBro BR, Pengalaman Menarik tu!
ReplyDelete