Hampir kesemua blog-blog collectors hari ini, esok dan selamanya akan terus menceritakan mengenai kehebatan dan kemeriahan Botologi Hi-tea yang telah diadakan semalam (29.01.2011) di Ipoh Station Antik Cafe, Bandar Puchong Jaya yang dianjurkan oleh En. Mat and 'The Gang' dengan kerjasama En. Lan, pemilik Ipoh Station Antik Cafe. Memang meriah.
Walaupun telah tersesat ke Puchong Perdana, BR pun tidak ketinggalan untuk turut hadir bagi memeriahkan lagi suasana serta berkenal-kenalan dengan para collectors dan bloggers yang datang daripada berbagai ceruk rantau Malaya termasuklah daripada Johor (JAWS) dan Perak (PAIP).
Tidak ketinggalan juga Bro Acidwelding yang telah bertolak jam 10.00 pagi hari yang sama dengan bas ekspressnya daripada Batu Pahat.
Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada wakil penganjur serta ucapan perkenalan daripada wakil collector yang hadir diikuti dengan hi-tea (mee goreng, kuih limas, kuih 'teruna malang' (kuih ketayap), karipap, air sirap dan teh panas.
Botol Coke nombor 1.., nombor 2.., emboss.., registered trade mark.., red cap.., silver cap.., 285ml, 290ml.., gold can.. bla.. bla.. bla.. takut BR dengar...
Tayangan video dan slide ekspedisi Bro Megat dan rakan-rakan memburu botol-botol yang rare 'tak pernah tengok' pun turut diadakan. Dokumentari ringkas itu memang sungguh menarik mengalahkan kutipan filem 'Hantu Mak Limah Balik Rumah'... Memang teruja apabila melihat berkarung-karung botol di bawa pulang. Mungkin 100 tahun lagi botol-botol tersebut akan menjadi artifak bersejarah negara.
Acara yang dinanti-nantikan ialah car boot sale di mana para hadirin berpeluang meninjau, trade dan membeli barang-barang yang bekenan di hati. BR pun join sekaki dengan membuka Unser boot sale... harga 'adik-beradik'...
Sebenarnya bukanlah wang ringgit dan keuntungan yang di cari, tetapi hanya sekadar ingin berkongsi barangan dengan collectors lain seperti mana kata Tenas Effendy yang telah menjadi kata-kata profile di blog Blues Riders ini iaitu "Hidup sekampung tolong menolong, Hidup senegeri beri memberi, Hidup sebangsa rasa merasa..."
Rupa-rupanya masih banyak lagi barangan yang tidak sempat BR keluarkan daripada bonet kereta untuk dikongsi dengan para collectors. Kebetulan pula hujan telah mulai turun dan car boot sale terpaksa dihentikan. (Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu mengangkat kembali barang ke dalam kereta).
Sebelum berangkat pulang kira-kira pukul 7.30 p.m, (mengambil masa kira-kira 2 jam setengah lagi untuk sampai di rumah kalau tak termasuk sesat) Bro Megat sempat menghulurkan sebotol Coca-Cola Arab 250ml sebagai cenderamata dan kenangan.
Kepada pihak penganjur, individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan event ini, para hadirin, bloggers, collectors, dan mereka yang telah membeli barang daripada BR, terlebih terkurang minta dihalalkan serta terima kasih sekali lagi diucapkan.
Sekiranya ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti (jarum patah buat apa simpan?), sekiranya ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati... Berjumpa lagi kita di next event insyaAllah...
Bro BR, terima kasih banyak-banyak kerana datang support Hi Tea Botologi semalam. Kalau ada yang terkurang atau apa-apa kesulitan tu di pohon maaf. Harap-harap event macam ni akan ada lagi di masa hadapan, tak kira la dari negeri mana sekali pun, yang penting sokongan dari para-para collector, blogger dan sesiapa sahaja yang berkonsi minat yang sama. Terima kasih sekali lagi bro BR!
ReplyDeleteYa Bro BR, Permulaan yang menarik, Selamat beristirehat, Ramai yang kepenatan.
ReplyDeletegood job korang....semoga berjaya... maybe next time konvensyen botol semalaysia kalau tak konvensyen collector semelaysia... semoga berjaya...
ReplyDeletelama dah dok perati....belum ada kesempatan nak join sama....insyaAllah, ada lagi leh join....
BR to Bro Megat:
ReplyDeletesama2 bro megat. sokongan sentiasa akan diberikan utk minat & hobi yg satu ini..
BR to Bro ia,
mmg sedang beristirehat ni, sakit pinggang angkat barang.. hehe..
BR to nitestalker:
silakan join bro, jangan malu jangan segan, kehadiran anda amat dialu2kan..
ate..ada juga gambor teman tengah nyeluk poket ropanya...
ReplyDeleteBro BR, thanks bawak botol codd tu. Boleh pandang2, jangan pegang2, duduk renggang2 :)
ReplyDeletebesnya kalau dpt gi tengok!
ReplyDeleteBR to Abg Mat:
ReplyDeleteate.. banyak yop beli barang teman nengok..
BR to Bro FR:
jgn risau bro, nnti BR cuba cari lagi kalau2 ada. kalau ada rezeki takkan kemana..
BR to nor:
kenapa tak datang? 5 hari sebelum tu lagi BR dah promote..
waa.nice je barg2 koleksi tuu..xtaw lak ade event2 cmnie =_=
ReplyDeleteKENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA???
ohhh BR pun collect botol2 lama ker esp coca-cola yer...mesti byk dah dlm koleksi...keep it up!
ReplyDeleteBR to mr TN_SkY:
ReplyDeleteselalulah singgah ke sini, sebarang event akan dimaklumkan dari semasa ke semasa..
BR to Lina:
botol tu ada la sikit2, tapi taklah sehebat rakan2 yg lain. malu nak post..
fulamak. caya la collector.. botol coke tu nmpk menarik. pernah nmpk botol coke kecik mcm tu kat manila hari tu. sorang kawan tu smpai tak sanggup nak minum coke tu sbb nak bawa balik berisi
ReplyDeletetunggu event seterusnya...
ReplyDeleteTakde BR, pasti tak meriah...
wah!! ade mcm2 koleksi larh... :D
ReplyDeleteSalam Bro BR... kat Ipoh Station tu ade jual kuih putu (putu Perak) tak?
ReplyDeleteBG teringin...