16 January, 2011

Minum Air Kencing...


Anda berani minum air kencing sendiri? Biasanya orang sakit akan mendapatkan rawatan daripada doktor atau bomoh, tetapi lain pula ceritanya dengan seorang warga lanjut usia Singoi Jaya, 96, yang minum air kencingnya sendiri. Kelihatan Encik Singoi (gambar) sedang bergaya dengan segelas air kencingnya...


Sumber: Harian Metro 27.12.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


Kaedah yang dianggap pelik dan meloyakan tekak bagi kebanyakan orang itu mula dilakukan Singoi kira-kira 50 tahun lalu selepas dia terjatuh dari atas pokok langsat.

"Pengalaman pertama saya minum air kencing sendiri ialah selepas terjatuh dari atas pokok langsat. Oleh kerana tidak dapat menahan kesakitan, saya nekad meminum air kencing saya sendiri dengan harapan boleh sembuh.

"Mujurlah kesan kejadian yang menyebabkan kencing saya bercampur darah itu pulih selepas beberapa hari kemudian dan saya boleh bangun dan berjalan seperti biasa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Rekap, Kampung Giam, Jalan Puncak Borneo di sini.

Menurut Singoi, kali kedua dia mencuba kaedah itu ialah selepas tergelincir dan terjatuh sehingga menyebabkan tangannya patah dan kakinya tercedera.

"Cara ini mungkin sesuai dengan saya, tetapi bagi orang lain saya tidak sarankan mereka melakukannya," katanya.

Singoi berkata, dia tidak gemar mengambil ubatan moden sekiranya diserang demam dan selsema, sebaliknya mengamalkan aktiviti ringan yang boleh mengeluarkan peluh seperti berkebun dan bersenam.

Dia mendakwa masih mampu mengusahakan tanah yang seluas kira-kira dua hektar berhampiran rumahnya dengan tanaman lada hitam, limau, pisang, cili dan mengendalikan sebuah kolam ikan keli.

"Jangan malas buat kerja seperti berkebun untuk mengeluarkan peluh kerana jika malas badan tidak akan berpeluh dan badan kita akan menjadi lemah serta mudah diserang penyakit." katanya.


Ada berani ka? He.. he..


Kepada pembaca yang ingin tahu mengenai hukum berubat dengan meminum air kencing manusia ini bolehlah ke: Konsultasi Islam


Moral Value: Senaman Baik Untuk Kesihatan.


20 comments:

  1. uish biar benar ni..mcm2 plak er..

    ReplyDelete
  2. yucks ! disgusting ! =="

    ReplyDelete
  3. yawwww...
    minum untuk kesihatan dan kecantikan..hehe

    ReplyDelete
  4. erk... tetiba rasa nak muntah... 0_0

    ReplyDelete
  5. mungkin ubat untik die kot hihihi...

    ReplyDelete
  6. euuuuwwww~~
    tak rela (T__T)

    recent post : |kaligrafi islam|

    ReplyDelete
  7. punyer ler byk ubat..air kencing jugak menjadi pilihan..

    ReplyDelete
  8. okay dah loya tekak .
    bye and hello toilet here i come .
    haha

    ReplyDelete
  9. Tak sanggup....tapi kalau terpaksa mcm mana??

    ReplyDelete
  10. minum air kencing?? iyekkkk...

    ReplyDelete
  11. xberani den nak minum air kencing...eeeeee

    ReplyDelete
  12. memang pengasaran la pakcik nih.. bukan main berbangga lagi beliau ;D

    ReplyDelete
  13. eeuuuwww.....yuckssss...sungguh najis.

    ReplyDelete
  14. gila =.=" haha. tapi pakcik tu tak gila. cuma cara je gila. hehe

    http://shutupstupidcupid.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. Anonymous12 July, 2011

    Ini kisah benar dan bukan kisah pelik. Dia adalah datuk saudara saya, abang kepada nenek sebelah bapa saya. Sekarang dia merupakan antara individu tertua di kampung saya; dalam lingkungan umur 110 tahun. Dia masih boleh berjalan kaki melebihi 5 km sehari dan masih boleh memikul tiang lada seberat 2 - 3 kg untuk jarak perjalanan tersebut.

    ReplyDelete