01 January, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2011


Pada kesempatan ini BR ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baharu 2011 kepada kepada semua rakan-rakan bloggers, silent readers, followers, linkers dan kepada sesiapa sahaja yang pernah atau tidak pernah melayari blog ini. Semoga di tahun baharu ini akan lebih mengeratkan lagi tali persaudaraan dan silaturrahim di antara kita semua dan semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T.


Begitu pantas masa berlalu, umur pun semakin meningkat tanpa disedari. Secara 'eksklusifnya' dipaparkan gambar BR yang diambil pada tahun 1980-an ketika era rock kapak sedang membara bersama kumpulan 'Black Brothers' sebuah kumpulan genre blues/latin yang tidak sempat merakamkan album...

Lagu "I Love You Much Too Much" dari Santana merupakan lagu utama yang sering dimainkan selain daripada lagu-lagu daripada Eric Clapton, Blues Gang, Gary Moore, D'lloyd, Alleycats dan sebagainya mengikut permintaan. Sekarang dah lama dah tak jamming, tapi rasa-rasanya skill lama tu ada lagi... He.. he..

Ribuan ampun dan maaf dipohon sekiranya ada terkasar bahasa dan terlajak bicara di sepanjang tahun 2010...

Selamat tinggal 2010, selamat datang 2011. Semoga kehidupan kita akan lebih diberkati dan terlaksana segala azam selama ini sama ada yang telah atau belum terlaksana... He.. he..


10 comments:

  1. selamat tahun baru bro..smart gak rambut dulu dulu hehehe

    ReplyDelete
  2. Caya la bro .... gua pun sempat gak rasa trend rambut macam tu... kenangan lalu ...hehehe apa2 pun selamat maju jaya ...

    ReplyDelete
  3. happy new year..hope 2011 better then 2010 yerp hehehe happy berblogging :)

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru BR... semoga tahun ni lebih cemerlang..

    ReplyDelete
  5. wow, hebat la bro BR...mesti terrer solo!

    ReplyDelete
  6. nak gop dengar lagu die...

    ReplyDelete
  7. perrgh .. sekali tengok macam MAN KIDAL la.

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru 2011 teman :)

    ReplyDelete