09 February, 2011

J & G Meakin ...Ada Lagi! (Part 2)


Posting kali ini kita sambung lagi dengan kisah pinggan J & G Meakin buatan England ini. Pinggan di bawah ini agak berlainan sedikit daripada beberapa pinggan yang telah dipaparkan sebelum ini kerana terdapat lingkaran warna hijau di muka pinggan. Untuk pengetahuan, pinggan ini adalah keluaran J & G Meakin dalam siri BY.


Berdiameter kira-kira 9 inci dan nampak kotor sedikit tetapi tetap akan tetap cantik menawan jika diberikan sedikit sentuhan cucian.


Pandangan dari sisi menampakkan kedalaman pinggan yang tidak begitu dalam. Sesuai untuk hidangan mee atau bihun goreng...


Di bahagian bawah pinggan tercetak trademark J & G Meakin BY.


Ini pula ialah sebuah piring tersesat dan lari sedikit daripada topik asal kerana ianya bukanlah keluaran J & G Meakin, tetapi keluaran daripada Corona Ironstone China. Rupa bentuk dan warnanya seakan-akan sama seperti pinggan mangkuk J & G Meakin dalam siri Rosa yang berwarna 'rose'.


Berdiameter kira-kira 7 inci dan lebih sesuai dipanggil piring kerana ia sememangnya sebuah piring. He.. he..


Trademark Corona Ironstone China tercetak di bawah piring.


Ini pula piring J & G Meakin dalam siri Glamour Jade. Berdiameter kira-kira 7 inci dan terdapat cat emas di sekeliling piring.


Pandangan sisi menampakkan bentuk piring. Untuk makluman, pinggan mangkuk J & G Meakin dalam siri Jade adalah berwarna hijau.


Seperti biasa terdapat cetakan J & G Meakin Glamour Jade di bawah piring.


Ini juga adalah piring yang sama keluaran J & G Meakin dalam siri Jade. Cuma ianya berdiameter lebih kecil iaitu kira-kira 5.5 inci yang didatangkan bersama set cawan.


Juga terdapat cat emas di sekeliling piring untuk menampakkan ke'elegan'annya.


Tidak perlu dijelaskan lagi kerana pada setiap setiap satu pinggan mangkuk J & G Meakin sudah semestinya terdapat lambang trademarknya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Blues Riders.. He.. he..


6 comments:

  1. Wah! masih boleh dapat yg England punya.

    ReplyDelete
  2. Bro!,retak pinggan tu pun cantik dan seni!

    ReplyDelete
  3. Follow balik ya sob ane tunggu kedatangannya....

    ReplyDelete
  4. england mari...

    ReplyDelete
  5. BR to Mohamadazhan hjDesa:
    mmg sempoi!

    BR to thomas & rizwan's sweetheart:
    mmg dari england mari punya..

    BR to bro ia:
    retak bukan sebarang retak, retak di hati siapa yg tahu..? hehe..

    BR to HTC:
    jangan risau sob, 100% setiap follower BR akan follow kembali asalkan tinggalkan linknya..

    ReplyDelete