20 February, 2011

Pasar Karat Tumpuan Pengunjung Barang Antik


Jika anda peminat barangan antik atau berada di sekitar bandar Teluk Intan pada hari Ahad, mungkin Pasar Karat yang terletak di Jalan Intan, Bandar Baru Teluk Intan, boleh menjadi satu daripada lokasi yang perlu dikunjungi.


Sumber: Berita Harian 16.02.2011
(Sila klik untuk besarkan imej)


Beroperasi sejak dua bulan lalu, lokasi perniagaan yang diusahakan Etika Resources Teluk Intan dan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) itu semakin dikenali, terutama di kalangan pengumpul barang lama.

Ketika ini, sembilan peniaga pelbagai bangsa membuka perniagaan di situ yang beroperasi mulai jam 7 pagi hingga 2 petang setiap Ahad dan bilangan peniaga dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

Antara barangan dijual termasuk syiling dan wang kertas lama, peralatan muzik dan fotografi lama, senjata tradisional, peralatan hiasan rumah serta beraneka bahan pertanian antik yang dijual pada harga antara RM10 hingga ratusan ringgit.


Pegawai Penyelaras pasar itu, Jasni Abdullah, 49, berkata Pasar Karat bertujuan menjadikan Teluk Intan sebagai lokasi berjual beli barangan antik, sekali gus dapat menarik kedatangan pelancong ke bandar yang terkenal dengan kewujudan Menara Condong itu.

Beliau berkata, Teluk Intan adalah bandar kedua di Perak mewujudkan lokasi jualan barangan antik selepas Ipoh.


Peniaga termuda, Amy Shahril Amir Hamzah, 23, yang sudah dua tahun berniaga barangan antik, berkata dia menjual senjata tradisional seperti keris, parang perak dan barangan antik lain.

Roslan Zainuddin, 34, pula menjual bahan tembikar dan tembaga yang menjadi tarikan ramai untuk dijadikan koleksi perhiasan rumah atau bahan sejarah.


Mohd Salim Abdul Hamed, 42, yang menjual syiling dan wang kertas lama termasuk dari negara luar berkata, dia memang berminat mengumpul syiling dan wang kertas lama.


Encik Ong Chuan Goh, seorang peniaga buah-buahan dan salon rambut turut mempunyai hobi dan minat yang sama. Untuk pengetahuan, Mr. Ong ini adalah kenalan BR yang turut sama dalam berkongsi minat dalam mengumpul barangan lama ini.


9 comments:

  1. boleh try pegi ni...cari barang rare..

    ReplyDelete
  2. sesuai sgt utk peminat brg2 antik..

    ReplyDelete
  3. teluk intan? nape x pernah pasan.. tower condong tu selalu r nampak.. em..

    ReplyDelete
  4. BR to azizul & Fiqas:
    boleh try pegi, pringkat prmulaan, brg blum bnyak.

    BR to kay_are:
    bkn kt menara condong, tp kt bandar baru teluk intan.

    ReplyDelete
  5. masa kursus kat Teluk Intan sebulan tahun lepas, tak de pulak.....melepas....

    ReplyDelete
  6. Masa ke sana tahun 70an masih bernama Slim River...

    ReplyDelete
  7. uiks.. kt TI pon ade psr karat??ingt kt shah alam je ade.. bagus utk pnggemar brg2 antik nih...

    ReplyDelete
  8. i ada duit lama RM1 ....nak jual kat mana

    ReplyDelete
  9. ad jual violin lama-lama??

    ReplyDelete