Siapa yang tidak pernah tengok wayang? Daripada tiket wayang yang berkoyak dan bertulisan nombor tempat duduk daripada kapur jahit sehinggalah kepada zaman komputer touch screen sekarang ini, sekurang-kurangnya sekali mesti pernah punya...
Seingat-ingat BR filem pertama yang pernah ditonton ialah filem hindustan "Haati Mere Saathi" (cerita gajah-gajah) yang sungguh popular di tahun 1970-an di panggung Empire Alor Setar dibawa oleh arwah ayah. Diikuti oleh "Bobby", "Tangan Besi", "King Kong", filem-filem "Badul" dan sebagainya.
Contoh sekeping tiket wayang panggung Rex Telok Intan, Perak yang berharga RM4.00 pada waktu itu bagi kelas pertama. Tiket ini masih baharu mungkin di sekitar tahun 1982 - 1990-an kerana menggunakan nama Telok Intan (dahulunya Telok Anson) dan menggunakan simbol RM (dahulunya $ atau Ringgit).
Tidak hairanlah jika sekarang ini kita mendengar jumlah kutipan tiket sesuatu filem itu boleh mencecah jutaan ringgit, kadang-kadang bukanlah kerana filem itu baguspun, tetapi kerana harga tiketnya yang berkali-kali ganda nilainya daripada harga tiket filem dahulu...
Sewaktu di Alor Setar dahulu memang terdapat banyak panggung wayang di sana seperti Rex, Sky (Jalan Putra), Royal (berdekatan OCBC Bank), Cathay (Jalan Langgar), Sri Intan (belakang Sekolah Convent) dan Empire (berhampiran Pekan Rabu).
Di awal remaja, panggung Royal yang menjadi pilihan kerana panggung ini akan menayangkan filem kung fu. BR minat sungguh dengan filem kung fu yang biasanya akan mengisahkan mengenai pembalasan dendam seorang pemuda yang menuntut ilmu kung fu daripada seorang peminta sedekah yang mabuk. Ala-ala "Drunken Master" gitu...
Apabila telah meningkat sedikit lagi dewasa, filem "Butterfly" lakonan Pia Zadora pun dah kira o.k. dah... Masuk pula tidak perlu membeli tiket, hanya memberi rasuah kepada penjaga tiket selepas semua penonton masuk ke dalam panggung... He.. he..
Sepintas lalu suasana di dalam panggung wayang ketika itu ialah penonton boleh merokok. Maka 'berkelun-kelun' lah asap rokok yang kelihatan menghiasi layar panggung. Makanan ringan yang paling popular pula bukannya popcorn, tetapi kuaci bunga matahari atau kuaci hitam. Apabila selesai sesuatu tayangan dan apabila penonton mula bangun dari kerusi maka akan kedengaranlah 'bercerau-cerau' bunyi kulit kuaci itu jatuh ke lantai.
Kalau filem komedi pula, umpamanya filem arahan Badul, adegan ketuk kepala dan aksi mengeliat allahyarham R Jaafar sudah cukup untuk menggamatkan panggung. Bagi yang pernah menontonnya pula tidak berhenti-henti akan menceritakan apa yang akan berlaku pada adegan yang seterusnya.
Salah satu cara panggung wayang mempromosikan filem-filem yang akan ditayangkan ialah melalui hebahan kereta berspeaker corong ke kampung-kampung dan juga melalui brochure atau pamplete yang akan ditampal atau diedarkan ke merata tempat.
Paparan kali ini marilah sama-sama kita melihat sekeping brochure wayang daripada panggung Rex Kampar, Perak yang entah bilakah tahunnya kerana keseluruhan depan belakang brochure ini adalah bertulisan Cina. Nak translatepun BR tak pandai.
Kalau dilihat rasanya memang cukup lama kerana pada waktu itu nombor telefon panggung Rex Kampar ini hanya menggunakan nombor 3 digit sahaja. Nombornya pun cantik iaitu 111.
Jika diperhatikan pada gambarnya, filem ini mungkin sebuah filem cinta romantis. Tetapi apakah tajuknya dan siapakah pengarah dan pelakon-pelakonnya tidaklah pula diketahui.
Kepada pembaca berbangsa Cina atau kepada mereka yang memahami tulisan Cina ini dapatlah kiranya memberikan maklumat mengenai filem ini di ruangan komen nanti.
hahaha adess ingtkan tiket wyg RM4 jerk
ReplyDeletehahah baru pkir nk join
dulu memang murah.RM 4 je.sekarang paling murah pun 9 hengget
ReplyDeletemurahnya......skrg mahal betul
ReplyDeletehuhu dulu brg2 smuanye murah2..skrg nie aduh makk mahalnyer!! :P
ReplyDeleteMeh sini: Video: Nasib Janda!! 18sx
Lama dah tak tgk wayang
ReplyDeleteSalam bro...
ReplyDeleteLama BG tak tengok wayang. Last tengok masa tu tiket wayang RM8.00 di TGV.
Sekarang berapa harga tiket ek?
sekarang ada jugak yg murah..RM5 saja
ReplyDelete1st time tgk wayang cite KRU awas...hehe..tp tak tau tiket camner n berape..sbb kakak yg belikan..haha
ReplyDeletehttp://my.ipanelonline.com/activate.html?code=Ko4n1TZkSB7a0a6
saya pun first time tgk adalah filem Awas jugak...harga tiket time tu RM3 je...tahun 1995
ReplyDeleteTeringgat tengok wayang free. Tiket wayang diberi kepada murid bila Merdeka Day.Masa tu boleh joint kawan-kawan sekolah lain. Bestnya.
ReplyDeleteJenama REX ade lagi tak BR? Saya biasa tengok jenama REX kat makanan dalam tin, dengan air kotak. Tapi bila saya google takde pulak.
ReplyDeleteMahal tu boh....
ReplyDeleteAku dulu tengok wayang 1st class baru 3 riyal
seorang.