28 April, 2011

Murray's Erinmore Flake Tobacco Tin


Tin tembakau Erinmore Flake ini sebenarnya sudah lama berada di dalam simpanan BR tetapi tidak pasti pula bilakah tahun keluarannya kerana terdapat banyak versi tin keluaran daripada Murray's Erinmore Flake Tobacco ini yang terdiri daripada dua bentuk sahaja yang biasa dilihat iaitu yang berbentuk empat segi dan yang berbentuk bulat seperti ini.


Biasanya tembakau Erinmore Flake ini hanya digunakan oleh penghisap paip sahaja namun begitu terdapat juga mereka yang menghisap rokok lenteng atau rokok daun yang mencampurkan sedikit tembakau ini ke dalam rokok mereka untuk rasa dan bau yang lebih mantap.

Mungkin faktor harga yang menyebabkan tembakau ini tidak digunakan sepenuhnya oleh penghisap rokok daun kerana harganya yang agak mahal dan kemungkinan juga atas sebab tembakau ini adalah lebih 'panas' rasanya (berdasarkan pendapat beberapa orang responden yang telah ditemui).


Tembakau keluaran Murray's Erinmore Flake atau lebih dikenali sebagai tembakau cap nanas ini memang cukup popular di kalangan penghisap paip dahulu, kini dan selamanya kerana sehingga sekarang jenama tembakau ini masih lagi popular dan kekal berada di pasaran.


Keharuman asap yang dihasilkan oleh tembakau ini adalah subjektif bagi sesetengah orang. Mungkin berbau busuk bagi mereka yang tidak merokok tetapi sebaliknya bagi mereka yang merokok. Namun begitu asapnya yang dihidu tetap merbahaya kepada sesiapa sahaja...

Begitu juga meskipun ada pendapat daripada penggemar-penggemar paip yang mengatakan menghisap paip adalah lebih menjimatkan daripada menghisap rokok, adalah lebih baik jika kita tidak menghisap kedua-duanya langsung.. badan pun sihat, duit pun jimat... He.. he..


Dikeluarkan oleh Murray Sons & Co. Ltd., dan dibuat di Northern Ireland. Mempunyai berat 4 oz. dengan hanya 8 keping tembakau sahaja di dalamnya di mana setiap keping tembakau adalah seberat kira-kira 1/2 oz.

Tin ini juga adalah kedap udara atau vacuum packed untuk mengekalkan keaslian rasa tembakau di dalamnya. Tinnya sama ada empat segi ataupun bulat biasanya akan digunakan semula sebagai tempat mengisi tembakau rokok daun atau dijadikan celepa.


Kepada pembaca yang ingin melihat tin tembakau ini dalam versi empat segi pula bolehlah ke: jakionline inc


Moral Value: Jualan hasil tembakau tidak dibenarkan kepada mereka yang berumur di bawah 18 tahun...


7 comments:

  1. Oh nostalgia tgk gambar tu...masih ada lagi member2 yg veteran menggunakan tin tembakau Erinmore ni utk simpan rokok daun dan tembakau tahil...

    ReplyDelete
  2. Ayah saya panggil tembakau cap nanas...

    ReplyDelete
  3. mmg nostalgia la..tin tembakau ni.. arwah atuk sy dulu hisap paip pakai tembakau ni lah.. kenangan betul la.. Al-Fatihah untuk arwah atuk tersayang..

    terima kasih ye blue riders sudi singgah blog..

    ReplyDelete
  4. dulu arwah ayah saya hisap paip pakai tembakau jenis ni..tapi sy tak ingat lah pulak sama ada bau dia busuk atau tidak.

    ReplyDelete
  5. BR to khairil:
    memang nostalgia.. generasi yang menggunakan tin ini utk simpan tembakau & rokok daun pun sudah jarang kelihatan..

    BR to koding:
    sebab pada tinnya jelas tergambar sebiji nanas.. hehe..

    BR to {finie violet}:
    al-fatihah utk arwah atuk finie..

    BR to alan:
    setahu BR, bau yang dihasilkannya sungguh harum..

    ReplyDelete
  6. hmmmm memang terkenal sangat tembakau brand ni semua penghisap paip pasti kenal brand ni....

    ReplyDelete
  7. terkenang ngan arwah atuk, dia duduk kat kerusi tengok bola sambil hisap paip, seorang penghisap paip tegar. dia meninggal bukan kerna tembakau tapi kemalangan di laut masa tu umur dia 73 tahun dan juga arwah nenek sodara aku, tegar hisap rokok daun umur panjang meninggal sebab sakit tua bukan kerana rokok daun, arwah suami dia tak hisap hidup bersama, meninggal bukan kerna rokok daun dari nenek sodara tapi meninggal lepas operation di bahagian usus.

    ReplyDelete