25 April, 2011

Spanish Dance Postcard


Spanish Dance can be defined as a complicated dance movement that originates from the native country of Spain and is not predominately influenced by other communities or culture.


The 6 categories of Spanish Dance are:

1. Flamenco
2. Classical Spanish Dance or EstilizaciĆ³n
3. Folklore
4. Eighteenth Century Dances
5. Classical Ballet Dance
6. Castanets




Hidupkan Budaya Kumpul Poskad - Sultan Selangor


Budaya mengumpul barangan lama seperti poskad atau setem yang semakin dilupakan oleh generasi muda perlu dihidupkan semula kerana ia mampu memantapkan jati diri dan semangat cintakan negara.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, hobi tersebut amat unik dan menarik kerana pengumpulnya secara tidak langsung menjadi pencatat sejarah kepada budaya, sosial, tamadun sesebuah bangsa.

Titah baginda, walaupun generasi muda pada masa ini banyak terdedah dengan pelbagai teknologi canggih terutama khidmat pesanan ringkas (SMS) dan emel hingga mengurangkan kepentingan mengirim surat atau poskad tetapi amalan tersebut tidak boleh dibiarkan terus lenyap.

“Budaya mengumpul poskad atau setem perlu dihidupkan semula kerana ia mempunyai signifikan sejarah kepada sesebuah negara, budaya dan bangsa serta peristiwa penting yang berlaku.

“Walaupun dalam poskad dan setem hanya memaparkan gambar sahaja tetapi percayalah sekeping gambar mampu memberi beribu-ribu pengertian dan tafsiran,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa melancarkan buku Perak 300 Early Postcards hasil karangan dan koleksi Prof. Cheah Jin Seng, sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Hadir sama Sultan Azlan; Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan isteri, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.

Buku itu memuatkan 300 keping poskad koleksi Jin Seng berkaitan dengan sejarah berkaitan Perak antaranya sekeping poskad yang memaparkan gambar Raja-Raja Melayu menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja pertama atau dikenali dengan Mesyuarat Durbar pada 13 Julai 1897 di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar Perak.

Sultan Sharafuddin yang turut mempunyai minat mengumpul barangan lama berkongsi pengalamannya membeli dan menghantar poskad di setiap pelabuhan persinggahan semasa belayar selama dua tahun mengelilingi dunia pada 1995.

“Seingat beta, beta telah mengirim sebanyak 200 keping poskad kepada anakanda (Tengku Amir) sepanjang pelayaran itu dan tidak mustahil satu hari nanti anakanda beta akan menjemput Raja Nazrin melancarkan buku bertajuk 200 boring postcards by my dad,” titah baginda sambil berseloroh.


Sumber: Utusan Online 30.10.2009


7 comments:

  1. kalau dulu masa skolah rendah cikgu tanye..
    hobi awak ape??
    saye bantai je 'kumpol stem cikgu' ..
    hehe .. nice ntry :D

    ReplyDelete
  2. tak suka kumpul poskad tapi kumpul setem...biar skema..

    ReplyDelete
  3. sekarang dah x de simpan2 poskad...sebab dah ade email dah...

    ReplyDelete
  4. BR to aQimie Ceplos:
    baguslah tu.. tentu banyak setem yg dikumpul sejak kecil..

    BR to Azzah:
    asalkan ada hobi yang bermanfaat, kumpul apa pun boleh.. memang asyik.

    BR to ariFFin:
    betul tu. teknologi telah menyebabkan penggunaan poskad hampir pupus..

    ReplyDelete
  5. sgt bernas idea sultan..

    ReplyDelete
  6. Saya x pernah ada hobi kumpul poskad..
    Kumpul stem pernah...

    ReplyDelete
  7. Thank you for writinng this

    ReplyDelete