05 May, 2011

Majalah Sensasi (Kulit Nipis)


Bila disebut sahaja nama Majalah Sensasi, tentunya pembaca akan terbayangkan sebuah majalah yang menceritakan mengenai dunia glamour artis dan selebriti yang penuh dengan sensasi. Sebaliknya Majalah Sensasi yang BR paparkan ini merupakan sebuah majalah yang menggunakan nama yang sama tetapi mengisahkan mengenai dunia permotoran yang telah diterbitkan kira-kira 23 tahun yang lalu.

Fakta di sebalik itu ialah rupa-rupanya telah ada sebuah majalah di Malaysia yang menggunakan nama "Sensasi".


Majalah Sensasi ini merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan khusus untuk peminat kereta motor dan diterbitkan secara bulanan. Keluaran sulung atau keluaran pertama majalah ini ialah pada bulan Ogos 1988. Isi kandungnya mencakupi paparan maklumat mengenai kereta motor seperti uji pandu kereta dan motosikal, rencana, gambar, kartun dan tip-tip permotoran seperti kebiasaan terdapat pada majalah permotoran masa kini.


Pada waktu itu (23 tahun yang lalu) sememangnya agak sukar untuk memperolehi sebuah majalah kereta motor terutamanya yang berbahasa Melayu. Sungguh berbeza dengan sekarang di mana terdapat berbagai majalah yang menceritakan mengenai kereta motor sama ada berbahasa Melayu atau Inggeris seperti majalah Kereta, Evo, Stereng, Motokar, 4WD, Asia Motor, Top Fuel, Autozoom, Motor Trader, K-Kar, Ekei, Hypertuned, Otomania, Putera, Cars.my, Wheels dan sebagainya.


"HANYA UNTUK LELAKI. WANITA DILARANG MEMBELI". Satu gimik pemasaran yang sungguh menarik untuk memikat kaum wanita membelinya kerana secara psikologinya sudah tentu wanita akan meronta-ronta untuk mengetahui apakah isi kandungnya.


Diterbitkan oleh Penerbitan Bayan, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur dan apa yang menariknya di sini ialah senarai orang kuat sidang redaksi di sebalik terbitnya majalah ini ialah senarai mereka yang kebanyakkannya terlibat dengan penerbitan majalah Gila-Gila dan merupakan pelukis terkenal seperti Jaafar Taib, Azman Yusof dan Zainal Buang Hussein yang juga merupakan pelukis yang BR kagumi di samping sungguh teruja dengan hasil tangan mereka.

Bagaimana orang seni boleh terlibat pula dengan penerbitan majalah berbentuk permotoran ini? Cikgu Kema tentu lebih arif mengenai perhubungan antara seni dan permotoran ini.

Penasihat: Jaafar Taib
Perunding: Azman Yusof
Penerbit: Zainal Buang Hussein
Editor Teknik: Sazili Yusof
Produksi Grafik: Rosli Abd. Hamid
Pengurusan: Siti Hawa Paiman
Penulis Khas: Elias Idris
Pengarang Kumpulan: Adi Alhadi
Pemasaran: Maznan Noordin
Editor Bersekutu: Banni Ali


Salah sebuah motosikal yang direview iaitu motosikal Honda NR750 yang beromboh bujur ditulis oleh Harabumi Sato lengkap dengan lukisan teknikalnya sekali. Cikgu Zmah tentunya lebih arif mengenai motosikal ini. Jika masih wujud pun sudah tentu motosikal ini boleh dikategorikan sebagai 'motosikal lama'.


Contoh mini Poster Sensasi catan air brush yang terdapat di tengah-tengah majalah untuk peminat pada waktu itu menampalnya di dinding bilik. Memang sudah menjadi adat mana-mana bilik anak bujang mesti akan menampal poster kereta motor selain daripada gambar selebriti yang diminati. Sewaktu remaja dahulu BR juga tidak terkecuali tetapi Amy Lela Dewi Chandran seorang peragawati tahun 1990-an yang lebih menjadi pilihan. He.. he..


BR juga tidak melepaskan peluang untuk mengikuti keluaran majalah ini daripada keluaran pertama tanpa putus sehinggalah pengeluarannya telah diberhentikan iaitu kira-kira dua setengah tahun selepas itu iaitu pada keluarannya yang ke-27. Inilah di antara beberapa buah majalahnya yang masih berada di dalam simpanan.

Untuk pengetahuan, sungguhpun pengeluaran Majalah Sensasi (kulit nipis) ini telah terhenti pengeluarannya tanpa sebab-sebab yang tidak diketahui, tiba-tiba ia muncul semula dengan konsep yang masih sama dan telah menemui pembaca pada keluaran pertamanya iaitu pada 1 Oktober 1991.

Masih mengekalkan beberapa nama sidang redaksinya yang terdahulu tetapi telah diberi wajah baharu dengan berkulit tebal. Jika berkesempatan insyaAllah akan BR paparkan pula pada postingan yang akan datang mengenai Majalah Sensasi berkulit tebal ini.

Kepada pembaca yang mempunyai sebarang maklumat tambahan mengenai Majalah Sensasi (kulit nipis) ini, silalah berkongsi maklumatnya bersama.


21 comments:

  1. tak pernah dengarpun..tapi mesti semua kenderaan dalam majalah tu dah klasik sekarang hehehe

    ReplyDelete
  2. tak ingat pernah baca ke idak.
    lama benar majalah ni.

    (tuan tanah- ada masalah paparan, saya cuma nampak certain tulisan yang berwarna dengan jelas), kenapa ya?

    ReplyDelete
  3. hebat...masih dlm koleksi..ni kalau jual mesti mahal nih majalah nih

    ReplyDelete
  4. Saya pernah bc majalah ni tp lps tu pengeluarannya dihentikn ats sbb2 tertentu. Majalh Roda Roda (mengenai motorsikal) msh ada smp skrg kn?

    ReplyDelete
  5. BR to alan:
    mungkin juga kenderaan itu sudah jadi reban ayam di belakang rumah.. hehe..

    BR to sumaiyah:
    takda la dahsat sangat, masih banyak lagi majalah2 yg lebih lama.. hehe..

    BR to miss nina:
    masalah miss nina itu telah cuba BR selesaikan.

    BR to zuwaidah:
    timbang kilo boleh kot.. hehe..

    BR to shidee:
    t kasih, nanti BR lawat blog shidee.

    BR to adry@daun:
    majalah roda2 keluaran 1980-an memang ada BR simpan. nanti BR postkan.

    ReplyDelete
  6. Saya tidak lahir lagi.. generasi baru(^_^)

    MENONGKAH ARUS KEHIDUPAN

    ReplyDelete
  7. haha pandai strategi bisnes pompuan xleh beli.. kang btol2 x beli bru tau.. hahah :p

    ReplyDelete
  8. hahahh..x bg org pempuan bli ye...sabo je la..=p

    ReplyDelete
  9. Setia sungguh tuan blog masih mengikuti perkembangan majalah ini.

    ReplyDelete
  10. Hebat la koleksi Bro BR ni.. dah tak ingat ada majalah macam tu ..... Tentu keluarannya sama zaman dengan Majalah Bujal ....

    ReplyDelete
  11. Wheels magazine is published by company I working now...:-) he he he...I guess you are very good observer till most of the automotive car magazines you mentioned it.

    ReplyDelete
  12. wau..bnyaknya bro ada barang2 lama..:)..memang rare collection ni..:)

    ReplyDelete
  13. abg BR ni..blues se blues blues nye lah..dasat ngn kagum ^_^ lagi2. ce wat citer pasal drama2 lama leh tak?drama2 mlyu glamor time zmn abg BR?

    ReplyDelete
  14. Macam penah ku lihat majalah ini. Tapi di mana ya? Anyway, good info bro.

    ReplyDelete
  15. nampak banyak isi majalah ni.

    ReplyDelete
  16. Juga folo majalah ini suatu ketika dulu.. Minat pada lukisan yang cantik di dalamnya...

    ReplyDelete
  17. perh..ogos 88 ek.. ku pun tak lahir lagi.. november tu baru lahir.. ehhe

    ReplyDelete
  18. memang tak pernah tahu kewujudan majalah ini. tak lahir lagi rasanya huhu

    ReplyDelete