11 June, 2011

Bintang RTM 1978


M. Rizal yang telah diumumkan sebagai johan Bintang RTM '78 dalam bahagian solo memang telah menjadi ramalan ramai. Kemenangannya banyak bergantung kepada personaliti dan gaya showmanshipnya yang tersendiri. Ini jelas semasa beliau bergaya dengan lagu kedua-duanya, satu lagu medley "Isebella" dan "Abang Beca". bakat seninya mungkin diwarisi daripada ibunya yang juga seorang pelakon bangsawan pada tahun-tahun silam.


Johan Bintang RTM 1978 bahagian solo, M. Rizal dengan piala kemenangannya. Di sebelah beliau ialah YB Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat.


Semenjak kemenangannya banyak tawaran telah diterima oleh Rizal. Berlakon di dalam filem, membuat rakaman di radio dan TV, tawaran menyanyi di kelab malam dan juga membuat piring hitam tempatan.

Dengan kemenangan sebanyak $2,000 (pada waktu itu) M. Rizal akan membelanjakan sebahagian daripadanya untuk kenduri kesyukuran dan selebihnya akan disimpan untuk kegunaan masa depan terutamanya di bidang seni suara yang sangat-sangat diminatinya.


Muhaini Suratman yang menjadi hot favourite pada mulanya telah mendapat tempat kedua. Dengan cara yang simple dan penuh kesederhanaan beliau dapat mendendangkan lagunya terutama lagu "Burung Pungguk" dengan berkesan sekali. Muhaini yang bertugas sebagai seorang kerani dan telah mempunyai seorang cahaya mata menganggapkan kemenangannya satu rahmat dan ini akan memberi perangsang kepadanya untuk meninggikan lagi seni suaranya di masa hadapan.

Muhaini yang telah begitu lama berkecimpung di bidang nyanyian baharu kali ini telah mendapat kejayaan yang begitu cemerlang walaupun katanya, "Saya pernah juga menang beberapa pertandingan tetapi cuma di peringkat sekolah dan daerah sahaja". Muhaini berazam kuat untuk mendapat kejayaan yang lebih cemerlang dari sekarang ini.


Penuntut Tingkatan Tiga dari Sekolah Convent Ava Maria Ipoh, Chang Kim Fong berjaya menduduki tempat ketiga. Kejayaannya agak mendukacitakan kerana di saat-saat kegemilangannya ayah kesayangan Kim Fong tidak dapat bersama. Kata Kim Fong ayahnya telah meninggal dunia kira-kira dua tahun yang lalu dan sekarang beliau tinggal bersama ibunya sahaja. Wang kemenangannya sudah tentu akan disimpan untuk perbelanjaan sekolah dan apabila tamat nanti beliau akan meneruskan kegiatannya di bidang nyanyian dengan lebih cergas lagi.

Sebaik sahaja Kim Fong diumumkan berjaya mendapat tempat ketiga, sebuah syarikat piring hitam yang mengedarkan lagu-lagu Cina yang terkemuka telah menawarkan kontrak nyanyian kepadanya. Tetapi sehingga sekarang beliau masih belum memberikan jawapan yang pasti. Kata Kim Fong, "Saya lebih utamakan pelajaran saya dan kemudian barulah menyanyi".


Dalam bahagian kumpulan, The Crescendos gabungan empat suara dari Sarawak telah menjadi johan. Kumpulan yang dianggotai oleh Junainah Suleiman, Kamil Salim, Husni Eddy dan Julai Alan telah menyampaikan dua buah lagu ciptaan sendiri iaitu "Siapa Dia" dan "Ibu Sayang'. Kemungkinan ini menyebabkan kemenangan mereka. Boleh dikatakan kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian semuanya setanding dan jika diukur dari poise dan personaliti, tidak syak lagi Nada Budaya yang mendapat tempat ketiga mengatasi kumpulan-kumpulan lain.


Kumpulan Par-J Square terdiri daripada lima orang penyanyi dari Tawau, Sabah telah biasa bertanding di Rancangan Bintang RTM secara perseorangan tetapi inilah kali pertama mereka bertanding secar kumpulan dan ini tidak mengecewakan. Walaupun baru sembilan bulan ditubuhkan, tetapi kejayaan mereka menduduki tempat kedua ini amatlah membanggakan.


Nada Budaya terdiri daripada Suhaimi Mohd Zain, Ali Khan, Mahmud, Fadizala dan Norhayati adalah artis-artis daripada Kompleks Budaya yang telah mendapat tempat ketiga. Kumpulan ini sungguh menarik dengan cara stage personality mereka dan ini tidak hairan kerana mereka ini terdiri daripada penari-penari terkemuka negara. Ramai berpendapat jika mereka menguasai suara dan harmoni yang betul, sudah tentu kedudukan mereka akan lebih baik. Kemenangan tempat ketiga pada tahun ini akan mendorong dan menambah azam Kumpulan Nada Budaya mencuba nasib lagi pada tahun hadapan.


Bagi pertandingan akhir ini, 6 peserta akan dipilih daripada Semenanjung Malaysia. Empat mewakili bahagian Solo dan dua di bahagian Padu Suara. Manakala untuk Sabah dan Sarawak, tiap-tiap bahagian (Solo dan Padu Suara) akan diwakili oleh seorang peserta. Ini bermakna kesemuanya 10 peserta telah mengadu nasib di peringkat akhir ini.


RTM telah menyediakan hadiah yang menarik seperti wang tunai dan piala pusingan kepada semua peserta yang mengambil bahagian:

Bahagian Solo:

Tempat Pertama: $2,000 serta piala pusingan.
Tempat Kedua: $1,500.
Tempat Ketiga: $1,000.
Hadiah Sagu Hati: $400 setiap seorang (x3).

Bahagian Padu Suara:

Tempat Pertama: $2,500 serta piala pusingan.
Tempat Kedua: $2,000.
Tempat Ketiga: $1,500.
Hadiah Sagu Hati: $500 setiap seorang (x1).


35 comments:

  1. salam kunjungan... gmbr wkt jamal abdillah menang bintang RTM ada tak?

    ReplyDelete
  2. M.Rizal nyanyi lagu "Isabella"? sudah tentu bukan lagu Search kan...tapi saiapa penyanyi asalnya?

    ReplyDelete
  3. Adusss ..mengimbau kembali ..bintang RTM .. dok menanti Bakat TV lak

    ReplyDelete
  4. BR to Santri T.P.I.N.I:
    jamal abdillah (1979) dan lain2 juara bintang rtm akan menyusul.. insyaAllah..

    BR to cikgu Muzaffar:
    tidak pasti pula lagu "Isebella" siapa penyanyi asalnya dan bagaimana pula lagunya. waktu itu BR masih lg berhingus.. hehe..

    BR to bang pudin:
    bakat TV pun akan menyusul juga insyaAllah. masih ingat dengan nicholas ong cheng hooi, johan bahagian solo 1979?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bintang lawak jenaka 1978, kumpulan ASBA ada tak?

      Delete
  5. waaah mengimbau kisah silam hehe:)

    ReplyDelete
  6. Bro, ada masuk Bintang RTM ke?

    ReplyDelete
  7. BR to alif haris:
    memang mengimbau kenangan apabila mengingatkan kembali nama2 peserta bintang rtm dulu2..

    BR to bro ia:
    menyanyi tak pandai.. tapi dulu2 pernah juga menyertai pesta yamaha portatone peringkat negeri..

    ReplyDelete
  8. M Rizal tak popular sangat. lagu diapun saya tak pernah dengar.

    Tapi Muhaini Suratman lagu dia sedap macam Cinta yang satu, Rindu selalu dan Tunggu dalam mimpi.

    ReplyDelete
  9. wahhhh. semua den tak kenal. hihi.

    ReplyDelete
  10. BR to bro alan:
    m rizal memang bintangnya agak malap. sempat buat satu lp saja, lepas itu terus senyap. kemungkinan najis dadah menjadi puncanya..

    BR to Aimi Dayana Bahari:
    itulah tujuannnya. kalau tak kenal marilah kita kenal2kan.. hehe..

    ReplyDelete
  11. Hemm... Tak banyak memori tentang ini. Masa ni BG umur 5 tahun, kalau rancangan ni waktu malam tentu tak sempat tengok sbb BG tidur awal...

    ReplyDelete
  12. BR to BG:
    kanak2 dulu2 selalu tidur awal sbb siangnya selalu bermain lasak.. hehe..

    ReplyDelete
  13. 1978? semuanya tidak dikenali...
    :-)

    ReplyDelete
  14. kenapa skrin aku tak berapa nampak tulisan entry2nye ni. tak dapat nak baca. adoi.

    ReplyDelete
  15. Bagus berita2 lama cenggini. Mase 1978 tu, sy br berumur 1 thn.

    ReplyDelete
  16. Dulu ade penyanyi cina...penguasaan bahasa kebangsaan mereka memang amat baik.

    ReplyDelete
  17. Mengimbau kenangan lalu

    ReplyDelete
  18. Mengimbau kenangan lalu

    ReplyDelete
  19. lagu isabella yang m.rizal nyanyi masa final di popularkan oleh
    d.j dave.

    ReplyDelete
  20. masa final kumpulan Ofyza nyanyi lagu "Gila Judi" yang dipopularkan oleh daud kilau.tapi diubah dengan gaya sendiri..memang best

    ReplyDelete
  21. BR to paksab:
    t kasih dan BR amat mengalu2kan maklumat yg diberikan oleh paksab. paksab tentunya orang lama ni..

    ReplyDelete
  22. Sama sama BR,saya muda lagi belum 30an..he he he..bab bab artis ni cukup hafal.tapi bab mengaji lambat pulak . sorry terpost komen kumpulan ofyza kat bintang rtm 1978sepatutnya 1979

    ReplyDelete
  23. Ingat lagi M.Rizal menang Bintang Rtm terus dapat tawaran jadi buat album lepas tu berlakon dlm "sumber ilhamku" komen beliau tiga tiga cita cita beliau tercapai serentak, jadi johan bintang rtm, buat album dan jadi pelakon.

    ReplyDelete
  24. Bakat TV 1978 pun bestt, tetapi saya lebih yakin yang Nicholas Ong menang bakat tv 1979 , bakat tv 1978 pemenang kategori muzik solo adalah halil ghafar dengan angklong ciptaan sendiri.

    ReplyDelete
  25. saya nak kena check memori saya balik ..kadang kadang rtm buat bakat tv/bintang rtm pada pertengahan tahun dan final pada awal tahun depan , cthnya final bintang rtm 1979 pada januari 1980, begitu juga final bintang rtm 1983 pada awal 1984..

    ReplyDelete
  26. kumpulan nada budaya yang menang tempat ke 3 tu salah seorang penyanyi dia adalah komposer "Pak Ngah " (suhaimi mohd zain)

    ReplyDelete
  27. xsgka rupanya muhaini surtman pun dari bintang RTM juga

    ReplyDelete
  28. Betul ke salah seorang finalis Bintang RTM 1978 ialah Yunizar Hussein?

    ReplyDelete
  29. saya ada maklumat tentang kumpulan lawak yang menang Bintang RTM 1978, Kumpulan ASBA. Terdiri dari tiga anggota, tetapi dua telah pergi menghadap ilahi. Seorang yang masih hidup ialah Umar bin Yun. Beliau masih lagi aktif berlawak, mengacara dan menyanyi. boleh email saya jika ingin kesahihan ~~ juscinta3@gmail.com

    ReplyDelete
  30. Ya, Yunizar Hussein finalis bintang RTM 1978.

    ReplyDelete
  31. M.Rizal nyanyi lagu saduran drp lagu yg bertajuk Angela nyanyian asal Jose Feliciano

    ReplyDelete