24 June, 2011

Juruterbang Wanita Melayu Pertama


"Di mana ada kemahuan di situ ada jalan", begitulah kata pepatah Melayu yang menjadi pegangan hidup Cik Noor Azizah bt. Hamzah, sehingga telah menempatkan beliau sebagai wanita Melayu yang pertama menjadi juruterbang di negara kita.

Cik Noor Azizah berpendapat, wanita boleh menceburi apa sahaja bidang yang diceburi oleh kaum lelaki dengan syarat mereka haruslah mempunyai kekuatan hati dan semangat keazaman di samping tidak hanya "hangat-hangat tahi ayam". Sebagai bukti, tambahnya, wanita yang mempunyai semangat keazaman yang lebih telah membuktikan kemampuan mereka dalam segala bidang tersebut.


Pendapat Cik Noor Azizah itu memang tidak boleh dinafikan kerana beliau sendiri telah dapat membuktikannya dengan menempatkan dirinya sebagai wanita Melayu yang pertama menjadi seorang pilot di negara kita.

Cik Noor Azizah, 24 tahun dan berasal daripada Kelantan, kini menetap di Setapak, Kuala Lumpur bersama ibunya setelah ayahnya meninggal dunia semenjak beliau berusia 9 tahun lagi. Beliau mempunyai empat orang adik beradik, dua lelaki dan dua perempuan yang semuanya telah mendirikan rumahtangga, kecuali dirinya sendiri.


Imej contoh kapal terbang jenis BN 2 yang dipandu oleh Cik Noor Azizah.


Ditanya tentang masa depannya, beliau memberitahu soal rumahtangga belum lagi terlintas di hatinya tetapi cita-citanya ialah untuk menjadi seorang kapten yang boleh memandu kapal terbang yang lebih besar dari yang boleh dipandunya sekarang iaitu kapal terbang jenis BN 2 yang hanya terbang ke Sabah dan Sarawak.

Imej contoh kapal terbang MAS 737 yang menjadi idaman Cik Noor Azizah.


Walau bagaimanapun, Cik Noor Azizah tetap bersyukur kerana telah berjaya memperolehi CPL (Commercial Pilot Licence) setelah menuntut di Syarikat penerbangan Filipina selama 9 bulan. "Apa yang saya cita-citakan sekarang ialah untuk menjadi Kapten dan dapat memandu kapal terbang yang lebih besar seperti MAS 737", tegasnya.


Memperkatakan tentang kariernya sekarang, beliau menerangkan bahawa menjadi juruterbang bukanlah cita-citanya sejak kecil tetapi ia mula memutik di hatinya setelah beliau menjadi ahli Kelab Penerbangan Selangor pada tahun 1974.

Cik Noor Azizah sebelum ini pernah berkhidmat sebagai penyambut tetamu di Hotel Hilton. Beliau memberitahu semenjak menjadi ahli kelab tersebut barulah beliau menanam satu azam baru untuk menjadi seorang juruterbang walaupun sebilangan daripada rakan-rakan lelakinya menganggap itu hanyalah satu angan-angan yang mustahil tercapai.

Tetapi kerana kepercayaan dan keyakinan terhadap pepatah Melayu itu, Cik Noor Azizah telah cekalkan hatinya supaya beliau dapat membuktikan kepada mereka bahawa beliau boleh mendapat apa yang dihajatkannya biarpun mereka menganggapnya itu perkara mustahil.

Kini beliau telah berjaya membuktikan keazamannya itu dan menganggap tentangan tersebut sebagai satu cabaran kaum lelaki terhadap kaum wanita.

Sebenarnya menurut Cik Noor Azizah lagi, menjadi juruterbang bukanlah satu-satunya lapangan pekerjaan yang paling sukar, tetapi dari apa yang dialaminya sendiri selama ini, berada di angkasa lebih menenangkan perasaannya daripada berada di jalanraya. Kerana itulah beliau merasa lebih takut memandu sebuah kereta daripada memandu sebuah kapal terbang.

Kerana itu beliau mengharapkan agar lebih ramai lagi kaum wanita menceburi lapangan juruterbang di samping berpegang kepada prinsip "apa yang kaum lelaki boleh buat, kita juga boleh membuatnya".


Dalam meniti usia 57 tahun, dimanakah Cik Noor Azizah berada sekarang?


Sumber: Sinar Zaman, Jilid VI, Bil. 72, 1978.


18 comments:

  1. Anonymous24 June, 2011

    She's in Perth now.

    http://www.nst.com.my/nst/articles/8aziz/Article

    ReplyDelete
  2. Woww.. impian lana, nak bawa superbike..tapi..hurmm..

    ReplyDelete
  3. bangganya ada juruterbang wanita malaysia

    ReplyDelete
  4. Berada di Perth,dia menetap di sana?

    ReplyDelete
  5. BR to Anonymous:
    t kasih atas maklumat dan link yang telah diberikan. BR mengalu2kannya.

    BR to Blogger TYNTHA LANA:
    kalau nak naik superbike itu kena tanya cikgu zmah..

    BR to zuwaidah:
    BR pun tumpang bangga..

    BR to cikgu zmah:
    sila cikgu rujuk link yang diberikan oleh Anonymous.

    ReplyDelete
  6. Best Bro cerita ni, teruskan usaha!

    ReplyDelete
  7. BR to bro ia:
    nak korek balik cerita lama2 supaya generasi kini lebih memahami..

    ReplyDelete
  8. Bangga sangat. Ada gak ekk perempuan sehebat ini..

    ReplyDelete
  9. pergh.. hebat.. konfom beriban ni gaji sebulan...

    ReplyDelete
  10. woooww..terbaek ar!

    ReplyDelete
  11. tq info neh bro..:)..generasi zaman saya ramai dah lupa benda2 gini

    ReplyDelete
  12. pergh~~ nie org sgt suksess...
    like it!!! ^^

    ReplyDelete
  13. proud to be woman! :D

    ReplyDelete
  14. pinjam info sket ea bro letak kat blog ;) btw , nape link yg ckp captain ni kat perth skrg ta bole klik ?

    ReplyDelete
  15. Its my aunty..in perth now

    ReplyDelete
  16. Fakta salah ni...sila buat kajian dan rujukan

    ReplyDelete
  17. Captain Nor Azizah Hamzah dah berada Di Australia sejak beliau join Qantas. Berkahwin Dan settle down Di Australia

    ReplyDelete