19 July, 2011

Pas Bulanan Perkhidmatan Feri Pulau Pinang


Dalam membelek-belek harta karun yang tersimpan, tiba-tiba terlihatlah pula pada Pas Bulanan Feri Pulau Pinang yang dikeluarkan pada tahun 1985 ini. Maka teringatlah kenangan 26 tahun lalu ketika BR masih bersekolah di sebuah sekolah atap di Bukit Mertajam. Pas ini memang masih disimpan rapi namun faktor masa telah menjadikan ia uzur dimamah usia.

Agak pelik pula bunyinya apabila tinggal di Pulau Pinang tetapi bersekolah di Seberang Perai. Sebenarnya waktu itu BR dalam proses pertukaran sekolah, jadi untuk sementara waktu terpaksalah berulang-alik setiap hari ke seberang. Hanya selepas beberapa bulan barulah BR dapat bertukar ke St. Xavier Institution, berdekatan dengan rumah di Beach Street (dekat Padang Kota Lama).


(Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, gambar dan butir-butir yang terdapat pada kad ini terpaksa dikaburkan).


Kad ini bersaiz lebih kurang 4" x 3" dan ia perlu diperbaharui setiap bulan, hanya dengan menggantikan kertas merah nipis yang dilekatkan pada kad.

Pas ini dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang kepada pelajar sekolah atau pekerja yang berulang-alik di antara Pulau Pinang dan Seberang Perai. Berapa nilainya pada waktu itu BR sudah tidak ingat tetapi pas ini boleh digunakan pada bila-bila masa dan untuk beberapa kali tanpa had berulang-alik menaiki feri setiap hari. Tiada sebarang tanda atau tebukan seperti pas bulanan bas, hanya tunjukkan kepada petugas kaunter dan boleh berlalu menaiki feri dengan senang hati..


Pada waktu itu perkhidmatan feri ini adalah 24 jam tanpa henti di mana Jambatan Pulau Pinang masih lagi dalam proses pembinaan. Feri merupakan pengangkutan utama bagi pengguna sama ada pejalan kaki mahupun yang berkenderaan untuk ke seberang. Tragedi terminal feri runtuh (1988) juga masih belum berlaku. Untuk pengetahuan, warna rasmi feri pada waktu itu hanyalah satu sahaja iaitu KUNING.. he.. he..


Bahagian belakang kad yang menyatakan dengan jelas syarat-syarat penggunaan kepada pemegang kad.


Apabila menaiki feri setiap hari tentulah banyak pengalaman suka duka yang ditempuhi. Elok juga jika BR kongsikan di sini sebagai kenangan untuk sama-sama kita ketawa ataupun bersedih.

Pernah satu hari itu BR terlewat ke sekolah hanya kerana feri tidak dapat berlabuh kerana air laut surut. Lama juga terpaksa terapung berlegar di tengah laut sementara menanti air pasang. Bayangkanlah alasan sedemikian hendak diberikan kepada guru disiplin.. Jika pembaca sendiri yang menjadi guru itu boleh diterimakah alasan itu?

Pernah juga ada kes terjun feri (cubaan bunuh diri). Seorang lelaki, tetapi berjaya diselamatkan oleh krew feri. Pelik juga apabila difikirkan jika benar-benar hendak bunuh diri, apabila dihulurkan pelampung, kelam kabut juga beliau menggapai pelampung itu untuk menyelamatkan diri. Hanya untuk menyusahkan orang.. Teruk juga dia dibelasah kerana itu.

Ada juga cerita seorang peniaga ayam bermotosikal dengan raga ayamnya di belakang telah terbalik ketika feri merapat di tambatan. Maka bertaburanlah ayam-ayamnya di dalam feri, tetapi berjaya ditangkap kembali oleh penumpang yang lain. Untuk pengetahuan, kemahiran seseorang pemandu feri biasanya akan dinilai ketika feri merapat di tambatan, seorang pemandu yang berpengalaman akan merapat secara slow and steady tanpa berlaku sebarang hentakan yang terlalu kuat.. he.. he..

Pernah juga seorang pakcik datang bertanya feri yang mana hendak ke Pulau Pinang kerana setiap feri yang sampai tidak pula tertulis 'Pulau Pinang'. Untuk pengetahuan, setiap feri diberikan nama-nama pulau seperti Pulau Undan, Pulau Aman dan sebagainya tetapi semua feri akan hanya menuju ke satu destinasi iaitu Pulau Pinang.

Ada juga seorang pakcik yang telah tergelincir daripada tangga feri dan mengalami kecederaan yang serius. Maklumlah tangga feri itu mempunyai kecuraman 80 darjah sama seperti tangga kapal.


Kenderaan yang rosak dan terpaksa ditolak keluar oleh krew feri memang biasa berlaku. Pernah juga berlaku kejadian seorang pemandu kereta dengan lajunya terus meluncur melalui terminal lalu terjun ke laut bersama keretanya.


Sebagai maklumat kepada pengguna feri, gambar rajah teknikal feri juga turut disediakan.


Perjalanan biasanya akan mengambil masa selama 20 minit jika tiada sebarang halangan. Banyak pemandangan indah boleh dilihat seperti kapal-kapal besar yang berlabuh, ikan lumba-lumba yang berenang mengikuti feri (jika bernasib baik), pemandangan Jambatan Pulau Pinang dari jauh dan sebagainya. Adalah menjadi sesuatu yang wajib atau tidak sah jika anda ke Pulau Pinang jika tidak pernah menaiki feri.

Untuk maklumat terkini menganai Feri Pulau Pinang ini, pembaca bolehlah ke: Wikipedia/Feri Pulau Pinang


Moral Value: Hidup ini umpama pelayaran..


16 comments:

  1. beberapa tahun lepas,ca'ah pun pernah tergelincir kat tangga feri tu tapi takdak la sampai jatuh ke bawah. tergelincir dalam 2 anak tangga cenggitu la. sejak tu fobia nak guna tangga feri. huhuhu

    ReplyDelete
  2. lama tak naik feri..selalu guna jambatan...

    ReplyDelete
  3. BR to Cik Ca'ah:
    memang bahaya tangga tu terutama kpd anak2 kecil. berhati2 selalu..

    BR to Khairil:
    jambatan lebih mudah, tak perlu lama menunggu.

    ReplyDelete
  4. Lama x balik kampung.Rindu lah plak. Sepupu saya pernah tergelincir masa nak jln masuk dlm feri (laluan pejln kaki.Sian dia, dah ler tgh pregnant time tu.Mujur x jd pe2. Pengajaran, kena pakai kasut rata.hehehe...

    ReplyDelete
  5. BR to Suhana Shahril:
    kisah org tergelincir memang selalu berlaku kerana jika dilihat semua org akan berjalan laju seperti mengejar masa atau mungkin takut ditinggal feri..

    ReplyDelete
  6. pernah naik feri kat P.Pinang dulu..jem juga nak drive keta masuk feri hehehe.

    ReplyDelete
  7. hehe...teringat time stdy kat penang...hujung mnggu mesti kuar naek feri...plg tak bole lupa basah kuyup kne hujan....

    ReplyDelete
  8. BR to bro Alan:
    skrg ni sama saja, jambatan atau feri sama2 jem..

    BR to an nyek:
    betul tu, kalau tak hujan seronok ditiup angin, tapi kalau hujan, boleh basah sebab tempias..

    ReplyDelete
  9. penah skali je nek feri nih...tu pn dh lebih 10thn lepas..hohoho

    ReplyDelete
  10. HOO HOO tak sangka noo... BR pernah dok kat Tanjung rupanya.MAi la pulak kalau senang...boleh kita pekena Nasi Kandaq Beratuq....hehehe

    ReplyDelete
  11. Malaysia vs Chelsea. Klik http://hiddyasri.blogspot.com/2011/07/malaysia-vs-chelsea-intro.html

    ReplyDelete
  12. BR to ekmal:
    hohoho.. 10 thn.. lama tu..

    BR to armzeli:
    dulu mmg dok tanjung.. dok pekena nasi kandaq 'craven a' baguih punya dok ada..

    BR to Hiddy Asri:
    iklan pun dialu2kan juga..

    ReplyDelete
  13. Anonymous24 July, 2011

    wah langsung bernostalgia, last sekali aku naik feri penang dalam tahun 2000. aku pernah duk perai dari tahun 98 sampai 2000. sebelum megamall bukak komtar la tempat lepak selain summit.

    ReplyDelete
  14. BR to hakmi:
    tahun 2000 dh 11th tu.. skrg komtar dh tak semeriah dulu, summit pula tempat warga asing melepak..

    ReplyDelete
  15. yeke ade pas? org penang saja yantie ni kan.. ni nnti lik Penang nak kena tanya Daddy & Mummy.

    ReplyDelete
  16. Anonymous26 July, 2011

    harap2 cuti raya dapat naik FERI!! =)

    Latest Post: Kelly Rowland 'Here I Am' Giveaway

    ReplyDelete