04 August, 2011

Imbasan Bakat TV 1979 (Separuh Akhir)


Peminat-peminat Bakat 79' mungkin telah mengikuti rancangan pertandingan bakat ini di peringkat awal dengan enam siri rancangan telah dipancarkan sebelum ini. Kita ikuti imbauan di peringkat separuh akhir ini di mana 18 orang peserta telah mengambil bahagian, enam peserta untuk tiap-tiap bahagian.

Bahagian-bahagian yang dipertandingkan ialah Bahagian Pancaragam atau Kugiran, Bahagian Lawak Jenaka dan Bahagian Solo Instrumental. Dari 18 peserta ini lebih dari separuh adalah muka-muka baharu dan boleh dikatakan masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.


Abdul Rahim Abdul Rahman bermain gitar klasik dari Kuala Lumpur (Instrumental Solo).


Mendengar kepada nama peserta-peserta yang mengambil bahagian ini tentunya akan mengembalikan nostalgia lama apabila terkenangkan aksi-aksi peserta yang telah mempersembahkan bakat masing-masing. Tidak kiralah pada waktu itu pembaca masih lagi kanak-kanak ataupun telah dewasa atau dalam keadaan ingat-ingat lupa...


Band Panada Ista dari Kuala Kangsar, Perak (Pancaragam atau Kugiran).



Berikut ialah nama-nama peserta yang layak menyertai ke peringkat separuh akhir Bakat TV 1979 ini:

Bahagian Pancaragam atau Kugiran:

1. Band Q'cumber Uprising dari Melaka.
2. SBS Band dari Alor Setar, Kedah.
3. Band Panada Ista dari Kuala Kangsar, Perak.
4. Band Dendang Kilat dari Alor Setar.
5. T. Road Band dari Tapah, Perak.
6. H.B. Group dari Ulu Kinta, Perak.


Kumpulan IBS Bersaudara dari Johor (Lawak Jenaka).


Bahagian Lawak Jenaka:

1. Kumpulan KAU dari Alor Setar, Kedah.
2. Kumpulan Manikam dan Baby dari Melaka.
3. Kumpulan Osman dan Rajah dari Kelang, Selangor.
4. Kumpulan Isbando dari Teluk Anson (sekarang Teluk Intan), Perak.
5. Kumpulan IBS Bersaudara dari Johor.
6. Kumpulan Hassan Putu Mayam dari Pulau Pinang.


Nicholas Ong Cheng Hooi bermain piano dari Kuala Lumpur (Instrumental Solo).


Bahagian Solo Instrumental:

1. Nicholas Ong Cheng Hooi bermain piano dari Kuala Lumpur.
2. Shahrizan Mohd Salmi bermain flugle horn dari Kuala Lumpur.
3. Abdul Rahim Abdul Rahman bermain gitar klasik dari Kuala Lumpur.
4. Wan Mohammad Wan Zainal bermain gitar elektrik dari Perlis.
5. Mohd Yasin bermain gambus dari Kuala Lumpur.
6. Kesavan Pulusamy dari Seberang Perai.


Dari 18 orang peserta ini, enam peserta akan dipilih untuk menyertai peringkat akhir kelak iaitu dua peserta bagi tiap-tiap bahagian. Manakala Sabah dan Sarawak pula akan diwakili oleh enam peserta iaitu satu bagi tiap-tiap bahagian. pada keseluruhannya 12 peserta akan turut mengambil bahagian di Peringkat Kebangsaan kelak.


Kumpulan Manikam dan Baby dari Melaka(Lawak Jenaka).


Adalah menjadi cita-cita dan hasrat RTM untuk mengadakan acara-acara pentingnya di luar dari kompleks Angkasapuri dengan tujuan memberi gambaran sebenar tentang kegiatan RTM kepada orang ramai di samping mengeratkan lagi suasana kerjasama dan muhibah di antara RTM dan rakyat.

Dalam usaha untuk melaksanakan hasrat inilah, maka RTM sekali lagi bercadang mengadakan Bakat 79' Peringkat Kebangsaan (Akhir) di luar dari Angkasapuri. Kali ini ialah di Negeri Sembilan. Tempat yang dipilih ialah di Tapian Gelanggang, Paroi berhampiran bandar Seremban.

Bakat 79' Peringkat Kebangsaan (Akhir) akan disiarkan secara langsung oleh RTM dan di dalam bentuk warna. DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tengku Ampuan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Penerangan akan turut hadir di upacara yang meriah yang buat pertama kalinya ia diadakan di Negeri Sembilan.

Untuk mengetahui keputusan sebenar Pertandingan Akhir Bakat TV 1979 ini, insyaAllah akan BR siarkan pada postingan akan datang. Persoalannya di manakah mereka ini berada sekarang?


*******************************************************

Seperti di bulan puasa pada tahun lalu, setiap posting akan disertakan dengan resepi cadangan untuk pembaca mencubanya di sepanjang bulan puasa ini.

Untuk makluman, resepi yang dicadangkan ini adalah resepi klasik yang masih menggunakan kaedah sukatan imperal seperti cawan, tin, kati, tahil, oz, inci, camca dan sebagainya.

Terpulanglah kepada budi bicara pembaca untuk menukarkannya kepada sukatan standard atau metrik supaya hasil rasa dan bentuknya nanti tidak 'lari' hehe..


Cadangan untuk juadah berbuka hari ini:


KELUPON UBI

Bahan-bahannya:

4 batang isi ubi kayu
1/2 kati gula merah
1/2 biji kelapa muda
satu cawan tepung gandum
sedikit garam dan minyak untuk menggoreng


Cara membuatnya:

Ubi dan kelapa diparut, dicampurkan garam dan gaul rata-rata. Masukkan pula tepung ke dalam adunan tadi dan gaullah sehingga sebati. kemudian dibuat bulat-bulat sebesar telur ayam (bukan telur puyuh hehe..) Lubangkan ditengahnya dan masukkan gula merah ke dalamnya.

Panaskan minyak dan bila sudah cukup panas, gorenglah sehingga kuning.


Selamat mencuba! Kalau kuih ini menjadi, janganlah lupa menghantar ke sini barang seketul dua.. hehe..

18 comments:

  1. BR to simanis yang manis:
    2 tahun? BR waktu itu baru belajar bercakap.. hehe..
    nak main gitar? BR boleh ajarkan tapi kena tahan kena rotan!
    kalau menjadi kuih tu, hulur2lah ke sini..

    ReplyDelete
  2. byk group dr perak la kan .. kita pon xlahir lg time tuu . hehhe

    ReplyDelete
  3. belog nie terbaik! mengimbau nostalgia lama...saya sgt2 suke.. :)

    enciksyazwanpunyablok.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. bahagian lawak jenaka peserta kumpulan osman dan rajah dari Kelang kalau tak silap diwakili oleh pelawak Osman Kering

    ReplyDelete
  5. Kumpulan KAU dari Kedah kalau tak silap diwakili oleh Hassan Buyong yang lebih popular dengan nama Kak Chah kerana sering berlawak dengan melakonkan watak wanita.pernah bertanding pada bakat tv 1975 hanya layak ke separuh akhir

    ReplyDelete
  6. pelawak hassan putu mayong dah lama meninggal..partner dia kalau tak silap nama hussin tomato (pernah berlakon dlm drama "anak mami")..lawak stail boria.masa final saya ingat lagi depa nyanyi lagu klasik india dengan lirik utara..

    ReplyDelete
  7. Minta Maaf PEMBETULAN
    Hassan putu mayong sebenarnya berpasangan dengan Din Kancong

    ReplyDelete
  8. BOLEH LAYARI DISINI

    http://2.bp.blogspot.com/_FQIixW51hKA/SWYuvZnAhFI/AAAAAAAACVk/I_eGy

    ReplyDelete
  9. BR to simanis yang manis:
    kasihannya.. trauma akibat dirotan. berbekas sehingga sekarang..

    BR to C i k P i p i T e m b a m:
    difahamkan juga kumpulan T Road Band dari Tapah itu pernah dianggotai oleh Jamal Abdillah.

    BR to syazwan tahir:
    terima kasih syazwan. selalu2 lah ke sini..

    BR to pak sab:
    pak sab memang hebat. maklumat yang diberikan amat dialu2kan. BR masih ingat lagi kak chah yang boleh buat perutnya 'beralun' bila menangis..
    link yang paksab berikan tidak boleh dilayari..

    ReplyDelete
  10. Tahun Alin dilahirkan ke dunia...

    ReplyDelete
  11. BR to Alin Marlini:
    sudah 32 tahun pun dia..

    ReplyDelete
  12. sy tak lahir lagi..lahir 1990..bnyak dapat info dri sini ;)
    perempuan,tudung,puasa??

    ReplyDelete
  13. bro , jangan lupa kumpulan dari malaysia timur D.atomic power pun turut bertanding dengan penyanyinya Rudy Ahmad

    ReplyDelete
  14. abg BR, saye memag tak wujud lagi zaman2 ni..huhuhu

    ReplyDelete
  15. 1979.... baru darjah 1 tu. Masa tu x de tv lagi kat kampung saya jadi x tengok rancangan tu...

    ReplyDelete
  16. perh..pnjang tu.. saya suka kelupon ubi~

    ReplyDelete
  17. H.B Group tu , salah seorg guitaristnya pakcik saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana nak dapat tengok balik siaran Bakat TV 1979..ada ke dalam arkib lagi.

      Delete