22 August, 2011

Pertandingan Akhir Bakat TV 1979


Keputusan Bakat '79 Peringkat Kebangsaan memang tepat dan adil. Begitulah pendapat yang telah diterima dari kebanyakan orang ramai. Walaupun ramai telah menyangka yang Bakat kali ini kurang meriah namun sangkaan itu ternyata meleset sekali.

Sambutan orang ramai yang menyaksikan pertandingan pada malam itu sungguh menggalakkan. Ini amat membanggakan pihak RTM sebagai penganjurnya. Orang ramai telah datang dengan begitu besar jumlahnya hinggakan ramai penonton yang tidak mendapat tempat yang sempurna.


DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Tengku Ampuan mencemar duli menyaksikan Pertandingan Akhir Bakat TV '79.


Kumpulan lawak jenaka Hassan Putumayong (Allahyarham) walaupun telah agak lama berkecimpung dalam bidang lawak jenaka namun masih lagi gementar apabila mempersembahkan lawaknya pada malam itu.

"Saya tidak lalu makan dan gementar seluruh badan dan ini tidak pernah berlaku," kata Hassan dengan telor (dialek) Pulau Pinangnya. Dengan hadiah kemenangan Tempat Pertama sebanyak $2,000 itu Hassan akan membesarkan perniagaannya di Seberang Perai. Untuk pengetahuan, beliau juga turut menganggotai Cahaya Mata Ghazal Parti Sungai Bakau, Seberang Perai.

Tempat Kedua dimenangi oleh Ibrahim Hamzah dan Tahir Budiman dari Sabah dan Tempat Ketiga oleh Kumpulan Osman dan Rajah dari Kelang.


Kumpulan D'Atomic Power dari Sandakan, Sabah, Juara bahagian Pancaragam menerima hadiah dari DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.


Kumpulan Pancaragam D'Atomic Power dari Sandakan, Sabah telah berjaya menjadi Juara dalam bahagian Pancaragam. Selain dari memenangi wang tunai sebanyak $3,000 mereka juga layak menerima Piala Pusingan yang menjadi idaman kepada setiap kumpulan pancaragam tanah air.

Keanggotaan asal D'Atomic Power ketika itu ialah terdiri daripada Rashid Kamsiran (Gitar Utama/Keyboard/Trombone/Vocal/Ketua Kumpulan), Sulaiman Alman @ Ringgo (Drummer), Ismail Arun (Bass/Vocal), Saat Talip (Keyboard/Altosax), Karim Awang (Altosax), Rudy Ahmad (Vocal Utama), Geofrey Tan (Vocal) dan Alleh Aggullana (Vocal).

Menurut ketuanya, Rashid Kamsiran, Mereka datang ke Paroi dengan hasrat menjadi juara dan mereka telah berlatih sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang bagi kawasan Sabah. "Hasil usaha gigih dari semua rakan, kami akhirnya berjaya," kata Kamsiran lagi.

Sebaik sahaja D'Atomic Power diumumkan sebagai pemenang, kumpulan ini telah ditawarkan untuk membuat rakaman ke piring hitam dalam bentuk LP dari salah sebuah syarikat piring hitam tempatan.

Ini bukanlah pertama kali kumpulan ini bertanding untuk Pertandingan Bakat TV. Pada tahun lepas D'Atomic Power telah mendapat tempat ketiga.

Menurut salah seorang anggota kumpulan itu, pada tahun hadapan mereka tidak akan lagi turut bertanding untuk memberi peluang kepada kumpulan lain pula. Pada waktu itu mereka bermain di Kelab Malam di Sandakan dan juga dalam pertunjukan-pertunjukan pentas.

Maklumat lanjut mengenai Kumpulan D'Atomic Power ini pembaca boleh ikuti di: D'Atomic Power


Kumpulan Panada Ista dari Kuala Kangsar telah memenangi Tempat Kedua.


Tempat Kedua dimenangi oleh Panada Ista dari Kuala Kangsar. Kumpulan di bawah naungan DYMM Sultan Perak ini sebelumnya dikenali sebagai The Pelican. Panada Ista menerima wang tunai sebanyak $2,000 dan medallion sebagai kenangan.

Ketua Panada Ista, Azli Jili memberitahu kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 1973 dan dipandu dan dilatih oleh Orkes Rishah juga dari Kuala Kangsar. "Kami akan mencuba lagi pada tahun hadapan untuk mencapai keputusan yang lebih baik lagi," katanya. Tempat Ketiga pula dimenangi oleh T. Road Band juga dari Perak.


Peserta termuda dalam Bakat TV '79 yang juga merupakan Johan bagi bahagian Solo Instrumental, Nicholas Ong Cheng Hooi bersama piala kemenangannya.


Nicholas Ong Cheng Hooi peserta termuda dalam Bakat TV '79 berasal dari Petaling Jaya. Telah mula bermain piano sejak umurnya enam tahun di bawah bimbingan ibu dan seorang guru muzik terkemuka di Petaling Jaya.

Sungguhpun Nicholas baru berumur sembilan tahun pada waktu itu namun potensinya sebagai pemuzik kelihatan jelas sekali. Sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang bahagian Solo, dengan penuh kemesraan beliau memeluk ibunya dan berkata, "Duit yang akan saya dapati nanti akan saya beli TV warna untuk ibu".

Walau bagaimanapun sebuah syarikat penjual TV telah menghadiahkan sebuah TV warna kepada beliau. Selain dari itu, beliau juga telah menghadiahkan jam yang diterimanya untuk ibu kesayangannya.

Ibunya Puan Ong berkata, buat masa ini Nicholas akan menumpukan masanya lebih kepada pelajaran walaupun kecenderungan bermain piano yang terdapat dalam diri Nicholas tidak akan disekat. Bakat yang terdapat di dalam dirinya harus dipupuk dan dibaja supaya pada masa akan datang beliau akan lebih maju dan berjaya.


Semua peserta Bakat TV '79 berbaris memberi penghormatan kepada para penonton di akhir majlis.


Tempat Kedua dalam bahagian Solo Instrumental dimenangi oleh Shah Rizan Mohd Salmi juga dari Kuala Lumpur dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Stephen Jaramiah dari Sarawak.


Tiba-tiba teringatlah pula lagu hits Kumpulan D'Atomic Power yang sungguh popular suatu ketika dahulu iaitu "Cinta Benar Cinta" (Nyanyian vokalis utama Rudy Ahmad). Untuk makluman, lagu ini juga sering dijadikan 'lagu cinta' bagi pasangan kekasih yang dalam percintaan di sekitar tahun 1980-an dahulu.. he.. he..
(sila klik tajuk lagu untuk mendengar lagunya)




Usah kau ragui cintaku suci
Ku tak kan menduakan
Walaupun kita berjauhan
Namun kau tetap dalam ingatan

Ingatan mesra yang ku berikan
Di akhir pertemuan
Agar kau tak melupakan
Pabila kita berjauhan

Oh rindunya tiada terkira
Antara kita berdua
Cinta benar cinta
Semoga kekal selamanya

Cinta benar cinta
Semoga kekal selamanya...


*************************************************


Resepi hari ini:

BENGKANG DURIAN BERJAGUNG

Bahan-bahannya:

2 cawan isi durian (durian segar bukan tempoyak hehe..)
1 tin jagung
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan gula pasir
2 butir telur ayam
7 helai daun pandan
4 1/2 cawan santan pekat dari 1 1/2 butir kelapa

Cara membuatnya:

Gaulkan gula dengan telur hingga sebati.
Kemudian daun pandan ditumbuk, perah dan ambil airnya.
Kelapa diperah dan asingkan patinya sebanyak 4 1/2 cawan.
Sesudah itu gaulkan pula durian dan jagung.
Selepas itu tepung gandum dan tepung beras digaul rata, tuangkan santan sedikit-sedikit biar rata sambil itu masukkan pula jagung dan durian yang telah digaul tadi.
Apabila adunan itu telah sebati masukkkan bancuhan telur tadi beserta air daun pandan dan kacau lagi biar sebati.
Lepas itu baru masukkan dalam acuan dan dibakar dengan api yang sederhana, bakarlah hingga ianya betul-betul masak.


SELAMAT MENCUBA!

18 comments:

  1. hahahah langsung tak kenal sapa...time nie pun tak tengok donia g...

    ReplyDelete
  2. BR to simanis yang manis:
    tv warna pada waktu itu sungguh mahal harganya. memang sejuk sungguh perut ibunya..
    memang betul, jika lelakinya mesti berkot, perempuannya pula tidak pula terlalu seksi..

    BR to Cik Kasut:
    kalau tak kenal marilah kita kenal2kan. cuba bertanya pada ayah & ibu, mesti mereka kenal..

    ReplyDelete
  3. saya suka lagu "bertunang" daripada D'Atomic Power

    ReplyDelete
  4. BR to bro Alan:
    Bertunang - D'Atomic Power

    Angin lembut bertiup
    Bunga daun mekar mesra
    Lambang ikatan keindahan

    Cubalah kau bayangkan
    Andai hidup sendirian
    Tanpa ikatan cinta nan murni

    Betapa dunia sepi
    Bagai bulan tanpa bintang
    Hidup ini tidak serinya lagi

    Semaikanlah rasa cinta
    Pada dia pilihanmu
    Akanku rasa betapa rindu

    Bercinta dan berpisah
    Itu sudah lumrah alam
    Hidup ada pahit dan manisnya

    Setelah serah jiwanya
    Bertunanglah dengan segera
    Lambang janji setia kepadanya

    Betapa manis madunya
    Bila kau dibelai cinta
    Terasa dunia ini kau yang punya

    Bertunanglah jangan lama
    Cukup masa kahwin saja
    Agar kau tak menyesal nanti

    ReplyDelete
  5. aku leka tengok bakat tv 1979 sampai tak buat kerja sekolah ..esok tu kena rotan ngan cikgu mat noq..adoiiii

    ReplyDelete
  6. BR bila tengok gambar guitaris Panada Ista tu dah macam muka Khalid Ali pemain bola pulak

    ReplyDelete
  7. BR to paksab:
    kerja sekolah jangan lupa paksab.. kan dah kena.. hehe..
    sama kat rambut afronya..

    ReplyDelete
  8. Salam...
    patut la macam pernh dgr d'atomic power tu...masa pertandingan diadakan hanya berumur 3 tahun...hehehehehe

    ReplyDelete
  9. abg blues anda telah ditag oleh Cik Kasut
    http://kasutselipar.blogspot.com/2011/08/contest-seo-aku-anak-malaysia-merdeka.html

    tq... :)

    ReplyDelete
  10. Durian?? erk...nk try la wat raya. Dah follow. Follow me too at

    http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. masa tu saya baru umur setahun jagung...huhu

    ReplyDelete
  12. nGaHaHAha....memang time ni kAcAng pOn tak wUjUd lAgi..^^'

    ReplyDelete
  13. Salam kenal;
    Ya..aku masih ingat kumpulan D Atomic Power ni..aku darjak 6 masa tu..

    ReplyDelete
  14. best lagu 'bertunang' tu...memang minat dgr...

    ReplyDelete
  15. Anonymous04 July, 2014

    kumpulan ni still jadi leagend di sandakan

    ReplyDelete
  16. Mana lah rudy ahmad sekarang. Boleh bagitau tak? Oh rindunya tiada terkiraaa...

    ReplyDelete
  17. Memang best lagu cinta benar cinta dari Rudy Ahmad ini. Harap kumpulan ini dapat buat persembahan di tv.

    ReplyDelete
  18. Mohon untuk dijadikan pautan ke Blog saya. Ada kisah sejarah arwah bapa saya Maidin ibrahim yg juga menganggotai kumpulan Hasan Putu Mayam yg berjaya menadi Joham pd pertandingan tersebut.

    ReplyDelete