11 October, 2011

Peluru "Anak Lela"


Di sekitar tahun 1977 dahulu, empat belas biji peluru lama telah ditemui di tebing Sungai Perak di Kampung Pasir Salak, Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan. Peluru lama tersebut dipercayai peluru "Anak Lela" kepunyaan orang-orang Datok Maharaja Lela yang mempertahankan Pasir Salak dari serangan penjajah Inggeris (1875 - 1876).


Sisa peluru "Anak Lela" yang dipercayai kepunyaan orang-orang Datok Maharaja Lela.


Peluru tersebut ditemui oleh seorang penduduk kampung, Encik Osman bin Arshad, 52 tahun, ketika beliau mencangkul tebing sungai berhampiran dengan Tugu Peringatan Birch (di sebelah Masjid Pasir Salak). Menurut Encik Osman, peluru yang ditemuinya itu berada kira-kira enam kaki dalam tanah berlonggok bersama-sama sebiji mangkuk.


Encik Osman bin Arshad, yang menemui peluru "Anak Lela".


"Tetapi sayangnya mangkuk itu telah saya buangkan ke dalam sungai," katanya.


Tugu Peringatan Birch, di belakangnya ialah Masjid Pasir Salak.


Peluru-peluru itu kebanyakannya sebesar telur itik diperbuat dari besi tungkal yang diselaputi oleh tanah dan karat. Beratnya dianggarkan kira-kira setengah kati.

Kebanyakan orang-orang tua di kampung itu yakin bahawa peluru tersebut adalah sisa peluru orang-orang Datok Maharaja Lela ketika menentang serangan penjajah Inggeris.


Encik Mohamad bin Anjang Mat Kasim yang mempunyai pertalian darah dengan Tok Puntum, orang yang membunuh Birch.



Encik Mohamad bin Anjang Mat Kasim, 77 tahun, bekas sidang Kampung Biak mengakui bahawa tempat peluru itu ditemui adalah berhampiran dengan Balai Datok Maharaja Lela.

"Kini tempat itu telah didirikan Tugu Peringatan Birch, Masjid dan pangkalan perahu."

Cerita Encik Mohamad ini mungkin boleh dijadikan asas kerana beliau diberitahu oleh bapa dan datuknya yang hidup di zaman Datok Maharaja Lela.

Malah Encik Mohamad sendiri mempunyai pertalian darah dengan Tok Puntum, orang yang berjaya membunuh Residen British Pertama di Perak, James Wheeler Woodford Birch (J.W.W. Birch) pada tahun 1875 ketika dia berada di dalam perahu di tebing sungai (berhampiran masjid sekarang).

Menurut Encik Mohamad lagi, Tok Puntum adalah seorang pemuda yang taat kepada Datok Maharaja Lela dan berani.

"Tapi kemudiannya beliau dikhianati dan ditangkap oleh orang Ingeris lalu dihukum gantung di Bandar Lama, Kampung Gajah."


Sebahagian kata-kata yang tertulis di atas Batu Peringatan Birch.


Kubu Datok Maharaja Lela pula yang panjangnya kira-kira 3 rantai terletak berhampiran dengan padang Sekolah Kebangsaan Pasir Salak. Kubu itu adalah sebagai bukti kepada generasi kini bahawa datuk nenek kita dahulu bersatu tenaga dan menggadai nyawa demi mempertahankan tanah air dari jatuh ke tangan musuh tanpa kemudahan-kemudahan persenjataan seperti sekarang ini.

Adalah dipercayai juga kemungkinan masih terdapat bahan-bahan bersejarah seperti senjata dan peluru lama terpendam di bumi di sekitar kawasan sekolah, kubu dan masjid kampung tersebut, sisa peninggalan dari peperangan menentang Inggeris.


18 comments:

  1. Salam;
    Gantikan saja tugu Birch dgn tugu Datuk maharaja lela serta rakan2 seperjuangannya.

    ReplyDelete
  2. sejarah mengajar segalanye

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum BR

    berhampiran dengan kampung teman tu...

    bena satu tugu lagi, bagi memperingati pejuang Melayu, Tok Puntum

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. BR to yusuflaili:
    memang itulah yang sepatutnya.. mengenang pejuang2 tanah air sendiri menentang penjajahan..

    BR to hyazz:
    benar begitu, sejarah mengajar segala2nya. boleh dijadikan pedoman dan iktibar..

    BR to atuk:
    waalaikumussalam atuk,
    semestinya atuk mempunyai maklumat yg lebih tepat mengenai peluru "anak lela" ini. diharap dapat membetulkan jika ada fakta2 yang bersalahan.

    BR setuju seperti cadangan atuk dan yusuflaili, 100%.

    ReplyDelete
  5. wooo sijarahhhh . mcm first time tgk muka pakcik yg bunuh birch itu hik3

    ReplyDelete
  6. nice entry...klu xde entry nie stella pon x tahu hehehehe thanks share

    ReplyDelete
  7. wow!!bljar sejarah lak kat sini..hehehehe..ngantuk..ngatuk..ehhehehe...

    ReplyDelete
  8. BR to simanis yang manis:
    memang lama.. hampir 103 tahun baru jumpa..

    BR to Kartini:
    pembetulan: pakcik (en. mohamad) itu bukan pembunuh birch. beliau adalah waris kepada tok puntum pembunuh birch yg sebenar kira-kira 135 tahun yang lalu.. huhu..

    BR to stellaizz:
    you're welcome..

    BR to MaiRa QuEeN:
    masa sekolah dulu pun BR tidur juga waktu sejarah.. hehe..

    ReplyDelete
  9. Salam...perkongsian yang sangat bermanfaat. terima kasih.

    ReplyDelete
  10. memang seronok kisah sejarah, iaryylr memang minat sejarah...

    ReplyDelete
  11. BR to cikgu Muzaffar:
    sekadar berkongsi artikel2 lama.. terima kasih kembali.

    BR to bro ia:
    rasa seperti hendak kembali ke zaman itu, melihat sendiri apa yang sebenarnya berlaku..

    ReplyDelete
  12. perghh 1977..saya x lahir lagi hehehe..siapa lah yang simpan peluru tu sekarang yek.

    ReplyDelete
  13. BR to bro alan:
    tidak pasti pula di mana peluru tersebut disimpan, mungkin masih dalam simpanan peribadi atau telah diserahkan kpd pihak muzium?

    ReplyDelete
  14. peluru meriam ke tu??besau ekk..buat baling sukan lontar peluru pun ok kot..hehehe..

    ReplyDelete
  15. dah lama tak dengar pasal sejarah...seronok tahu pasal sejarah...bersejarah btul blog ni...nice...:P

    ReplyDelete
  16. BR to CikNuwairah:
    taklah besar sangat, katanya besar telur itik shj. bagus jg idea tu, buat lontar peluru..

    BR to pandangkedepan:
    terima kasih. banyak lg kisah2 sejarah yg hampir dilupakan akan dipaparkan..

    ReplyDelete
  17. Follback nya ditunggu yaa >> http://demonztrick.blogspot.com/

    ReplyDelete