Walaupun telah memegang jawatan yang agak istimewa sebagai Pengarah Muzik RTM (1961 - 1982) tetapi beliau dapat meluangkan masa untuk mencipta lagu-lagu kegemaran ramai. Penyanyi seperti Yasmin Yusoff, S.M. Salim dan S. Ahmad adalah antara penyanyi-penyanyi yang pernah mendapat bimbingan dari beliau. Pemuzik yang dimaksudkan ialah Johari Salleh seorang pencipta, penggubah dan pemimpin muzik yang tidak asing lagi di negara kita.
Johari Salleh dilahirkan di Singapura dalam keluarga seni pada 9 Februari 1940. Ayahnya Mohd Salleh Bin Mohamad berasal dari Melaka dan ibunya Puan Munarah Shuib, berasal dari Singapura. Ayahnya juga seorang pencinta muzik telah mengetahui bakat anaknya sejak kecil dan terus menghantar Johari kepada seorang guru muzik Saaban Saliman yang terkenal di Singapura untuk mengembangkan bakat anaknya khusus di bidang trumpet.
Setelah tamat dari sekolah, Johari atai Joe di kalangan rakan-rakannya terus menimba pengalaman dengan bermain di kelab-kelab malam untuk beberapa ketika. Peluang bagi Joe bermain secara lebih profesional terbuka RTM memerlukan pemuzik-pemuzik yang berkaliber dengan tujuan membentuk satu orkestra bertaraf antarabangsa.
Pada tahun 1961, Joe berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja dengan RTM sebagai peniup trumpet. Tiupannya mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari pencinta muzik. Pada tahun 1965, Joe dinaikkan pangkat sebagai Pemangku Pemimpin Orkestra yang pada ketika itu di bawah kelolaan Alfonso Soliano.
Tahun 1967, merupakan tahun penuh erti kepada Johari Salleh. RTM pada tahun itu telah menghantar Joe ke Berkley College of Music di Boston, Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya lebih mendalam dalam segala aspek seni muzik terutamanya dalam bidang penciptaan dan gubahan.
Johari dengan secara rasmi dilantik sebagai Pemimpin Orkestra RTM sekembalinya dari luar negeri menggantikan Alfonso Soliano yang meletakkan jawatan untuk bertugas di Bangkok. Pada tahun 1976 sekali lagi Johari dinaikkan pangkat ke jawatan Pengarah Muzik RTM.
Atas Biasiswa Kebudayaan Kerajaan Australia, sekali lagi Johari dihantar ke luar negeri dan kali ini ke Australia. Untuk beberapa bulan di sana Johari dapat meluaskan lagi pengalamannya terutama tentang perkembangan muzik di negara itu.
Antara lagu-lagu yang dihasilkan oleh Johari Salleh ialah Rayuan Hasratku, Duniaku, Keikhlasan Hati, Hati Yang Terusik, Tom Tom Bak, Gadis Ayu, Cinta Kejam, Mahligai Idaman, Jangan serta Gadis dan Bunga.
Lagu-lagu ciptaan Johari Sallaeh telah mendapat sanjungan bukan sahaja di negara kita malah di luar negeri. "Up On The Hill" nyanyian Frankie Cheah telah disenaraikan menjadi salah satu lagu terbaik di Festival Lagu-lagu Pop Antarabangsa yang diadakan di Jepun pada tahun 1970.
Pada tahun 1979, lagu ciptaan Johari bertajuk "Kasih Sayang" telah mendapat penghargaan istimewa di pertandingan Seoul Song Festival di Korea. Kemenangannya bukan sahaja mengharumkan nama Johari tetapi juga nama negara.
Sebagai menghormati jasa-jasanya di bidang muzik, Johari Salleh telah dianugerahkan beberapa bintang gelaran. Antaranya ialah Ahli mangku Negara (AMN) dan Ahli Mahkota Pahang. Pada masa ini Dato’ Johari Salleh berkhidmat sebagai Felo Kanan di Pusat Perkembangan Pelajar, UKM.
Dulu saya pernah ikut kelas muzik cikgu Mahyun, kakak kepada Mazuin tidak silap.
ReplyDeleteorg lama muzik tanah air.
ReplyDeletehanya satu saja lagu Johari Salleh aku suka "Dunia ku" dipopularkan oleh oghang kampung aku jugak orang sungei petani Allahyarham S.Ahmad.
ReplyDeleteorang seni yang berbakat.. eh tapi dia dilahirkan dekat singapura? jadi di kira pemuzik malaysia atau singapura ya..
ReplyDeletekalau berdasarkan post ni dia lebih banyak menyumbang pada pembangunan seni di malaysia.. betul tak?
BR to bro ia:
ReplyDeleteitu sudah bagus.. bila2 boleh jamming, ajak bro spallan sekali..
BR to bro thomas:
memang orang lama dan berbakat..
BR to paksab:
lagu 'dunia ku' nyanyian s. ahmad, memang sedap didengar. paksab orang sg petani ka?
BR to sabree hussin:
betul tu, lahir di singapura tetapi menyumbangkan jasa di malaysia. macam m. nasir juga..
Sewaktu ayah saya lahir pada tahun 1940, Singapura masih sebahagian dari negara Malaysia. Singapura mendapat kemerdekaannya pada tahun kelahiran saya iaitu 1965.
ReplyDelete