19 December, 2011

Pembedahan Kembar Siam


Suatu hari di tahun 1981 iaitu kira-kira 30 tahun yang lalu, Hospital Universiti di Kuala Lumpur telah mencatat sejarah apabila pakar-pakar perubatannya berjaya memisahkan bayi kembar Siam yang melekat di bahagian punggung dalam pembedahan 10 jam paling mendebarkan. Pembedahan yang berjaya ini adalah yang PERTAMA di Asia Tenggara dan KELIMA di dunia.

Lapan orang pakar bedah, lapan orang pakar bius dan 12 jururawat dengan diketuai oleh Ketua Pembedah Hospital tersebut, Prof. K. Somasundram menjalankan pembedahan ke atas kanak-kanak perempuan Toh Siew Leng dan Siew Fah berusia tujuh bulan.


Ketua Jabatan Pembedahan Hospital Universiti, Petaling Jaya, Professor K. Somasundram menerangkan bahagian-bahagian anggota kembar siam yang dipisahkan. Jelas pada waktu itu chalk and talk menjadi medium utama dalam memberi sesuatu penerangan.. hehe..


Pembedahan itu dijalankan secara berperingkat-peringkat. Apabila sesuatu bahagian selesai dibedah oleh kumpulan pakar bedah yang tertentu kumpulan yang lain pula akan menjalankan pembedahan di bahagian yang lain seperti yang ditentukan mengikut kepakaran masing-masing.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di hospital itu, Prof. K. Somasundram yang mengetuai pasukan tujuh orang pakar itu menyifatkan bahawa pembedahan bersejarah itu sebagai 'satu operasi tentera'. Beliau memberitahu persediaan dan pemeriksaan yang rapi telah dilakukan sebelum pembedahan bermula.

Persediaan dan pemeriksaan itu katanya, telah dilancarkan setelah didapati salah seorang bayi kembar Siam tersebut membesar lebih cepat dari sepatutnya.


Beliau berkata, pembesaran yang tidak seimbang ini mungkin boleh mengancam nyawa salah seorang dari mereka dan kerana itu hospital mengambil keputusan untuk mengasingkan mereka melalui pembedahan.

Mengenai pembedahan itu, beliau berkata kejayaannya tidak bergantung kepada kemahiran pakar bedah sahaja, tetapi atas kecekapan semua pihak yang terlibat termasuk jururawat, pakar radiologi, juruteknik elektrik dan lain-lain bidang yang berkenaan.

"Kejayaan itu adalah yang kelima dalam sejarah perubatan dunia dan ia merupakan pembedahan yang pertama di Asia Tenggara," tegasnya.

Prof. K. Somasundram berkata, kembar Siam itu agak aneh dan jarang berlaku di dunia. Bahagian bayi itu seperti perut, punggung, buah pinggang, hati dan paha bercantum.

"Pembedahan bahagian perut, memisahkan kedua bayi dan mencantum kembali adalah kerja-kerja yang rumit dan mencemaskan," tegasnya.

Menurutnya, pasangan kembar Siam seperti itu amat jarang berlaku. Pada tahun 1976, terdapat seorang ibu Malaysia melahirkan beyi kembar seperti itu tetapi meninggal dunia 10 hari selepas dilahirkan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pembedahan Orthopedik Hospital Universiti, Prof. Bala Subramaniam pula menceritakan bahawa bahagian yang paling rumit dalam pembedahan itu ialah kerja memisahkan tulang punggung mereka yang bercantum.

Katanya, kerja itu harus dilakukan dengan teliti untuk menentukan kedua-dua bayi itu mendapat bahagian-bahagian yang sama.

Prof. Bala Subramaniam berkata, tulang punggung mereka yang telah dipisahkan dan dibentuk semula itu akan membesar seperti biasa.

Di samping itu, YB Menteri Kesihatan Tan Sri Chong Hon Nyan menyifatkan kejayaan pembedahan bagi memisahkan kembar Siam oleh Hospital Universiti sebagai satu peningkatan taraf pakar-pakar tempatan. Beliau mengucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat.

Pengarah Hospital Univeristi, Dr. Haji Abbas Alias menganggap pembedahan kembar Siam itu membuktikan kepakaran doktor-doktor bedah tempatan di samping menaikkan imej negara di bidang perubatan moden.

Beliau memuji mereka dalam berbagai bidang disiplin perubatan hingga menghasilkan pembedahan yang julung-julung kali dilakukan di Malaysia.

Pembedahan itu turut difilemkan oleh 30 orang kakitangan dari Institut Pembangunan Penyiaran Asia (AIBD). Filem tersebut akan digunakan untuk tujuan-tujuan latihan. Kedua-dua bayi tersebut juga dilaporkan berada dalam keadaan sihat selepas pembedahan itu.

Kini setelah hampir 30 tahun berlalu, dimanakah Toh Siew Leng dan Siew Fah?


Moral Value: When you have faith, never think it's over, just keep believing; if you can't find the answer, the answer will find you!

12 comments:

  1. sekarang ni tak ramai kembar siam yang bercantum di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. salam;
    bermulanya era pembedahan di malaysia dipandang tinggi oleh dunia..

    ReplyDelete
  3. BR to bro Alan:
    setiap kejadian adalah ketentuan Ilahi..

    BR to yusuflaili(Goku:
    yang pertama di asia tenggara dan yang kelima di dunia.. memang sungguh hebat!

    ReplyDelete
  4. Sejarah tu! Sebagai rakyat Malaysia kita patut berbangga...

    ReplyDelete
  5. Sejarah tu! Sebagai rakyat Malaysia kita patut berbangga...

    ReplyDelete
  6. BR to bro ia:
    memang hebat!

    BR to CETUSAN SEIKHLAS RASA:
    memang bersejarah tetapi ramai rakyat malaysia yang tidak tahu..

    ReplyDelete
  7. thanks 4 the info.. mmg ramai yg x tahu lagi pasal ni termasuk sy..

    ReplyDelete
  8. thanks 4 the info.. mmg ramai yg x tahu lagi pasal ni termasuk sy..

    ReplyDelete
  9. BR to Operasi Hitam:
    sama2 berkongsi info..

    ReplyDelete
  10. tak pernah tahu pun pasal peristiwa seumpama ini pernah berlaku.. sebenarnya nak tau jugak, apa jadi kepada bayi tersebut. .adakah masih wujud lagi hingga sekarang ni

    ReplyDelete
  11. BR to sabree hussin:
    BR pun ingin tahu apakah yang berlaku kepada bayi berkenaan setelah hampir 30 tahun berlalu..

    ReplyDelete